mizam product

mizam product

Thursday, October 30, 2008

APA SUDAH JADI NI DATO. SHAHRIR????

Kepada Dato. Shahrir samad,usahla menjadi model untuk mengiklankan pasaraya-pasaraya yang besar kerana anda tidak serius dalam membuat kerja.Anda bayak main-main dalam menjalankan tugas untuk mengawal dan menurunkan harga barang.Anda bukanlah bodoh untuk ditipu dengan strategi jualan oleh pasaraya-pasaraya tersebut.Bukan anda tidak tahu bahawa harga barang-barang yang diturunkan adalah tidak setara dengan apa yang sepatutnya.Kami sebagai pengguna tidak meminta syarikat Giant menurunkan harga hanger atau harga baju tapi kita mahu barang asas iaitu barang makanan yang sepatutnya di turunkan.Kenapa jadi gini Dato???Apa gunanya Pegawai Pemantau Harga memantau dan membuat kajian berkaitan harga jikalau Dato tidak menggunakan kebijaksanaan Dato untuk membuat satu garis panduan atau harga kawalan kepada pemborong dan penjual untuk memberi manfaat kepada pengguna.

Friday, October 24, 2008

EKONOMI OH EKONOMI...

Dalam minggu ini banyak yang kita dengar tentang kedudukan ekonomi dunia,semuanya kelihatan sangat membimbangkan kecuali kita di Malaysia dimana para pemimpin yang sememangnya jumud dengan gah mengatakan keadaan ekonomi yang sub prima pada masa kini tidak akan menjejaskan malaysia.Ini adalah satu jenaka tahap dunia. Penulis bukanlah orang yang layak untuk mengulas tentang ekonomi dunia tapi dengan ijazah dalam bidang kewangan penulis tahu la jugak selok belok tentang kewangan.
Kalaulah ingin mengatakan bahawa kita tidak terjejas sekalipun jangan lah tunjukkan kelemahan kita dalam masa yang singkat.Apa perlunya mengambil wang dari kantung KWSP untuk diberi kepada Valuecap Sdn.Bhd.???? Jumlahnya bukan sedikit,RM 5000,000,000.00 bilangla barapa punya banyak sifar dalam angka tersebut.Masih lagi nak kata bahawa kita tak terjejas? Dengan keadaan pasaran saham asyik ditutup rendah je...masih nak tipu lagi???Jawablah dengan jujur.Bagi maklumat sebenarnya.
Penulis juga berharap agar pihak kerajaan tidak menyalahgunakan wang KWSP untuk kepentingan yang tidak sepatutnya.KWSP bukanlah mesin ATM bagi kerajaan,ia ialah tabung kewangan hasil titik peluh pekerja.Tentu ramai dari pekerja tidak bersetuju wang mereka digunakan sewenang wenangnya tanpa alasan yang kukuh,dengan perkembangan ekonomi semasa tidak mustahil RM 5 bilion terdebut akan hangus begitu saja dalam pasaran saham ekonomi kapitalis. Adakah kerajaan boleh memberi jaminan bahawa wang tersebut akan selamat? Takkanlah dengan memberi alasan mulut sahaja,dan apakah asas kajian yang membolehkan pihak kerajaan menggunakan wang tersebut. Lagi satu,apakah yang akan diperolehi oleh KWSP dan pencarumnya???

Dibawahini saya selitkan penulisan saudara Datuk Ruhanie yang dipetik dari blog beliau buat tatapan semua.

From: Kudakepang.blogspot..
Thursday, October 23, 2008
TUBUHKAN MAPEN 111 DAN TEROKAI SISTEM EKONOMI ISLAM
Ruhanie Ahmad

Di bawah ini adalah antara pandangan saya bila diminta oleh Astro Awani pada malam ini (23 Oktober 2008 jam 8.30-9.00 malam) untuk mengartikulasikan persoalan PIMPINAN POLITIK MENGHARUNGI KRISIS EKONOMI DUNIA bersama-sama seorang MP PKR daripada Negeri Sembilan. Pandangan ini adalah hasil kajian ringkas dan segera yang saya lakukan sendiri dan juga input daripada pembaca blog ini yang sudi dikongsikan bersama saya.

Krisis ekonomi yang melanda Malaysia dan beberapa Negara Asia pada akhir 90-an adalah angkara penyangak matawang. Krisis sub-prima kewangan dan krisis ekonomi global yang sedang mengiringinya sekarang adalah akibat kegagalan total sistem ekonomi kapitalisme.

