mizam product

mizam product

Friday, March 27, 2009

ah lan wa sah lan kepada Tok Guru

Selamat datang kepada Tok Guru ke dunia siber.Kehadiran Tok Guru dalam dunia siber ini akan memberi kelebihan kepada para blogers untuk mendapat maklumat yang betul dari sumber yang betul.Sepertimana kita tahu media arus perdana selalu memutar belitkan fakta dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tok Guru, dengan kehadiran blog ini kita semua akan mendapat menafaat dari segala pandangan dan pengajaran yang beliau lontarkan.Kehadiran blog ini juga akan meningkatkan semangat para blogers untuk terus berjuang dalam penulisan dan memberikan teguran dan kritikan kepada golongan pemerintah selain memberikan cadangan kepada mereka..

Assalamualaikum..

PANAS PANAS.......

Laporan dari utusan online 27/03/2009

Shahrir mahu letak jawatan Kabinet

KUALA LUMPUR 26 Mac - Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Shahrir Abd, Samad akan meletakkan jawatan dalam Kabinet susulan daripada kekalahannya pada pemilihan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Pengguna itu berkata, kekalahan itu seolah-olah memberi gambaran beliau tidak cemerlang dalam barisan Kabinet kerajaan.

"Bagi saya, apabila tidak dipilih dalam MT UMNO, ia seolah-olah saya tidak menunjukkan prestasi cemerlang dalam barisan kabinet kerajaan.

"Justeru, saya menawarkan untuk meletak jawatan seiring dengan peralihan kuasa Presiden UMNO pada awal bulan April nanti,'' katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan pemilihan UMNO di sini malam ini.

Kata Shahrir, keputusan itu adalah selari dengan konvensyen parti.

Laporan utusan online melaporkan bahawa Datuk Shahrir Samad yang ingin meletakkan jawatan ekoran dari kekalahan beliau dalam pemilihan parti semalam adalah sangat dialu-alukan.Memang beliau sangat tidak cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab beliau.Lihat saja kes kenaikan harga minyak pada tauhun lepas.Tentu semua orang masih ingat bagaimana beliau mengatakan minyak akan naik pada bulan akan datan tup-tup keesokanya harga minyak naik hingga berlakunya kesesakan yang teruk di semua stesyen minyak dan jalan-jalan di bandaraya.Lihat pula bila harga minyak mentah dunia turun,berbagai - bagai alasan diberikan untuk melambat-lambatkan penurunan harga minyak.Ini belum lagi di ungkit kegagalan menurunkan harga barang,menghapuskan cetak rompak dan membela nasib pekerja di bawah kementerian beliau.

Rakyat tidak dapat menerima kegagalan beliau dalam melaksanakan amanah yang diberikan.Elok sangat la kalau beliau nak letak jawatan.Jaga parlimen Johor Baharu udah la ye.Bye-bye...pegila ikut Pak Lah ek,pegi masjid ke,pegi blajar pondok ke.Lagi baik tau.

Thursday, March 5, 2009

NI KENYATAAN BETUL-BETUL PAKAR PERLEMBAGAAN...BUKAN YG UMNO PUNYA STATEMENT...

COPY FROM HARAKAH DAILY 5/3/2009

Prof Dr Aziz Bari akui "Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan
Tarmizi Mohd Jam
Thu | Mar 05, 09 | 10:05:02 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh)- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.
Iklan




Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.

"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.

Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.

Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.

"Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.

Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.

Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.

"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.

Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."

Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.

Ulasan lanjut Profesor Dr Aziz Bari berkenaan isu ini boleh dibaca pada Harakah Bil 1420 (Edisi Jumaat) bertarikh 6 - 8 Mac yang kini berada dipasaran. Dapatkan di kedai-kedai akhbar berhampiran!_

PAKAR PERLEMBAGAAN UMNO DAH NYANYUK ATAU .......

COPY FOM UTUSAN ONLINE 4/3/2009
'Usul sidang bawah pokok retorik'


PUTRAJAYA 3 Mac - Dalam bidang perundangan, belum pernah terjadi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di bawah pokok.

