mizam product

mizam product

Monday, August 30, 2010

SOKONG KERAJAAN KELANTAN SAMAN PETRONAS


Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.


Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli.

Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.

Notis sepanjang 47 halaman itu antara lainnya menuntut:
1. Pelaksanaan spesifik perjanjian petroleum Kelantan.

2. Siasatan dijalankan ke atas Petronas untuk membuat pendedahan penuh berhubung fakta berkaitan bayaran tunai yang perlu dibayar kepada Kelantan.

3. Perintah supaya semua tunggakan bayaran tunai dilunaskan dalam tempoh sebulan daripada perintah mahkamah.

4. Gantirugi beserta kos dan faedah ke atas jumlah yang diperintahkan dibayar.

5. Relief lain dan juga kebebasan untuk memohon.

Anggota polis bertindak mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini.

Pertikaian berlarutan

Isu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai tahun lalu.

Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ehsan" sebanyak RM20 juta.

Hujah berkenaan bagaimanapun disangkal oleh bekas naib presiden Umno dan juga bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkannya sebagai "menghina kebijaksanaan" rakyat Kelantan.


Saman pemula hari ini merupakan rentetan daripada tindakan kerajaan pimpinan PAS Kelantan pada Mac lalu melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil perunding negeri itu untuk menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat.

Kelantan didakwa berhak menerima bayaran royalti minyak antara RM850 juta hingga RM1bilion untuk pengeluaran di pelantar minyak yang terletak sejauh 170 kilometer dari perairan Kelantan.
Husam sebelum ini berkata bayaran tersebut perlu dibuat mengikut Akta Petroleum 1974 yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.


SAMAN DEMI MARUAH DAN AMANAH.


KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Tindakan memfailkan saman terhadap Petronas adalah atas dasar menjaga kehormatan harta rakyat negeri Kelantan yang telah dirampas oleh Kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, sebagai ketua kerajaan bertanggungjawab, beliau perlu memastikan hak rakyat Kelantan dikembalikan walau terpaksa ke mahkamah.

"Wajib atas saya sebagai ketua kerajaan dan penolong-penolong saya menjaga harta Kelantan dengan apa cara sekalipun samaada dengan rundingan, termasuk juga melalui mahkamah.

"Kami hari ini datang kerana menunuaikan tugas agama menjaga harta rakyat Kelantan iaitu petroleum, gas dan sebagainya," kata Nik Aziz pada sidang media selepas selesai memfailkan saman berkenaan dan menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu turut berkata, dalam al-Quran ada dinyatakan mengenai lima perkara yang mesti dijaga iaitu akidah, nyawa, harta, nasab dan maruah.

Justeru, beliau dan exco kerajaan negeri memilih untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian memandangkan tuntutan secara rundingan agar royalti petroleum dikembalikan kepada negeri tidak diendahkan Kerajaan Persekutuan.

"Kami datang ke mahkamah ini kerana saya sebagai ketua negeri dan rakan-rakan daripada exco mahu mempertahankan harta kami," katanya lagi.

Tambahnya, beliau bagi pihak kerajaan negeri yang mewakili rakyat Kelantan amat berharap agar mahkamah dapat mengadili kes itu seadil-adilnya kerana soal keadilan terkandung dalam al-Quran yang wajib diikuti oleh orang Islam.

"Kami berdoa kepada Allah S.W.T minta semua yang mengendalikan urusan harta kami ini iaitu peguam, hakim dan sebagainya supaya terbuka pintu hati mereka, ingat kepada keadilan. Keadilan ini wajib ditunai dan diseru dalam al-Quran sebelum ada PBB di muka bumi ini, sebelum ada apa-apa akta di dunia ini," katanya lagi.
Kira-kira jam 9.30 pagi tadi kerajaan Kelantan memfailkan saman di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Selepas itu, Tuan Guru Nik Aziz yang diiringi kepimpinan kerajaan negeri, ahli-ahli parlimen PAS, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan kira-kira 200 orang menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, mereka yakin berada di pihak yang benar kerana segala fakta mengenai royalti petroleum termasuk Akta Pembangunan Petroleum 1974 jelas membuktikan Kelantan berhak mendapat royalti tersebut.

"Kita sebelum ini teleh menghubungi Petronas, Perdana Menteri dan membuat kenyataan yang menjelaskan kedudukan Kelantan dari segi hak petroleum seperti mana perjanjian petroleum 1974 dan Akta Pembangunan Petroleum 1974," katanya.

Menurutnya juga, tiada sebarang kekeliruan dalam perjanjian itu dan mendapat sokongan bekas pengerusi petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian tersbut bagi pihak Petronas dengan negeri-negeri termasuk Kelantan.