Saya berada di luar kerajaan. Sukar untuk saya menilai apa yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini secara tepat. Tapi, adalah amat dikesali dan amat tidak bijaksana sekali kalau ada pemimpin kerajaan buat kenyataan bahawa krisis sub-prima yang kini mencetuskan krisis ekonomi global, tidak akan menjejaskan Malaysia dan rakyat jelatanya.

Kita tidak hidup di sebuah pulau terpencil dan terasing. Ekonomi kita bukannya tertutup. Kita wujud dalam framework globalised economy menerusi international trade dan juga financial and banking system. Ekonomi kita adalah export-oriented. Kita eksport barangan kita - tekstil, komponen elektronik, barangan elektronik, perabot, minyak sawit, petroleum dan lain-lainnya - ke negara-negara barat termasuk Amerika Syarikat dan kuasa ekonomi di Asia Timur. Jadi, mustahil kalau kita tidak akan terjejas. Amat mustahil kita tidak akan turut tersiksa dan sengsara.

Oleh itu, janganlah pihak pemerintah cuba kelirukan rakyat. Janganlah ada pemimpin kerajaan kita yang seolah-olah dirasok denial syndrome. Kalau buruk, katakan buruk. Kalau pahit katakan pahit. Jangan cuba wujudkan psikologi selesa di kalangan rakyat kita secara artificial dan superficial.

MAPEN III

Dalam era ini kita perlukan kepimpinan politik yang ikhlas, kuat, bijaksana, visionary dan proaktif. Kita perlukan political will. Kita perlukan kejujuran, keikhlasan, akauntabiliti, kebijaksanaan dan ketegasan dalam perjuangan menangani krisis ekonomi ini.

Berasaskan hakikat di atas, cadangan saya kemukakan adalah seperti berikut:

Satu: Impak krisis ekonomi global di Malaysia mesti ditangani dan diatasi menerusi pelbagai cara, pendekatan dan dasar yang dilaksanakan secara above politics. Semua pihak – parti pemerintah dan parti pembangkang di peringkat pusat – mestilah ketepikan perbezaan idedologi sesama kita. Ini kerana krisis ini menentukan hidup-matinya atau survival negara-bangsa kita seluruhnya. Pemerintah dan pembangkang mesti segera bersatu minda dan tenaga untuk sama-sama dalam perjuangan mengatasi krisis ini demi rakyat jelata seluruhnya.

Dua: Dalam konteks ini, pemerintah wajar tubuhkan semula NECC – National Economic Consultative Council – atau MAPEN – Majlis Perundingan Ekonomi Negara. (Kerana dulu sudah ada MAPEN I DAN MAPEN II, yang ini kita namakan MAPEN III). Komposisinya mestilah multi-parti, multi-NGO serta multi-organisasi awam dan swasta. Majlis seperti ini sudah mula dibentuk di Indonesia dan di lain-lain negara maju.

MAPEN III ini perlu jadi sumber nasihat dan sumber perancangan seluruh cara, strategi dan dasar untuk menangani krisis ekonomi global ini secara jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

Tiga: MAPEN III wajar mengkaji secara ikhlas dan terbuka sama ada seluruh pendekatan dan dasar ekonomi dan kewangan yang digubal dan dilaksanakan sewaktu krisis kewangan di Asia Tenggara 10 tahun lalu masih boleh digunakan lagi pada hari ini.

Jangan Ego

Jangan ego dan jangan main politik dalam hal ini. Kalau pendekatan dan dasar dalam era Tun Dr Mahathir itu sesuai dengan krisis hari ini, gunakanlah seluruh pendekatan dan dasar itu secara jujur demi rakyat jelata. Jangan kerana pendekatan dan dasar itu merupakan brain-child Mahathir, maka kepimpinan hari ini ketepikan saja pendekatan dan dasar itu semata-mata kerana mereka dianggap politically incorrect. Ini salah dan ini tidak bijaksana namanya.

Kalau Amerika Syarikat sendiri sudi mengiktiraf keberkesanan sesetengah pendekatan dan dasar yang Mahathir gunakan sewaktu menangani krisis kewangan di akhir 90-han, kenapa pemerintah kita sendiri teragak-agak dan segan-silu untuk mengiktiraf dan menggunakannya pada hari ini?

Contohnya, wajarkah dasar ringgit-pegging gagasan Mahathir dikuatkuasakan semula? Perlukah jumlah ringgit yang dibawa keluar negara dikawal semula?

