mizam product

mizam product

Wednesday, June 30, 2010

INILAH YANG AKU IMPIKAN..

kHALID IBRAHIM;

penyusunan kuasa seperti ini juga bagi memastikan tiada konflik kepentingan di kalangan pentadbir kerajaan dan juga pemimpin parti.

"Ini satu pembaharuan, satu inovasi. Satu isu lagi ialah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Seorang jaga negeri, seorang lagi jaga parti," katanya.

Ditanya lanjut, beliau berkata, perubahan seperti itu juga perlu bagi memastikan Pakatan Rakyat akan kekal memerintah Selangor.

"Pakatan akan membuat beberapa perubahan dari masa ke semasa tapi mensesuaikannya dengan keadaan.

"Untuk negeri Selangor, satu daripada perkara yang terpenting ialah selain daripada kita mentadbir dan menentukan pembangunan negeri, kita juga mesti memantapkan (sokongan politik) untuk menentukan pakatan rakyat akan terus memerintah di negeri Selangor," katanya.

Bercakap di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini, Khalid juga berkata media tidak perlu mencampuri urusan pelantikan akan penarikan jawatan pemimpin parti.

"Tak ada, itu you tak payah campur. Kita tak payah campur pihak tersebut. Ini pasal letak jawatan, terima jawatan, ini tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang ditimbulkan mengenai kedudukannnya sebagai menteri besar di Selangor.

"Yang termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat dan PKR ialah memantapkan pertubuhan supaya kita membawa satu pembaharuan dalam pentadbiran negara dan akhirnya menjadi contoh bagaimana Malaysia akan diurus untuk masa depan," katanya lagi.


INILAH CONTOH YANG AKU MAHUKAN,LANDSKAP POLITIK KITA DI ASINGKAN DARI PEMERINTAHAN.BERIKAN PENGURUSAN NEGARA KEPADA MEREKA YANG LAYAK YANG TIDAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN POLITIK UNTUK MENGURUSKAN NEGARA DAN MENJAGA KEWANGAN NEGARA KERANA INI LEBIH DI YAKINI RAKYAT.MAKA TIDAK LAGI AKAN BERLAKU KEPUTUSAN POLITIK DAN KEPUTUSAN BODOH SEHINGGA NEGARA INI TERGADAI KEPADA SINGAPURA SEPERTI YANG BERLAKU SEKARANG NEGARA DI PIMPIN OLEH ORANG BANGANG.

Tuesday, June 15, 2010

BEBASKAN UUM DARI POLITIK..( UUM MENUJU ZAMAN GELAP )

SALAM, PENULIS SEBAGAI BEKAS PENUNTUT UUM MERASA SANGAT KECEWA DENGAN PERLANTIKAN Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak SEBAGAI NC BARU MENGGANTIKAN TAN SRI NORDIN KARDI KERANA KE DUA-DUANYA ADALAH DARI ACUAN YANG SAMA YANG MANA TIDAK MENGUNTUNGKAN MALAH JAUH SEKALI AKAN DAPAY MEMBANGUNKAN DAN MENINGKATKAN PRESTASI MAHASISWA DAN MAHASISWI DI UUM MALAH TIDAK AKN MEMBANTU PENSYARAH DI SANA UNTUK LEBIH MAJU KEDEPAN. INI KERANA PENGALAMAN PENULIS SELAMA 4 TAHUN DI UUM, PRESTASI MEREKA CUKUP MENGECEWAKAN. LIHAT SAJA ISU-ISU YANG TERTANGGUH DAN GAGAL DESELESAIKAN OLEH NC SEBELUM INI SEPERTI ISU KENAIKAN TAMBANG BUS,ISU KENAIKAN KADAR PENGINAPAN PELAJAR DAN JUGA ISU PILIHANRAYA KAMPUS YANG CUKUP TERCEMAR TANPA ADA DEMOKRASI YANG SEBENAR.