Dalam perjanjian tersebut dinyatakan bahawa jika pengeluaran petroleum dan gas berlaku sama ada di daratan atau di lautan sesuatu negeri, maka negeri tersebut berhak mendapat royalti sebanyak lima peratus setahun.

Namun, royalti berkenaan tidak dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan sejak tahun 2004.

Manakala peguam kanan Tommy Thomas yang mewakili kerajaan Kelantan optimis untuk memnenagi kes tersebut berdasarkan pengalaman beliau berhadapan dengan Kerajaan Terengganu dalam kes yang sama.

"Kita yakin boleh menang kes ini dan kita sangat berharap dapat menang untuk mengembalikan hak rakyat Kelantan," katanya.

KALAU LA BUAT KAT MALAYSIA BEGINI KONPEM MELAYU HARBI MARAH BEB....

DI PETIK DARI UTUSAN MELAYAU

Gadhafi beri ceramah agama kepada wanita muda Itali
30/08/2010 3:31am

ROM 30 Ogos - Pemimpin Libya, Moammar Gadhafi memberikan ceramah agama dan salinan naskhah al-Quran kepada beberapa ratus gadis Itali semalam ketika tiba di Rom untuk lawatan keempatnya dalam setahun.

Kira-kira 200 hingga 500 wanita yang dibawa oleh sebuah agensi model dan dibayar dengan jumlah yang tidak diketahui untuk hadir, tiba dengan menaiki bas di kediaman rasmi duta Libya sebaik sahaja kapal terbang presiden itu mendarat di lapangan terbang Ciampino di sini pada permulaan lawatannya selama dua hari.

Sebaik sahaja berada di dalam kediaman rasmi itu, Gadhafi memberikan ceramah agama dan salinan naskhah al-Quran kepada semua wanita, kata dua orang wanita berada di sana, Michela dan Cristina kepada Berita Televisyen Associated Press.

Jelas Michela, tiga daripada peserta itu memeluk Islam serta-merta. - AP


TENGOK ORANG SEBAR ISLAM MACAMANA, HANGPA BILA LAGI NK BELAJAR AMNUI????????
KALAU TOK GURU BAGI AL-QURAN KAT LIM GUAN ENG DAN CINA-CINA SEANGKATANYA,AGAKNYE TEROK KORANG TIBAI..

Saturday, August 28, 2010

FINISH!!! TAK USAH POLITIKKAN LAGI.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

udah-udahla cipta bnyak fatwa lagi,xusah tambah tambah lg.nanti pening umat islam.kat malaysia ni ramai sangat orang suka cipta fatwa baru.yang halal jadi haram,yang haram xplak kata haram.

KITA NI LEBIH PADA EMOSI DARI IKUT HUKUM ALLAH YANG SEBENARNYA TU YANG JADI TAK KENAL HALAL DAN HARAM.

1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.

2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.

3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.

4 .Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.

Baca dan pahamkan,jgn jadi islam lebih dari nabi la wahai melayu..

'Tazkirah' di surau-CEPATLA BERLUMBA BUAT FATWA...KORANG KAN PANDAI CIPTA FATWA BARU!!!



Tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu menjadi isu politik yang sengaja dimainkan,ada yang marah ada yang ok.Sedangkan semua tahu tempat umat islam bermuamalat dan melakukan aktiviti memang digalakkan berlaku di masjid atau surau tapi zaman sekarang ni kat malaysia semua tak boleh.Politik tak boleh,itu tak boleh ini tak boleh tah apa yang boleh tak tau la.Pasal tu surau dan masjid takda makmum waktu subuh,zohor,asar,maghrib dan isyak pasal tempat ni eksklusif sangat.ramai tak boleh masuk.kalau dtg jarang2 pon ajk surau jeling semacam je seolah-olah kita ni datang nak mencuri.

Komen dari (Mais),Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang Sentral berlaku seperti dilaporkan.

Sehubungan itu, tambahnya, Mais diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

TITAH PERINTAH ALLAH TAALA MACAMANA?SAPA NAK IKUT?NAK AMBIL ALIH?AMBIL LA TAPI JIKA SELEPAS INI AZAN DAN SOLAT TAKADA KAT SANA TANGGUNGLA.NAK HARAP IMAN RM450 YANG DILANTIK DATANG SUBUH PUN LEWAT KADANG-KADANG WAKTU ZOHOR IMAN TAKDA.TANGGUNGLA NANTI! ITTAQULLAH..................

"Mais memandang serius berhubung isu ini memandangkan ini merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid/surau di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib.

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata, Mais juga akan memberikan surat amaran kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulangi lagi.

"Mais juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama dan tidak menggunakan masjid/surau," katan Mohamad Adzib.