MAPEN III juga perlu kaji sama ada bijaksana untuk pemerintah memperuntukkan wang KWSP yang berbillion ringgit jumlahnya untuk diberikan kepada Valuecapital bagi menyelamatkan pasaran saham negara? Mungkinkah ini perlu diberikan strategi baru dalam pelaksanaannya? Wajarkah Khazanah Negara dikaji semula keutamaan dan corak pelaburannya? Import barangan yang kurang essential perlukah diregulasikan buat sementara waktu? Seluruh eksport perlukah mesti dalam ringgit dan dibayar menggunakan ringgit? Perlukah pemerintah menggunakan khidmat, kepakaran dan nasihat para ekonomis yang pernah membantu Mahathir mengatasi krisis kewangan dulu untuk duduk dalam MAPEN III atau pun dalam Majlis Ekonomi Negara?

Empat: Majlis Ekonomi Negara yang memang sudah wujud pada ketika ini wajar menghalusi perakuan yang dimuktamadkan oleh MAPEN III untuk dilaksanakan oleh kerajaan secara menyeluruh dan berkesan. Kerajaan Negeri di bawah parti bukan BN mesti akur untuk melaksanakan seluruh strategi dan dasar yang diputuskan oleh MAPEN III dan Majlis Ekonomi Negara ini.

Task Force

Lima: Pemerintah perlu menubuhkan satu Task Force khusus untuk mengkaji sistem ekonomi kapitalisme yang sudah terbukti gagal secara total. Dalam konteks Malaysia, kita perlu mengkaji dan menerokai keberkesanan sistem ekonomi Islam. Kalau pelbagai pihak – ekonomis Islam dan bukan Islam – kini mula mengiktiraf bahawa sistem Islamic Banking boleh membantu dalam mengatasi krisis mutakhir ini, bagaimana dengan kerajaan Malaysia? (rujuk Straits Times 20 Oktober 2008).

Kerajaan Malaysia yang terkenal dengan pelbagai produk Islamic Bangkingnya wajar menyifatkan krisis ini sebagai rahmat Allah. Jadi gunakan peluang ini sepenuhnya. Malaysia boleh gunakan kepakaran kita dalam sistem kewangan Islamic dan dan Islamic Banking ini untuk meneroka road-map bagi mewujudkan satu sistem ekonomi yang baru yang berasas dan berpaksikan kepada prinsip-prinsip ekonomi Islam. Malaysia juga boleh mengkaji semula gagasan Mahathir untuk mewujudkan Sistem Dinar Emas bagi menggantikan mata wang atau currency global yang ala-pokok pisang.

Malaysia perlu mempelopori usaha ini bersama-sama seluruh dunia Islam dan non-Islam yang menyakini penggunaan Dinar Emas sebagai alternatif kepada currency ala-pokok pisang pada waktu ini. Dalam hal ini jangan kita takut. Kalau Britain dan Amerika Syarikat tidak mematuhi Brettonwood Treaty, apa dosanya kalau Malaysia mempelopori penggunaan Dinar Emas sebagai alternatif kepada USD?

Enam: Pemerintah perlu mengkaji semula harga sumber-sumber asli kita yang bernilai tinggi yang amat critical dan amat penting kepada survival manusia. Contohnya, sumber air. Inilah waktunya yang terbaik untuk kita bertegas dengan Singapura untuk menyambung semula perundingan duahala mengenai kadar tariff air yang kita jual kepada Singapura yang kini dikesampingkan oleh pemerintahan Abdullah. Kenaikan pendapatan daripada penjualan air ini sekurang-kurangnya boleh menampung pendapatan negara yang mungkin berkurangan akibat kejatuhan harga bahan petroleum, minyak sawit dan lain-lainnya.

Tujuh: Dalam usaha menangani krisis ekonomi ini, pemerintah wajar insaf, janganlah sekali-kali dikurangankan bajet untuk pembangunan tenaga insan dan modal insan. Jangan potong peruntukan untuk R&D. Jangan korbankan kualiti pendidikan negara. Jangan kompromikan masalah keselamatan dan ketenteraman negara.

Demikianlah antara pandangan saya dalam ruang waktu yang terhad. Semoga para pembaca yang budiman boleh mengartikulasikan pandangan dangkal ini selanjutnya demi kesejahteraan rakyat jelata Malaysia seluruhnya.

Wednesday, October 22, 2008

BUKTI UMNO ITU KORUP.......

Pendedahan eksklusif oleh seorang menteri yang memegang jawatan Menteri Luar pada masa kini iaitu Datuk Seri Rais Yatim kepada wartawan adalah amat memeranjatkan sekali,pengakuan terhadap budaya politik wang dalam UMNO yang masih berleluasa membuktikan parti UMNO itu korup.Disaat parti yang memerintah negara itu sudah hampir sampai kepada penghujungnya budaya itu masih lagi berleluasa. Bagaimana kita ingin percaya kepada pemimpin dan ahli UMNO sendiri jika pada saat nyawa-nyawa ikan pun mereka masih lagi berlumba-lumba untuk mengumpulkan harta tanpa mementingkan negara dan parti.Siapa yang berduit dialah yang akan menjadi pemimpin.Maka rakyat bagaimana???
Masih nak percaya??UMNO takkan berubah andai budaya ini masih menular,perwakilan akan melantik orang yang salah untuk memimpin negara. Ingatlah wahai ahli UMNO ini soal negara! negara yang akan kita wariskan kepada anak cucu cicit kita.Sanggup kah kita melihat kemusnahan bangsa dan agama asal poket kita penuh.......