Yang jelas, ia tidak sah. Hanya bersentimenkan politik semata-mata.

''Sidang itu tidak boleh dianggap satu perhimpunan DUN seperti diperuntukkan perintah-perintah di bawahnya.

''Cuma ia hanya permuafakatan politik kerana pemanggilan mesyuarat itu seharusnya merujuk kepada peraturan tetap dan prosedur di bawah DUN Perak," kata pakar perlembagaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kepada Utusan Malaysia.

Tanggungjawab Speaker termasuk Perkara 89 berkaitan interpretasi mana-mana peraturan tetap DUN ini adalah tertakluk pada usul dalam DUN.

Ini bermakna sebarang perkara berkaitan kewibawaan speaker, ia tertakluk kepada unsur penolakan atau penerimaan dalam dewan.

Dan kalau cukup korum, Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berhak membuat petisyen membantah sebarang tindakan dan keraguan yang dicernakan pakatan pembangkang dalam sidang DUN akan datang.

Perkara 18 membolehkan kesemua 28 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perak termasuk tiga wakil bebas, menurunkan tandatangan mereka dalam petisyen berkenaan.

''Jika sudah cukup genap suara majoriti, maka harus dipanggil satu sidang khas di bawah perintah Sultan," kata Rais.

Lagipun, menguatkan lagi fakta tidak sah 'sidang DUN bawah pokok' semalam kerana ia langsung tidak membincangkan pengisian kekosongan timbalan speaker DUN Perak.

Penyandang jawatan itu adalah Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang kini bergerak sebagai wakil Bebas.

Yang jelas, sebarang keputusan dan usul yang diluluskan semasa 'sidang bawah pokok' disertai wakil-wakil pakatan pembangkang di Ipoh semalam tidak sah.

Monday, March 2, 2009

UUM tunda tindakan disiplin tiga siswa

copy from Malaysiakini 2/2/2009

Universiti Utara Malaysia (UUM) menangguhkan tindakan disiplin terhadap tiga mahasiswanya berhubung bantahan mereka terhadap kenaikan tambang bas di kampus itu.

Jawatankuasa tatatertib pelajar yang dijadual memanggil ketiga-tiga mahasiswa itu 2.30 petang ini memaklumkan penangguhan tersebut kepada mereka dalam satu surat lewat petang semalam.

Surat itu tidak menyatakan alasan penangguhan tersebut dan tarikh baru perbicaraan ke atas Choo Kok Wei, Medecci Lineil Repong dan Tengku Mohd Hasrul Tengku Malek.

Ketiga-tiganya antara 10 pelajar yang terlibat dalam jawatankuasa khas memantau harga tambang bas di kampus di Sintok itu.

Jawatankuasa itu ditubuhkan bulan lalu selepas mahasiswa membuat bantahan melalui petisyen dalam talian berhubung kenaikan tambang bas di universiti berkenaan daripada RM0.40 sen untuk satu destinasi kepada RM0.55.

Tujuh lagi mahasiswa yang menganggotai jawatankuasa itu setakat ini tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Tengku Mohd Hasrul, yang pernah mengetuai jawatankuasa bantahan tersebut, menghadapi tuduhan berbeza iaitu mengkritik seorang timbalan naib canselor UUM melalui tulisan di blog peribadinya.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Penolong Pengarah Unit Disiplin dan Tugas Khas, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Akademik (HEPA) Shahidan Shafie mengesahkan penangguhan perbicaraan itu.

Beliau bagaimanapaun tidak dapat menjelaskan tempoh masa dan sebab penangguhannya kerana "hanya menerima arahan".

Penangguhan perbicaraan itu juga didakwa bukan disebabkan tekanan daripada kumpulan mahasiswa dan NGO yang menentang tindakan ke atas ketiga-tiga mahasiswa terbabit.