"Pihak Mais juga menggesa supaya semua pihak termasuk parti-parti politik agar lebih sensitif kepada perasaan umat Islam amnya dan hendaklah menjunjung titah perintah DYMM Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor."

SEJAK BILA SEMUA BENDA JADI TAK BOLEH NI???NI MELAYU ATAU ISLAM YANG KATA TAK BOLEH??SEKARANG NI RAMAI BENAR YANG TERLEBIH ISLAM DARI JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. NABI TAK PENAH LARANG BUKAN ISLAM DATANG KE MASJID , BILA DATANG LAMA LAMA MAKIN DEKAT,MANA TAU ALLAH BAGI HIDAYAH.NI SEMUA MESTI BIMBANG TAKUT CINA MASUK ISLAM MAKA ISLAM TAK LAGI JADI EXCLUSIVE UNTUK MELAYU JE.NANTI TAK BOLEH DAH NAK KEMPEN MELAYU ITU ISLAM,ISLAM ITU MELAYU,MELAYU ITU UMNO.HAHAHA..TIPU LA LAGI LAMA-LAMA RAKYAT SEDAR ALLAH MURKA BARU PADAN MUKA.

Thursday, August 26, 2010

SELAMAT HARI RAYA 1 MALAYSIA.

KEMENANGAN RAKYAT-AYUH PENEROKA TERUSKAN KEBANGKITAN INI!!

DI PETIK DARI HARAKAHDAILY 26/8/2010
Perintis kebangkitan warga Felda seluruh negara
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS mengucapkan tahniah kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan yang sekali lagi memenangi tuntutan saman mereka kepada Felda yang bernilai RM11 juta di Mahkamah Persekutuan untuk kali kedua, hari ini.

Pada pertengahan Januari lalu Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan pertama tetapi Felda berkeras mahu kes ini dibicarakan semula oleh panel lain.

“PAS mengucapkan syabas kepada kesabaran dan keberanian para peneroka ini yang menjadi perintis kepada kebangkitan warga Felda di seluruh negara,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Kini, katanya beberapa peneroka Felda di seluruh negara juga sedang berusaha menyaman Felda, antaranya adalah 766 orang peneroka Rancangan Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta dan Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (Sepakat) yang mengemukakan tuntutan berikut:

1. Penggredan Buah Tandan Sawit Segar (BTS) dilakukan dengan telus mengikut peraturan yang tertera dalam Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit yang dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), termasuk penggredan BTS ‘bermutu’, ‘tidak bermutu’ dan muatan ‘ditolak’ yang menentukan pendapatan peneroka;

2. Pengembalian semula Wang Tabungan Tanam Semula kepada peneroka yang tidak menyertai skim Felda;

3. Penilaian semula levi RM10 sebulan bagi setiap ekar yang dimiliki peneroka;

4. Kebenaran bagi peneroka memiliki lesen MPOB bagi memasarkan sendiri hasil mereka (Akta Tanah GSA 1960);

5. Pengagihan lebihan keuntungan hasil atau bonus tahunan kepada semua peneroka meliputi mereka yang masih lagi atau sudah tidak menyertai skim Felda;

6. Menggesa Felda memaklumkan dan meminta pandangan peneroka mengenai segala perubahan dasar-dasar Felda, terutama yang mempunyai kesan secara langsung kepada peneroka; dan

7. Pembelian kayu getah dibuat pada kadar harga pasaran (semasa proses tanam semula, kayu-kayu getah dibeli oleh Felda pada harga rendah daripada harga pasaran).

PAS, ujarnya menyokong usaha peneroka Felda untuk mendapatkan hak mereka dan membongkar penyelewengan dalam organisasi Felda.

“PAS juga kesal kerana dalam kes Felda Kemahang tiga ini, pada 1 Nov 2002, satu ugutan dibuat dalam satu perjumpaan yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Ummah Felda, Kemahang yang dihadiri Pengerusi Felda Kemahang Tiga dan Datuk Mustapa Mohamed (MT Umno) yang ketika itu Ahli Parlimen kawasan Jeli,” ujarnya.

Menurutnya, para peneroka diugut untuk dibuang dari rancangan skim kelompok Felda jika masih meneruskan kes itu di mahkamah.

PAS, katanya berharap perkara itu tidak berlaku dan pihak Felda haruslah menghormati keputusan mahkamah.

Beliau menambah, kini warga Felda tidak perlu lagi menjadi hamba kepada Felda dan mereka perlu berani untuk dapatkan hak mereka.

Mereka juga, ujarnya bebas untuk memilih parti mana yang mereka sukai untuk diundi dalam pilihanraya akan datang dan PAS sedia memberikan bantuan kepada mereka.