Teliti kenyataan yang dipetik dari akhbar Utusan dan Harakah daily 22OKT 2008

Rais saran pemilihan secara 'tender'

PUTRAJAYA 21 Okt. - Muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan UMNO bahagian, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara 'tender'.

Menteri Luar itu berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.

Tegasnya, idea itu juga mungkin sesuai memandangkan politik wang telah menjadi budaya dalam UMNO sejak sekian lama.

''Saya kira (jika) mereka nak menyumbang, adalah lebih baik UMNO mengadakan sistem tender iaitu siapa yang menyumbang lebih tinggi, dia jadi ketua dan UMNO akan ambil duitnya itu.

''Siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran. (Kelak nanti) kita dalam UMNO akan jadi bahan ketawa masyarakat umum," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama wakil-wakil kedutaan dari benua Amerika di sini hari ini.

Menurut Rais, kesukaran UMNO menyelesaikan isu politik wang banyak dikekang ketiadaan bukti yang kukuh bagi menghukum mereka yang terlibat.

Katanya, perlakuan orang yang memberi rasuah cukup sukar dibuktikan kerana pihak-pihak itu memainkan peranan yang cukup licik dan licin.

''Mereka buat semasa orang 'tidur' atau masa orang tak sedar, jadi tidak dapatlah tindakan diambil kerana buktinya tidak ada," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan mengambil kesempatan melalui mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) untuk membahaskan pemulihan UMNO dan penerapan nilai-nilai positif yang diperlukan.

''Banyak orang apabila berdepan dengan pemimpin tinggi segan nak mengemukakan pandangan sehingga bila pulang, dia merana.

''Jadi, sekarang kita lebih suka mengemukakan pandangan secara berdepan. Jadi, kita tidak ada dituduh tikam belakang atau bercakap di belakang," katanya.

HARAKAH

Rasuah sudah menjadi budaya Umno - Rais
Abdul Aziz Mustafa
Wed | Oct 22, 08 | 9:21:14 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Jika rasuah politik terus berleluasa di dalam Umno, lebih baik diadakan sistem tender untuk menjadi ketua, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Beliau bagaimanapun berharap pemilihan Umno pada Mac depan tidak dijadikan seperti tender terbuka dengan pembida tertinggi mendapat jawatan dalam parti melalui amalan politik wang.

"Politik wang atau korupsi politik tidak selesai sebab ia sudah menjadi budaya di dalam Umno sekian lama. Cuma tak ramai yang mahu mengaku perkara ini berjalan. Lebih baik kita mengaku dan rakyat menghukum kita bersama-sama supaya orang ramai dapat melihat parti politik ini bersih dari amalan rasuah ataupun tumbuk rusuk dan penggunaan wang secara berleluasa.

"Saya kira mereka yang menyumbang (politik wang), kalau begini lebih baik Umno itu adakan sistem tender, siapa yang lebih tinggi dia jadi ketua. Kalau begitu umno ambil duitnya, siapa yang banyak duit buat bidaan, kan jadi bahan ketawa, tetapi hal macam ni kena dibincang," Bernama memetik beliau berkata.

Rais yang juga Menteri Luar berkata sehingga kini amalan politik wang masih belum dapat dibanteras kerana ia telah berakar umbi, sekaligus menjadi budaya dalam parti.

Umno, katanya, tidak mempunyai kebolehan yang cukup untuk memantau dengan rapi amalan politik wang, justeru adalah lebih wajar sekiranya ia diserapkan di bawah bidang kuasa undang-undang negara.

"Yang terbaik mungkin kita boleh lihat sahabat-sahabat kita dari MCA dan Gerakan. Mereka tidak ada syarat yang ketat tetapi secara dasarnya, mereka bebas dari semua amalan ini.

"Saya mungkin silap tetapi saya percaya ketelusan ialah guru yang baik dan kita perlu mengajar diri kita menerusi pengalaman yang lepas, apatah lagi pengalaman yang lepas itu tidak berada dalam keadaan yang baik," katanya.

Menurut beliau, antara kekangan utama dalam membanteras rasuah politik di dalam Umno ialah ketiadaan bukti kerana pihak yang terlibat cukup licik dan licin memainkan peranan mereka.