"Saya hendak tertekan apa, bukan saya tumbuk dia (ketiga-tiga mahasiswa itu). Saya hanya menjalankan tugas. Saya hanya mengikut arahan," katanya.

Jumaat lalu, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malasia (Dema), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) mendesak UUM menggugurkan kes itu.

Kumpulan itu juga menyeru mahasiswa berkumpul di tempat perbicaraan di bangunan Canselori ketika perbicaraan berlangsung.

Mengulas perkara itu, Shahhidan berkata, UUM tidak menerima walau sepucuk pun surat bantahan dan rayuan berhubung perkara itu.(NAK KENA PAKAI SURAT JUGA KE??/TAK CUKUP LAGI KE ORANG DUK BISING DALAM MEDIA NI,SAPA LA YANG LANTIK PEGAWAI YANG SANGAT-SANGAT LEMAH AKALNYA INI???)

"SMS adalah (diterima), itu saya tidak nafikan," katanya.

Diminta mengulas pendakwaan kes tersebut, Shahidan berkata UUM mendapati "ada kes" untuk mendakwa ketiga-tiga mahasiswa berkenaan.

Bagaimanapun, kesalahan mereka hanya akan diputuskan oleh jawatankuasa disiplin.

Beliau juga menambah, ketiga-tiga pelajar berkenaan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib UUM bukan kerana menghantar memorandum bantahan kepada UUM berhubung kenaikan tambang bas, tetapi kerana memberikan kenyataan kepada media tanpa kebenaran universiti.

Sementara itu, mengulas perkembangan terbaru itu, Tengku Mohd Hasrul ketika dihubungi berkata beliau menerimanya "seperti biasa".

"Saya tidak kisah, saya telah memutuskan akan memberikan kerjasama penuh," katanya.

Dr.Zamri Anda Adalah MB Yang Tidak Sah

Isu berkenaan sidang Dun Perak yang dipengurusikan oleh speker Dewan Undangan Negeri iaitu V.Sivakumar yg mahu mengadakan sidang dewan tergempar mencetuskan polimik baru di negeri Perak.Krisis perlembagaan secara terang-terangan telah berlaku.Sebelah pihak mengatakan sah dan pihak lain mengatakan tidak sah.Setiap pihak mendapatkan khidmat pakar perundangan yang masing-masing mempertahankan hujah setiap parti yang dimiliki.Sebagai rakyat penulis menjadi bingung,mana satu yang boleh kita pakai bila masing-masing mempertahankan hujah berdasarkan khidmat pakar perundangan. Tetepi mengikut analisa penulis speker mempunyai kuasa mutlak untuk mengadakan sidang tersebut tanpa mendapat persetujuan Tuanku. Mungkin UMNO sudah lupa kuasa yang beliau berikan kepada speaker satu masa dahulu.Biasala UMNO MUDAH LUPA...

Pada 28 feb 2009 Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak secara jelas mengatakan bahawa menganggap persidangan tersebut tidak boleh diadakan berikutan krisis di Perak menjadi kes mahkamah.
Sekiranya kenyataan Timbalan Presiden Umno itu diambil kira tentunya pelantikan Menteri Besar baru di Perak juga tidak boleh diterima kerana ia membabitkan kes mahkamah. Jadi secara tak langsung MB baru perak ialah MB yang haram,maka sudah tentulah beliau bersama barisan exconya tidak layak untuk menikmati gaji dan elaun-elaun yang bakal diperolehi oleh seorang MB.Jadi pihak perbendaharaan negeri mestilah menghalang pembayaran gaji tersebut kerana mahkhamah belum memutuskan SIAPA MB YANG SAH!Tidak kira la samaada Sultan Azlan Shah sudah melantik Dr.Zambri secara rasmi baru-baru ini tetapi kuasa mahkhamah lebih besar.Tuanku tidak mempunyai kuasa untuk memecat atau memaksa MB IR. Nizar meletak jawatan kerana secara jelas dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak MB hanya boleh di turunkan melalui 3 cara.So harap komer semua paham la yer..