Katanya, Umno ternyata telah gagal memperjuangkan hak peneroka, dan PAS bersedia untuk menjadi kerajaan bersama Pakatan untuk melindungi hak mereka.

Wednesday, August 25, 2010

LEBIH JELAS DARI UTUSAN MELOYA KAN JAWAPAN NI.NAMPAK CANTIK DAN INDAHNYA ISLAM.

Saya petik:

USTAZ ZAHARUDDIN:

[Zaharuddin.net] Ustaz, apakah hukumnya mendoakan orang bukan Islam dengan hidayah atau biar dia bersifat adil, sejahtera, sihat tubuh dan sebagainya. Bolehkah pula doa sebegitu dibuat ketika khutbah? Harap ustaz dapat mengulas secara ilmiah dan tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik. Selain itu, apakah pula hukum kita menjawab bersin seorang kafir dengan sebutan "blessed you". Terima kasih

JAWAPAN

InshaAllah, saya akan mengulas tanpa sebarang prejudis terhadap politik kepartian, walau saya sedar soalan saudara tadi telah disensasikan sebagai isu politik di tanahair.

Namun begitu, sebelum mengulas perlu dinyatakan, ulasan saya adalah hanya berkaitan hukum dan panduan umum tanpa merujuk kepada mana-mana kes dan isu di tanahair disebabkan saya tidak punyai sebarang info jelas berkenaannya.

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada beberapa keadaan dan isi kandungan doa. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :-

a. HUKUM HARAM

Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT adalah DIHARAMKAN.

Imam An-Nawawi menyebut :

وأما الصلاة على الكافر، والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع

Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma' ulama ( Al-Majmu')

RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil asas antaranya :-

* Firman Allah :-

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Ertinya : Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik (kafir & bukan Islam), walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam. (At-Taubat : 113)

* Hadis Nabi :

أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عرض الإسلام على عمه أبي طالب وهو يموت، فأبى ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْهُ . فَنَزَلَتْ : ( مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ) وَنَزَلَتْ : ( إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ )

Ertinya : Nabi s.a.w mengajak bapa saudaranya Abu Talib kepada Islam, amun dia meninggal sebelum menyahutnya. Maka berkata nabi : "Aku berdoa keampuanan dari Allah untuknya apa-apa yang dia tidak berdoa (semasa hayatnya). Selapas doa nabi itu dibuat, turun ayat di atas dan turun juga ayat yang beerti " sesungguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sukai"

Hadis di atas jelas menunjukkan larangan Allah kepada nabi dari berdoa KEAMPUNAN kepada bapa saudaranya yang TIDAK ISLAM. Imam Ib Hajar Al-Haithami Al-Syafie berkata

حرم الدعاء بأخروي لكافر، وكذا من شك في إسلامه، ولو من والديه

Ertina : haram berdoa berkenaan apa-apa urusan berkaitan akhirat untuk orang bukan Islam, demikian bagi mereka yang terdapat syak pada status Islamnya walau mereka itu ibubapanya ( Rujuk Tuhafatul Muhtaj )

b. HUKUM HARUS

Ulama juga sepakat mendoakan orang bukan Islam (kafir) agar mendapat HIDAYAH adalah HARUS DAN DIBENARKAN. Demikian juga lain-lain kebaikan bersifat dunia seperti umur panjang, kesihatan, lebih adil dan sebagainya, doa dalam hal kedunia itu HARUS selagi mana dia bukan merupakan seorang penentang utama Islam.

Imam Al-Bukhari sehingga memasukkan tajuk dalam kitabnya :

بَابُ الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ بِالْهُدَى لِيَتَأَلَّفَهُمْ

Ertinya : bab berdoa untuk orang kafir musyrik untuk mendapat hidayah agar dijinakkan hati mereka.

RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil utama dalam hal ini, antaranya :-

* Hadis nabi : -

فَقَالَ : إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ ، فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ

Ertinya : Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa : "Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami (Riwayat Al-Bukhari, no 2779 & Muslim)

Doa yang hampir sama juga pernah Nabi lafazkan untuk Ibu Abu Hurairah, ertinya : "Ya Allah berikanlah hidayah untuk Ibu Abu Hurayrah" (dari Riwayat Muslim)

Al-Hafidz Ibn Hajar menyatakan doa nabi itu merupakan satu taqriri dayang jelas berkenaan keharusannya. Ada ketikanya nabi akan mendoakan kehancuran dan laknat buat orang bukan Islam khususnya di ketika kuatnya kejahatan mereka ke atas umat Islam, di kala tenang dan aman, nabi mendoakan pula hidayah buat beberapa dari kalangan mereka. (Fath Al-Bari, 10/604).