"Masalahnya ialah bukti. Bukti orang memberi cukup sukar sebab pihak-pihak ini memainkan peranan licik dan licin. Dalam masa tempoh orang tidur, masa tempoh orang tak sedar tidak dapat diambil gambar, tidak dapat diambil tindakan sebab buktinya tidak ada tapi dalam undang-undang baru Akta Pencegahan Rasuah, saya dapati hal ini dapat diatasi sekiranya laporan daripada pihak-pihak berkenaan ada," katanya.

Rais juga berkata, cadangan supaya sistem kuota dikaji semula atau dihapuskan masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan tertentu.

"Kalau tak hapuskan pun, mungkin bilangan yang terhad dikenakan tapi pada pandangan lain pula, kalau langsung tak ada syarat, ia mungkin disertai oleh beribu calon," katanya.

Sebelum ini, Rais mendedahkan beliau diminta memberikan wang untuk mendapatkan undi bagi pencalonan jawatan naib presiden yang menjadi sasarannya dalam pemilihan Umno, Mac tahun depan.

Beliau, yang juga menteri luar, berkata "majoriti" ahli parti itu lebih berminat mengejar wang ketika kempen berlangsung sekarang daripada memilihan pemimpin yang benar-benar layak, Malaysiakini memetik laporan agensi berita AFP.

"Kami didekati dengan berselindung sebalik bantuan dan sumbangan. (Tetapi) saya tidak bersedia (berbuat demikian), jadi anda lihat undi (pencalonan) saya tidak begitu banyak.

"Jika ada ingin turut serta (dalam perebutan jawatan), anda mesti mengiyakannya," beliau dipetik sebagai berkata kepada wartawan.

Dr Rais hanya memperolehi lima pencalonan daripada bahagian-bahagian yang bermesyuarat setakat ini, sejak 9 Oktober.

Beliau memerlukan 15 lagi sokongan untuk layak pertandingan. _

Monday, October 20, 2008

PM DAN GELARANNYA.....

Takziah untuk keluarga Shamsiah Fakeh......

Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya, menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya.

Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lepas, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur selepas Asar.

shamsiah fakeh book 191107 memoirShamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.

Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.

Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.

Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.

Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.

Setelah pulang ke tanah air, beliau menghabiskan sisa kehidupannya atas stigma sebagai seorang bekas komunis.

Akhir sekali penulis mendoakan agar Allah S.W.T memberi rahmat keatas jenazah dan mengampunkan dosa-dosa jenazah.Al Fatihah...

Sunday, October 19, 2008

Syabas Datuk...

Syabas kepada Datuk Ruhanie Ahmad @ kuda kepang di atas hasrat ingin bertanding sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan kali ini.Penulis sangat berharap kalau Datuk menang janganlah Datuk hanyut dengan ombak badai dalam kabinet UMNO. Teruskan perjuangan Datuk untuk reform parti UMNO moga parti UMNO masih wujud pada masa hadapan.BukaN ape PR dah buat kenyataan pada masa akan datang UMNO akan di muziumkan,jadi beringatlah.Sebagai pemerhati politik saya melihat Datuk sebagai orang yang sangat berkaliber untuk memajukan UMNO, datuk bukanlah seorang pemimpin yang tamak haloba seperti mana sesetengah pemimpin dalam umno.Jadi saya berharap sangatlah agar Datuk dapat memberi nafas baru dalam UMNO.

Moga Datuk menang dalam pemilihan kali ini.wassalam..

PM BIDAS MAHATHIR

COPY FROM UTUSAN MALAYSIA 19O KT 2008
PM bidas Mahathir

KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.

“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

“Inikah “reform” yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.

“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.

Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.

“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?

Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.

– Bernama

Wednesday, October 15, 2008

Harga Minyak Turun Lagi!!Harga Barang dan Perkhidmatan Bagaimana Pula????

Tahniah di ucapkan kepada pihak kerajaan kerana menurunkan harga minyak petrol dan diesel masing-masing sebanyak 15sen dan 20sen mulai 15 Oktober 2008.Dengan harga pasaran disekitar AS 77 - AS 80 dolar setong maka langkah kerajaan MENURUNKAN harga minyak adalah sangat tepat pada masanya.Setidak tidaknya dapatlah mengurangkan beban yang di tanggung rakyat pada hari ini.Walaupun penurunan tu adalah kecil merujuk kepada kajian prof. dari UKM yang mengatakan harga minyak boleh di turunkan kepada RM1.92/Liter jika harga minyak mentah dunia disekitar AS 72 dolar per tong seperti yang disiarkan oleh akhbar Kosmo pada 13 OKT 2008 tetapi tak apela sekurang-kurangnya kerajaan tetap prihatin kepada rakyat dengan menurunkannya sedikit. Jadila dari tak turun langsung.Dapat murah sikit pun takpe, mungkin pak cik yang menggantungkan kereta didepan rumahnya pada masa harga minyak dinaikkan dulu sedang berkira kira untuk mengupah orang menurunkannya kembali hari ini.Walaupun kita tengok kisah beliau mungkin membuatkan kita geli hati tetapi harus di ingat itulah luahan perasaan golongan marhaen yang menunjukkan bahawa kenaikan harga bahan bakar pada masa tersebut yang mana boleh dianggap sejarah hitam kepada rakyat membuatkan rakyat merasa cukup terseksa.