SEPERTI MANA YANG KITA SEMUA TAHU, SIAPA ITU MUSTAFA ISHAK???,SETIAP KOMENTAR YANG DILONTARKAN SANGAT BERAT SEBELAH DAN TIDAK MELAMBANGKAN TAHAP AKADEMIK DAN MEMPUNYAI PEMIKIRAN YANG BEBAS TANPA PREJUDIS TERHADAP SESUATU PIHAK. JIKA ORANG BEGINI DILANTIK MAKA APA YANG MAHASISWA AKAN DAPAT??? KONPEM MAKIN BEKU KEPALA OTAK MEREKA INI SEMUA , MAKIN RAMAI LA MELAYU ATAU MAHASISWA YANG MALAS MEMBACA DAN BERBAGAI-BAGAI KELEMAHAN LAGI YANG AKAN MUNCUL OLEH KERANA MENDAPAT SEORANG NC YANG BOLEH DISIFATKAN BERPARTISAN DAN TIDAK MENGAJAR ATAU MEMBERIKAN SESUATU YANG BETUL TETAPI LEBIH KEPADA MENGAMPU SESUATU PIHAK YANG MANA DIANGGAP MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA BELIAU.

PLEASE,,,BERILAH PELUANG KEPADA ORANG YANG LAYAK MEMIMPIN DAN MEMACU UUM KEARAH KECERMERLANGAN DALAM AKADEMIK DAN MELETAKKAN DIRI DALAM KELOMPOK ELIT UNIVERSITI DUNIA. KITA TIDAK LAGI MAHU PELAJAR DAN PENSYARAH MENCARI NAMA MELALUI TULISAN KHAT TERPANJANG,MEMBUAT ROTI CANAI TERBESAR,MEMBINA BENDERA TERBESAR DAN APA APA PROJEK YANG MANA BOLEH DIKATAKAN MEMBODOHKAN MAHASISWA DAN MAHASISWI DAN SELURUH ANGGOTA UNIVERSITI BERKENAAN.KITA SEMUA MAHU BERBANGGA DENGAN HASIL JURNAL AKADEMIK,HASIL KAJIAN DAN PENDAPAT YANG MANA BOLEH MEMBERI MANFAAT KEPADA SELURUH DUNIA.ITU YANG KITA MAHUKAN DARI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGIKITA.KITA MAHU LAHIRKAN PAKAR DALAM BIDANG MASING-MASING.KITA MAHUKAN APA YANG DILAKUKAN OLEH UNIVERSITI-UNIVERSITI TERKENAl DUNIA,KITA MAHU MEGAH DENGAN KEJAYAAN YANG SEPATUTNYA KITA HASILKAN.TOLONGLAH BERHENTI MEMBODOHKAN RAKYAT. LANTIKLAH ORANG YANG BERKEBOLEHAN DEMI MASA DEPAN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA.

ADUN Malim Nawar keluar DAP (Bai jual susu lembu bertukar jadi katak)

Copy From Malaysiakini 15Jun 2010/ 4.59 p.m.

Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Beliau mengumumkan keputusan untuk berpaling tadah itu pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, tengah hari tadi.

Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.

Keshvinder memberitahu wartawan yang surat perletakan jawatannya diserahkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, pagi ini.

Katanya, keputusan itu dicapai demi kepentingan rakyat, khususnya di kerusi Malim Nawar kerana berpendapat hanya BN yang boleh membangunkan kawasan luar bandar itu.

Menurut Keshvinder beliau memilih keluar DAP sekarang dan tidak bersama dengan Hee Yit Foong (Jelapang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) pada Februari tahun lalu - kerana ketika itu tidak menyedari betapa serius masalah di kawasannya.

“Apabila saya mula berkhidmat (selepas Februari 2009) saya dapati ada masalah kemiskinan tegar yang perlu diselesaikan,” katanya.

Keshvinder berkata beliau berharap kerajaan BN akan membekalkan bantuan bagi membolehkannya membantu pengundi di kawasannya.

"DAP kebangsaan dan negeri gagal membantu saya menghulurkan bantuan kepada rakyat. Saya tidak boleh berbuat apa-apa sebagai ADUN pembangkang,” katanya sambil mendakwa selama ini beliau menggunakan dana sendiri untuk membantu penduduk di Malim Nawar.

Beliau juga menafikan bahawa ditawarkan ganjaran bagi meninggalkan DAP dan mencabar mereka yang membidasnya memeriksa buku akaun banknya.

Keshvinder berkata beliau juga tidak didatangi oleh mana-mana ahli BN.

“Saya bersih,” katanya.

Tidak seperti rakan-rakan Pakatan Rakyat yang berpaling tadah sebelum ini, pengumuman Keshvinder keluar parti hari ini tidak diiringi oleh mana-mana pemimpin BN.

Bagaimanapun seorang pengawal peribadi yang mengiringi Keshvinder memberitahu Malaysiakini bahawa dia bekerja untuk seseorang yang dikenali sebagai ‘Hamidah’.