* Hadis nabi :-

كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ : يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ ، فَيَقُولُ : يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

Ertinya : orang Yahudi sengaja buat-buat bersin di hadapan Nabi serta berharap Nabi akan berkata sebagai balasan : Moga Allah merahmatimu kamu, Namun Nabi hanya menyebut : Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperelokkan pemikiranmu ( Riwayat At-Tirimizi& Abu Daud ; sohih menurut Albani)

Doa Nabi untuk mereka mendapat hidayah itu jelas membawa erti keharusan mendoakan hidayah buat mereka. Berdasarkan hadis itu, maka TIDAK HARUS untuk kita menyebut "bless you" kepada orang bukan Islam apabila dia bersin kerana 'bless you' tidak membawa makna yang sama dengan "Moga Allah memberi hidayah buatmu". Justeru, Jika keadaan sesuai (kerana rakan agak rapat & telah ada minat kepada Islam), ucapan selepas mendengar bersin seorang bukan Islam itu boleh ditukar kepada "May Allah guide you" atau apa-apa yang seerti dengannya. Namun jika situasi itu tidak sesuai, eloklah berdiam diri sahaja atau boleh disebut 'get well soon' atau apa-apa ucapan lain bersifat kebaikan dunia.

Syeikh Abu Tib menyatakan tidak boleh kita mendoakan rahmat atau blessing untuk bukan Islam kerana ia lafaz rahmat khas untuk sesama Muslim sahaja. ( ‘Aunu Al-Ma'bud, 13/257)

* Hadis nabi :

Nabi pernah berdoa :

اللهم اعز الإسلام بأحب العمرين

Ertinya : Ya Allah, tinggikanlah Islam melalui salah seorang dari dua Umar ( Umar Al-Khattab atau Amru Hisham iaitu Abu Jahal)

Para ulama juga menyimpulkan keharusan berdoa untuk bukan Islam yang baik dan TIDAK BERCIRI PENENTANG ISLAM agar mendapat bertambah adil, bertambah baik, dipanjangkan umur, tambah anaknya, sihat tubuhnya dan dari jenis manfaat dunia yang tidak melibatkan akhirat serta rahmat dan keampunan.

Sebagaimana nabi pernah meminta Allah melewatkan dan menangguhkan azab ke atas penduduk Taif yang menghalaunya kerana mereka jahil dan tidak mengetahui.

KESIMPULAN

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada isi kandungan doanya, sama ada doa itu diucapkan di dalam khutbah atau di luar ia tetap sama dari sudut hukum. Ia bergantung kepada kandungan. Jika ia melibatkan doa berkaitan urusan dunia seperti tubuh sihat atau mendapat hidayah, DISEPAKATI ULAMA ATAS KEHARUSANNYA. Namun jika keampunan, rahmat dan urusan akhirat DISEPAKATI HARAM.

TIDAK DIBENARKAN JUGA berdoa untuknya dengan rahmat selepas mereka bersin, sebaliknya ubahlah ucapan menuju erti moga Allah memberi hidayah kepadanya.

Jangan dilupa juga, doa kebaikan untuk orang zalim yang pasti menurut neraca Al-Quran dan Al-hadis, sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam adalah ditegah. Dalam sebuah athar yang kukuh jalan riwayatannya, disebut :-

من دعا لظالم بالبقاء فقد أحب أن يعصى الله

Ertinya : sesiapa yang mendoakan untuk orang zalim, maka dia sessungguhnya menyukai untuk menderhakai Allah. (Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

Adapun dalam kes masjid Pulau Pinang, sebelum ingin dipastikan tegolong dalam kategori mana dari pembahagian hukum di atas, apa yang paling penting adalah memastikan sama ada ia benar-benar wujud doa atau tidak, dan jika wujud adakah ia merupakan tindakan individu khatib atau merupakan arahan pihak atasan atau arahan Ketua Menteri itu sendiri. Setelah itu, barulah disemak kandungannya. Jika ia menepati yang diharuskan, TIADA sebarang masalah di sisi Islam. Namun dalam hal ini, disebabkan ia telah bercampur dengan usaha meraih milage politik, hal ini perlu dinilai lebih teliti kerana kemasukan kepentingan politik menambah lagi keraguan kata-kata mereka yang berkata, dari kedua-dua pihak.

Sekian


Dr ASRI:

[MK]...Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Permainan politik

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik.

Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: "Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian...(penerangan Dr Asri ini panjang. Sila ke MK untuk membaca artikel penuh.)


Doa Untuk Bukan Muslim
Disiarkan pada Aug 24, 2010 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |

Doa Untuk Bukan Muslim: Bicara Harmoni Buat S.S Mufti Perak
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin



Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang ‘dikecohkan’ sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati S.S Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salahfaham dapat dielakkan.