Tengokla apa jadi pada harga barang pada masa kini??? Melambung beb....Penulis ingin bertanya pada syarikat utiliti negara iaitu TNB bila lagi nak turunkan tarif????Dulu ghairah ingin menaikanya sekarang kerajaan da 3 kali turunkan harga bahan bakar you bila lagi??? Apa alasannye pula kali ini???

Senario dari penurunan harga minyak ini diharap mampu menjadi penggerak kepada penurunan harga barang dan caj perkhidmatan yang di naikkan sebelum ini.Tetapi nampaknya sukar......Contoh yang senang penulis ingin berikan ialah Harga Nasi Lemak biasa pada sebelum kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan oleh kerajaan ialah RM1.00 tetapi selepas pengumuman kenaikan harga bahan bakar Harga tersebut telah berubah menjadi RM 1.20,satu lagi ialah harga ais sebelum kenaikan harga bahan bakar ialah RM2.50 tetapi selepas pengumuman kenaikan harga bahan bakar Harga tersebut telah berubah menjadi RM 3.30 naik sehingga 80sen, soalnya bila harga pada masa kini telah turun adakah harga nasi lemak dan ais tadi juga ikut turun???

Penulis bukanlah ingin mencari salah sesiapa tetapi harus diingat bahawa setiap keputusan yang dibuat melambangkan kebijaksanaan seseorang pemimpin.Bila keputusan dibuat dengan tergesa-gesa tanpa kajian secara terperinci nilailah sendiri ape yang berlaku pada masa kini.Kelemahan pentadbiran membuatkan rakyat sengsara.

Jadi penulis mencadangkan kepada pihak berwajib agar memikirkan bagaimana cara untuk mengembalikan semula keyakinan dan juga tahap kesejahteraan rakyat.
Pertama kerajaan mestilah mencari jalan untuk menurunkan kembali harga barang makanan dan barang keperluan yang melambung tinggi pada masa lalu.
Wujudkan harga siling setiap barang keperluan dengan melakukan kajian terperinci dalam menentukan harga,pihak kerajaan mempunyai cukup kakitangan dalam agensi penguatkuasaan untuk mengawal harga.Dengan tambahan peranan PEGAWAI PEMANTAU HARGA yang dilantik oleh kerajaan sepatutnya akan memberikan lebih kesan terhadap pengawalan harga.Jawatan yang diwujudkan tersebut tidak akan berkesan andai kata pihak kerajaan tidak bersungguh sungguh dalam melaksanakan penurunan harga. Mengapa harga beras melambung tinggi???Turunkan kembali!!Diharap dengan penurunan tersebut akan mengembalikan harga makanan seperti sediakala.Bagaimana pula dengan tarif elektrik???Ini syarikat kepunyaan kerajaan...GLC,takkan itu pun tak boleh nak handle demi kesejahteraan rakyat..yang paling penting jangan membazir....ini penyakit dari zaman Tun M hingga sekarang,negara yang ditadbir kerajaan banyak membazir,berbelanjalah secara berhemah,ingat itu amanah bukan duit korang!

Akhir sekali diharap kerajaan meneruskan lagi penurunan harga petrol dan menurunkan semula harga barang.

Thursday, October 9, 2008

PATUNG BERHALA,REPLIKA ATAU GAMBAR?????

Isu replika atau gambar yang menjadi perdebatan masyarakat sekarang menarik perhatian penulis untuk mempostingkan koment yang penulis copy dari blog Perak bangkit dari penulis yang menggelarkan diri sebagai kulup sakah. Pendapat dan penerangan beliau amat2 jelas sekali.sila respon pada ape yang beliau tulis.