Apabila seorang tokoh UMNO yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya ‘malu’) dengan fatwa S.S Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: “apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?”. Setelah mendapat sms itu saya cuba mencari kenyataan S.S Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.



Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh S.S Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan ‘sejahtera’ itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut;



1. Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu. Adapun S.S Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh –bukan lemah seperti saya- dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

2. Pandangan agama yang membabitkan hal bukan muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam. Kita memberitahu dunia ‘Islam adalah agama yang rahmat’, pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

3. Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan –terutama di media-media kerajaan- “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Walaupun Nabi s.a.w –seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan muslim bersama dengan muslim baginda hanya memberikan ‘assalamualaikum’ sahaja. Perkataan ‘assalamualaikum’ itu memang bermaksud ‘kesejahteraan ke atas kamu’. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan ‘salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam’. Tidakkah ‘salam sejahtera kepada bukan beragama Islam’ itu satu doa untuk mereka. Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru ‘salam 1 Malaysia’ juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan muslim. Mengapa tidak diharamkan?. Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

4. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

5. Kata Abdullah bin Mas’ud:

“Aku seakan masih melihat Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: “Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

6. Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi s.a.w pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing. Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah tersebut: “Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar”. Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan muslim.

7. Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan muslim yang bermusuh dengan Islam. Firman Allah: (maksudnya):

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

8. Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu muslim atau bukan muslim. Firman Allah:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113).

9. Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu ‘Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama:

“Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil” (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

10. Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredhaan sesuatu pihak semata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau pendetilan.

11. Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda. Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman? Jika seorang pemimpin muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?

12. Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan muslim menerima Islam ini. Orang cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh. Jika Nabi s.a.w pernah berdoa:

“Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya S.S Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.
Comments


JANGAN GUNA AGAMA IKUT SEDAP PERUT JAH!!!!

HADIAH HARI LAHIR KE 25 PROTON…


Ini adalah cerita mengenai kereta buatan Malaysia yang sangat di banggakan oleh rakyat Malaysia. Proton kereta yang tak perlu diperkenalkan lagi,ia antara kereta terlaris di Malaysia dengan jualan berjuta-juta unit sejak dilancarkan pada tahun 1985 tetapi sepanjang tempoh tersebut proton tidak pernah belajar dari kesilapan.berbagai masalah berlaku pada setiap model yang dikeluarkan kadang-kadang masalah yang sama berlaku pada setiap model tersebut. Jika disenaraikan setiap masalah tersebut maka 2 helai kertas pun tak cukup. Aku ingin beri contoh kereta aku sendiri iaitu Proton Satria aku perhatikan masalah yang ketara ialah power window yang sering rosak,cermin naik senget dan motor power window rosak.Itu salah satu masalah yang sangat ketara. Pada pengguna proton waja dan Gen-2 pula pasti akan menghadapi masalah pembuka pintu patah.Kenapa??Pelik semua ini masalah yang berulang-ulang,ia berlaku hampir pada setiap model yang dikeluarkan.Apa guna R&D yang di ishtiharkan beratus juta ringgit tapi hasilnya sama,sentiasa mengalami masalah yang sama. Proton Persona pula menghadapi masalah yang lagi pelik,aku nk tulis pun heran.Masalah tersebut ialah patah pembuka minyak,masalah yang sangat jarang kita dengar. Selalunya 20 tahun umur kereta pun xrosak lagi benda ni tapi this Persona take just 2 years untuk menjahanamkan benda ni.Gila tak berkualiti langsung. Ini berlaku pada kawan aku sendiri iaitu saudara Fahmi yang menggunakan Proton Persona hampir 2 tahun, mula-mula aku tak percaya tapi bila di buktikan dengan angka jualan penutup minyak untuk model proton persona tersebut memang diakui bahawa memang benda itu bermasalah. Aku juga pernah melihat kereta Proton persona bergerak tanpa penutup tersebut maka ia menguatkan lagi tanggapan aku bahawa tahap kualiti benda tersebut terlalu rendah. Belum lagi kisah bila bukak aircond kereta terus mengeram,berat nak mampos kalau naik bukit or nak memotong.Ini masalah cukup lama dari first model Proton Saga hinggalah kepada Saga jelmaan semula yang diberi nama Saga BLM.

Jadi bila mana kerajaan negeri Kedah tidak membeli Proton Perdana v6 untuk kegunaan ahli exco dan kegunaan pejabat negeri aku menyokong 100%.Ini bukan kerana aku tidak menyokong industri barangan buatan Malaysia tapi aku mahu Proton berubah kearah memberi barangan yang setimpal dengan harga yang dibayar demi keselamatan dan value pada pengguna itu sendiri.Usah ditipu kami rakyat marhaen ini dengan memberi kereta yang tidak selamat dan tidak berbaloi dengan harga yang dibayar. Kereta proton dijual pada harga yang tinggi jika dibandingkan dengan kualiti kereta itu sendiri,tapi apakan daya olehkerana harganya lebih murah dan syarat pembiayaan yang longgar oleh pihak bank menyebabkan kita semua memilih membeli kereta ini walaupun tahu risiko yang bakal di terima.Untuk pengetahuan pihak Proton jika tidak kerana cukai yang tinggi dan syarat pembiayaan yang ketat di berikan pada kereta import, rakyat Malaysia pasti akan berduyun-duyun membeli kereta import yang mana di jamin lebih berbaloi.

Lagi satu yang aku lihat ialah memperniagakan WARRANTY @ JAMINAN yang di berikan. Korang perasan tak warranty ni ialah satu perniagaan? Nak tau macamana? Bila ada warranty pada sesebuah kereta yang dibeli maka secara tak langsung minda kita akan merasa lega tetapi sebenarnya kita tak perasan.Lagi lama warranty yang diberikan lagi seronok kita,ada yang melompat lompat terkinja – kinja kegembiraan tp yang sebenarnay bila warranty ini diberikan sebenarya kita telah terikat dgn pusat servis Proton,maknanya di sini pihak syarikat boleh buat untung lagi. Jarang orang perasan sebab ini adalah fitrah sebagai manusia yang mana sebagai pengguna kita akan merasa terjamin bila ada warranty tapi sebenarnya kita telah ‘di xxpu ).Pasal apa? Cuba korang piker ye untuk servis pertama berapa charge?ke 2?ke 3 dan seterusnya mengikut kilometer yang di tentukan.Brapa sangat peratusan yang korang claim untuk kerosakan dan kelemahan kereta?Tapi yang aku duk perhatikan ialah pengguna terpaksa membayar lebih jika di bandingkan dengan harga sebenar di bengkel-bengkel kereta lain. Pasal ni la pusat servis proton buleh hidup,selagi ada sales dari proton selagi itulah bengkel- bengkel ini buleh hidup, mereka buleh membuat kira – kira budget plan sehingga 5 tahun ke depan berdasarkan warranty kereta pelanggan mereka. Ini membuktikan warranty mempengaruhi keuntungan mereka pada masa depan,disinilah aku cakap warranty adalah perniagaan. Macam –macam cara membodohkan manusia,belajar dari buku –buku dan Teori Maslow tu kunci kepada apa yang pengguna inginkan.

Takkan la nak suruh kita semua kumpulkan semua masalah dan pengguna kereta ini untuk menuntut ganti rugi teladan seperti mana yang berlaku pada syarikat Toyota di US baru mereka ini nak berubah..Aku sayang pada syarikat kereta nasional ini jadi aku harap pada masa akan datang mereka akan berubah.

By sejadahburuk 25/08/2010

Sunday, August 22, 2010

Ganti - Itu satu adudomba awas orang islam.Jangan jadi BODOH!!!!!

dipetik dari Harakahdaily 22/08/2010

Khutbah: Umno terdesak dapatkan sokongan Melayu
Written by Mohd Ali Hashim

GEORGETOWN, 22 Ogos: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menyelar tindakan Umno yang menggunakan isu agama dalam keadaan yang begitu terdesak bagi mendapat sokongan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

Menurut beliau, Umno diminta supaya segera mengundurkan diri dari terus berperang bagi menangani masalah masyarakat Melayu kerana PAS telah sedia untuk menggantikan mereka dalam apa jua situasi.

Katanya, dalam isu doa dalam khutbah jumaat yang dipolitikkan oleh Umno, mereka perlu mengenal pasti dengan bukti bahawa sememangnya wujud khutbah yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Tambahnya, jika ia adalah doa bagi memohon kesejahteraan itu adalah 'standard' dan tidak boleh diubah kepada nama-nama lain.

Namun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata sekiranya doa yang dibaca secara umum untuk diberikah hidayah, itu bukan masalah kerana ia suatu perkara yang biasa apabila rakyat berdoa untuk diberi petunjuk kepada sesiapa sahaja termasuk Ketua Menteri.

Katanya, apa yang menjadikan isu itu satu fitnah Umno terhadap kerajaan negeri ialah perkataan 'ganti' yang digunakan dan ia satu pembohongan besar yang sengaja diperbesarkan untuk menimbulkan kemarahan rakyat di negeri ini.

“Sebagai umat Islam kita boleh berdoa kepada sesiapa sahaja, namun begitu perkataan 'ganti' yang digunakan itu membahayakan kerana ia sudah disalah tafsir oleh sesetengah pihak selain ia melibatkan nama besar Yang di-Pertuan Agong dan Islam,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Tambahnya lagi, Umno bermain dengan isu yang sangat merbahaya dengan mengheret isu agama dan institusi istana bagi memenuhi agenda politik mereka supaya berlakunya kerenggangan antara kerajaan negeri dan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

KAH KAH KAH TIADA ENAKMEN ATAU SYEKSYEN PULAK KE??