Oleh: Kulup Sakah

Terlanjur keluar isu dewa Anwar tercogok kat Batu Caves ni membuka ruang untuk aku berbicara dengan lebih luas lagi!
- isu replika Anwar tu mudah saja… pertama pergi tengok sendiri dulu, replika patung ke, poster ke atau arca ke…
kedua- tanya siapa yang banyak keluar modal..yang Hindukah atau orang Islam..kalau Hindu biarlah pakar2 agama Hindu menjawabnya..kalau orang Islam maka kita harus ada pendirian terhadapnya..bagi tokoh2 yang dikagumi rakyat, perkara begini selalu terjadi…Siddhauta Gautama Buddha diangkat dan dipuja seperti tuhan kerana penganut itu terpesona dengan kezuhudannya..kita juga pernah melihat pendewaan terhadap Ayah Pin, Ustaz Ashaari dipuja pengikut Arqam (ni pun satu hal yang boleh dihujahkan kesahihannya), malah Dr mahathir pun pernah dianggap maksum dan khalifah ke5 oleh Shafie Apdal…

Sebagai muslim aku memilih TIDAK BERSETUJU dengan cara berlebihan begitu..asas syariat juga melarang disimpan atau dibuat patung,gambar,ukiran atau lukisan dan sebagainya apatah lagi dibuat besar2 begitu..sebab itu tiada dijumpai gambar,ukiran arca atau lukisan Rasulullah SAW walaupun pakar seni tampak sudah wujud pada zaman Baginda..dikhuatiri akan dipuja manusia..sedangkan sekarang pun ada yang memuja dan menyembah huruf2 Mim Ha Mim Dal atau Alif Lam Lam Ha..
lagipun kalau berlebih2an orang pun meluat..aku sokong Anwar dengan agenda reformasinya tetapi bukan mendewakannya..

ia mesti diturunkan TAPI…. bukan replika Anwar saja..ia menjadi hangat kerana ia replika “Anwar”..kita juga pernah lihat gambar besar Dolah dan Najib di Bangunan DBKL (besar betul..macam Tok Pekong), kita biasa tengok gambar besar Maya Karin selaku model syarikat telekomunikasi atau Mawi dengan mee segeranya, juga iklan Fara Fauzana dengan nescafe..gambar di billboard ni cukup besar..tiada kecoh isu penyembahan kerana mereka bukan ANWAR..tapi ia tetap salah!!
-kita pernah marah bila Umno/BN mengeluarkan kenyataan khurafat mengatakan hanya BN saja yang mampu perintah Malaysia dengan baik tapi pimpinan kita juga selalu bernada serupa apabila mengatakan hanya Anwar saja yang mampu membawa Malaysia ke arah kesejahteraan..masyaAllah!…. Allah boleh saja mengangkat sesiapa dan bangsa apa sekalipun untuk menerajui Malaysia jika Dia berkehendakkan begitu!

Cuma aku ingin belabun sedikit dengan Mufti Perlis Ustaz Asri ni bahawa jangan sekadar bercerita tentang penyembahan dan pendewaan dalam bentuk patung saja.. “tuhan-tuhan’ yang disembah manusia bukan lagi dalam bentuk patung seperti Al manat, Aluzza atau Allata tetapi harTA, kereTA, waniTA dan takhTA..
“menyembah ” bermaksud tunduk/patuh/takut/taat dan “Tuhan” bermaksud yang berkuasa ke atas sesuatu seperti hidup-mati,rezeki,jodoh dll..
menurut Ustaz Ismail Kamus jikalau seseorang itu membodek bossnya dengan harapan perbuatannya itu akan meyebabkan bossnya memberikan rezeki kenaikan pangkat. ia boleh menyebabkan syirik dan begitu juga jikalau kita takut berkata benar kerana dikhuatiri periuk nasi terjejas boleh mendatangkan syirik kerana bertuhankan makhluk dan tidak yakin dengan rezeki yang datangnya dari Allah!

inilah ‘berhala’ dan ‘penyembahan’ yang tidak disedari kita..penyembahan ketika berhadapan dengan sultan atau raja juga harus dijelaskan dengan sejelas2nya oleh Tuan Mufti apakah salah dan ada unsur-unsur penyembahan dan pendewaan kepada selain Allah? kalimah “Sembah patik harap diampun” apakah ada unsur2 pendewaan di situ?

juga pernah disentuh Hamka tentang perkataan “Duli” Yang “Maha” Mulia..apakah ada unsur2 syirik dan boleh memesongkan akidah? Duli bermaksud bawah tapak kaki atau ada yang mengatakan debu di tapak kaki…maksudnya kita pacal ini lebih hina dari debu di bawah tapak kaki sultan? Sultan terlalu suci hingga sanggup “mencemar” duli turun bertemu rakyat jelata?
perkatan “Maha” (bukan Mahathir) hanya layak untuk Allah yang Maha Esa..tetapi cuba lihat ada ‘makhluk’ lain yang sama taraf “Maha” dengan Allah pada lirik lagu negeri Pahang:-

Ya Allah yang Maha Kuasa
lanjutkan usia
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
dirgahayu, Darul makmur
aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan
Ke bawah Duli Raja Kami..

(cikgu Bahasa Melayu aku berbangsa India pernah memberitahu aku perkara ni dan aku terus tak berselera menyanyikannya selepas itu)..aku sekolah di Pahang dan menetap di Selangor..juga lihat lagu negeri Selangor:-

Duli Yang Maha Mulia
selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
rakyat pohon restu
Bawah Duli Tuanku
bahagia selama-lamanya
aman dan sentosa
duli yang Maha Mulia!

* tulisan berwarna merah lirik di atas menggambarkan betapa hinanya rakyat di bawah mohon restu di bawah tapak kaki Tuanku yang seperti Tuhan..Allah tiada perkataan “Maha” pada lirik ini…

kita tahu “malaikat tidak masuk ke rumah jika kita menyimpan patung” atau jangan simpan anjing di dalam rumah kerana malaikat tidak masuk!
- kita kena faham apa maksud “rumah”, “malaikat”.”patung” dan “anjing”..ini kiasan..

rumah bermaksud tempat berdiam, tempat selamat..dalam konteks tasauf “hati” adalah rumah atau kerajaan pada tubuh sesorang insan, kalau hati itu baik maka baiklah keseluruhan sistem badannya baik jasmani mahu pun rohani..

malaikat bermaksud-roh atau nur (kerana asalnya daripada cahaya-nur)

patung (berhala)- unsur2 yang membuatkan kita ‘asyik’ dan ‘lalai’ dengannya..seperti wang, harta, kedudukan dsb

anjing- sifat2 bengis

maka itu maksud “malaikat tidak masuk rumah jika ada patung” boleh diterjemah sebagai nur/cahaya/hidayah tidak akan masuk ke dalam hati jika ada unsur2 yang melalaikan yang kita puja seperti harta, pangkat dan wang..paling menakutkan bila kita menganggap ‘anak’ kitalah harta yang paling disayangi sampai naik leka akan kehebatan kita melahirkan anak2 yang comel dan pandai…jangan sampai Allah marah kerana kita leka lalu diambilnya sekaligus..seperti dalam quran “Janganlah anak kamu dan harta kamu melalaikan kamu,”(aku bukan ustaz 4 sanawi cuma rajin berborak dgn kawan pak nawi)..

atau ayat kedua “jangan simpan anjing (sifat2 bengis) di dalam rumah (hati) nanti malaikat (nur/hidayah) tidak masuk”…kalau malaikat tak masuk rumah macamna nak mati? Izrail tak mau masuk? kena faham kiasan…

Dato Mufti disarankan banyakkan memberi penjelasan tentang pemesongan akidah melalui penyembahan terhadap makhluk..kerana khuatirkan rezeki tertutup, kita mematuhi arahan ketua yang zalim…sewaktu Dato mufti menjadi panel dalam forum sambutan 100 hari pakatan rakyat di kelantan bersama Prof Aziz Bari dan YB Saifuddin Nasution, dato ada mengatakan yang kedatangan dato sebagai panel pun ada risikonya!
lalu dibidas sinis oleh Saifuddin dengan meyatakan :jawatan mufti itu kurniaan Allah dan apalah risikonya..kalau dipecat pun boleh jadi pensyarah semula….laa..takkan takut juga dengan risiko tu? mengatakan kebenaran milik Allah pastilah dilindungi Allah..takkan dia nak menganiaya kekasihNya?

..maafkan patik “capal” yang hina!

October 9, 2008 1:05 PM

Tuesday, October 7, 2008

8 OKT.....PAK LAH BERTANDING PRESIDEN UMNO = NAJIB TERSEPIT????

KALAU LA BENAR KENYATAAN DIATAS, MAKA SENDIRI MAU PIKIRLA YE....XPERLU LA PENULIS MENCAMPURI URUSAN DALAMAN PARTI YANG PENULIS TIDAK SERTAI. TP PENULIS INGIN MENGUCAPKAN SYABAS KEPADA DATO NUR JAZLAN KERANA BERANI UNTUK BERTANDING JAWATAN TIMB. PRES UMNO.VOTE FOR DATO NUR JAZLAN.HARAP PEMIMPIN MUDA DAPAT MEMBERSIHKAN UMNO.

ada ape dengan gambar ini???

selamat hari raya aidilfitri kepada bloger yang beragama islam

sempena adilfitri yang tiba ini penulis memohon sejuta kemaafan kepada para bloger andai kata ada komen yang menyakitkan hati atau tersalah membuat andaian.