Khatib terus doakan Guan Eng
Oleh Amin Ridzuan Ishak

2010/08/22
BUTTERWORTH: Kejadian khatib menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat terus berlaku walaupun pelbagai pihak sudah menyatakan bantahan.

Kelmarin, insiden berlaku di Masjid Kubang Buaya, Bagan, di sini, dan lebih mengejutkan adalah khatibnya ialah Zakaria Ahmad, iaitu individu yang turut membacakan doa tanpa menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya menggantikan nama Guan Eng dalam beberapa kes sebelum ini.
Click Here
Beberapa saksi yang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan mendakwa mendengar Zakaria yang juga adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad membacakan doa seperti berikut:
“Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.”

Bagaimanapun, Zakaria tidak ada mendoakan kesejahteraan Tuanku Mizan sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas yang sepatutnya dibacakan dalam doa kedua solat Jumaat.

Berang dan marah dengan tindakan khatib itu, tiga saksi yang mendengar doa berkenaan, Mohd Shahril Harun, Mohd Radzi Hussain serta Muhammad Fahmie Omar, membuat laporan di Balai Polis Butterworth sambil ditemani pemimpin Pemuda UMNO Pulau Pinang, kira-kira jam 11.30 pagi.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Naina Merican dan Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.
Satu lagi laporan dibuat oleh Kariah Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor, kira-kira jam 2.30 petang semalam oleh Suid Saad. Laporan itu merujuk kepada khutbah Jumaat di masjid berkenaan pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan kejadian itu dan sudah memulakan siasatan.
“Tetapi kami belum mengklasifikasikan kes terbabit untuk disiasat mengikut seksyen mana kerana memerlukan kajian mendalam terlebih dulu,” katanya.


SEBAGAI MUSLIM AKU NAK BAGI SATU PERSOALAN SAHAJA? APAKAH RUKUN SOLAT JUMAAT DAN RUKUN-RUKUN KHUTBAH.MANA YANG WAJIB SUNAT DAN TAK PERLU LANGSUNG.
JANGANLAH MEMBERI RUPA HODOH PADA AGAMA ISLAM DISAAT BUKAN ISLAM MAKIN MEMBERI PERHATIAN PADA AGAMA ALLAH INI.JANGAN KHIANAT PADA PERJUANGAN AGAMA.

BERFATWALAH UNTUK SELAMATKAN UMNO...

Doakan kesejahteraan bukan Islam haram: Mufti
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan S Anand Kumar

2010/08/22
KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.

Katanya, perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.
“Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, Moin Ismail, 70, antara ratusan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Menora, Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 25 Jun lalu mendakwa khatib mendoakan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta rakannya dalam kerajaan negeri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengarahkan polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menyiasat dakwaan berkenaan bagi mengenal pasti sama ada tindakan terbabit dibuat atas arahan pihak tertentu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi pula, berkata perbuatan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bertujuan menghina Raja selaku penaung agama Islam di negara ini.

Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah, berkata khutbah Jumaat tidak seharusnya digunakan untuk kepentingan politik kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan orang Islam.
“Saya amat terkejut membaca laporan akhbar beberapa masjid di Pulau Pinang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS menyokong penuh satu siasatan dilakukan bagi membuktikan laporan nama Guan Eng digunakan di dalam khutbah di Pulau Pinang.

SENDIRI FATWA SENDIRI TANGGUNG LA NANTI,KALAU BETUL TAK PA TAPI KALAU SALAH SENDIRI TANGGUNG LA. LAGI SATU INI ISU POLITIK DAN MUNGKIN WUJUD UNSUR SABOTAJ JADI PADA PARA SABOTAJ BERSEDIALAH DENGAN HUKUM ALLAH S.W.T NANTI.TAPI JIKA BACAAN DOA ITU IKHLAS DARI KHATIB INI MENUNJUKKAN KEMAJUAN KERANA MEMPUNYAI PEMIMPIN YANG DIREDHAI ALLAH MAKA INSYAALLAH NEGERI PULAU PINANG MAKIN MAKMUR DI BAWAH SAUDARA LIM GUAN ENG.

Wednesday, August 18, 2010

Di sini, Dinar dan Dirham: Di sana, dengki dan dendam

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh Umno. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin Umno ‘menunjuk cerdik’ memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.

Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas.

Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1 bukan bernilai RM1 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5 atau RM10. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikiran seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM108,200 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-Allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud: ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”