mizam product

mizam product

Monday, May 31, 2010

Harga Minyak Naik Mulai 1 Jun 2010???

Rumurs atau betul-betul?Harga minyak akan naik mulai malam ini di seluruh Malaysia?Mengikut sumber yang Xberapa buleh di percayai harga minyak akn naik malam ini.

Sunday, May 30, 2010

Ulama Umno bakar kapal- Renungilah bersama luahan Dr. Asri

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 28, 10
10:43pm

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Keserasian wajah 1Malaysia

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Di
manakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!
Penulis adalah pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia sebelum dilantik menjadi mufti Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).

Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara.

Dipetik dari kolum Malaysiakini

Saturday, May 29, 2010

Ariff: Pulau Pinang 'main politik' haram judi bola

Tidak semua orang sehaluan dengan keputusan Pulau Pinang untuk mengharamkan judi pertaruhan bola sepak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini.

ADUN Seberang Jaya (BN) Arif Shah Omar Shah menganggap arahan pengharaman itu, oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di semua premis, hanya "satu permainan politik".

"Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menutup semua premis judi, bukan setakat judi bola sepak sahaja - itulah (baru) makna sebenar mempunyai niat yang baik," kata Arif Shah kepada Malaysiakini.

"Tapi nampaknya mereka seperti bermain politik," katanya merujuk kepada keputusan kerajaan negeri itu yang hanya mengharamkan premis judi bola, yang pemberian lesennya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Arif Shah mempertahankan keputusan kerajaan persekutuan mengeluarkan lesen tersebut, dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk mengawal perjudian.

"Mengawal judi pertaruhan haram memang sukar, malah oleh polis sendiri, untuk mengambil tindakan," katanya.

"Tapi kalau ada kempen menentang perjudian, lebih mudah untuk menangkap mereka yang terbabit jika ia disahkan, jadi ia merupakan satu bentuk kawalan," tambahnya.

Namun, beliau segera menambah bahawa judi dilarang dan ditolak oleh setiap agama.

Lim membuat keputusan itu mengikut Perkara 101 (v) Akta Kerajaan Negeri di mana majlis tempatan diberi kuasa untuk menangani isu-isu mengenai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan perbandaran.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak semalam, Lim berkata, negeri itu ingin mempromosikan "gayahidup yang lebih sihat dan lebih bertanggung jawab" untuk semua keluarga di Pulau Pinang, dan kerana itu memutuskan untuk melarang kegiatan tersebut.

Khamis lalu, beberapa majlis tempatan di Selangor turut mengambil langkah membekukan pengeluaran lesen premis judi yang menawarkan judi pertaruhan bola sepak.

Ia bermula dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada hari Selasa, dan diikuti oleh Selayang dan Ampang Jaya.


INILAH BURUKNYE PERANGAI ORANG KITA,BENDA BAIK DAN BETUL PUN INGIN DI BANGKANG DAN DI POLIMIKKAN. DAH LA PARTI YANG DIDOKONG MENGHALALKAN JUDI BILA ADA ORANG MENGHARAMKAN NYA DIKATAKAN BERPOLITIK PULA. TAK MALU KAH SI ARIFF INI SEBAGAI MUSLIM BILA MANA LIM GUANG ENG MENGHARAMKAN JUDI BOLA DARI BEROPERASI DI NEGERI DIBAWAH KUASANYA DIKATAKAN BERPOLITIK.SEDANGKAN KAMU SEBAGAI MUSLIM TIDAK MEMBANTAH JUDI ITU MALAH MENYOKONG KEPUTUSAN PARTI YANG KAMU DOKONG TERSEBUT. INIKAH RUPA PEMIMPIN MELAYU?????PATUTLAH KO KALAH TERUK ARIFF KO MEMANG TAK TAHU APA YANG RAKYAT MAHUKAN.KO HANYA TAHU MEMBESARKAN PERIUK NASI KO TANPA MEMIKIR KESAN DAN AKIBATNYA.TUNJUKKAN SEORANG DARI PENYOKONGKO YANG MINTAK JUDI INI DI LULUSKAN,AKU NAK TENGOK ADAKAH INI KEHENDAK RAKYAT!! MALU AKU NAK MENGAKU KO SEDARA SESAMA AGAMA DENGAN AKU... LIM GUANG ENG WALAUPUN TAK BOLEH MENUTUP SEMUA PUSAT JUDI TAPI HARUS DI BERIKAN PUJIAN KERANA BERJAYA TIDAK MENGIZINKAN PUNCA PENAMBAHAN PENYAKIT MASYARAKAT BEBBANDING KERAJAAN YANG DIKUASAI BN. PIKIRLAH RAKYAT YANG MASIH WARAS AKAL FIKIRAN,BELUM TERLAMBAT KITA UNTUK MENGUBAHNYA.

CINA TPM II JIKA PR MENANG-ANWAR IBRAHIM.

SATU LAGI PEROJEK PEMBODOHAN MELAYU OLEH UMNO-BN. BILA UMNO SUDAH TERSEPIT BERBAGAI PROVOKASI PERKAUMAN TERPAKSA DITERBITKAN.LIHAT SAJA TAJUK BERITA DARI AKHBAR MEREKA '
Anwar janji jawatan TPM untuk DAP '.WHAT THE POINT?? INI MESTI KES PERKAUMAN UNTUK MENUNJUKKAN JIKA PR MEMERINTAH MAKA PR AKAN BERI KUASA KEPADA CINA???SALAHKAH MEMPUNYAI PEMIMPIN CINA??CHUA SOI LEK TU MELAYU KE???APA SALAHNYE MENERIMA PEMIMPIN CINA JIKA MEREKA LEBIH AMANAH DAN LAYAK DARI BN?? INI ADALAH SATU POLITIK PROVOKASI KEPADA ORANG MELAYU, MEREKA TERLALU KEMARUK KEPADA SOKONGAN ORANG MELAYU. MEREKA BEGITU BIMBANG KERANA TONGKAT MEREKA SUDAH REPUT.

SAYA NAK TANYE SELAMA INI SIAPA PEMIMPIN KITA?? PM MELAYU,TPM MELAYU.MENTERI PUN MELAYU. TAPI KEMANA NASIB KAUM MELAYU KITA??HARGA BARANG MELAMBUNG,TOL MAHAL MINYAK MAHAL.PEMIMPIN MELAYU TAPI AGAMA TERGADAI (JUDI HALAL)TANAH TERGADAI,WILAYAH TERGADAI INI SEMUA KERANA KEBODOHAN PEMIMPIN MELAYU. TENGOK CINA PEMIMPIN SINGAPURA TANAH MAKIN LUAS,BATU PUTEH MEREKA DAPAT, TANJUNG PAGAR MEREKA DAPAT,SINGAPURA PUN LEE KWAN YEW DAPA SAPA TU???CINA KAN.BIJAK TAK??PASAL PE MEREKA BIJAK??PASAL MEREKA TAK TIPU RAKYAT MEREKA.MEREKA TIADA PEMBODOHAN KAUM.TGK SAJE BAGAIMANA MEREKA HANDLE KAUM MELAYU KAT SANA.MELAYU SOKONG HSIEN LONG PUNYA POLISI.ADA TAK TENGOK MELAYU SINAGPURA MARAH PEMIMPIN MEREKA BILA MEREKA BERJAYA DAPATKAN PULAU BATU PUTEH DAN TANJUNG PAGAR??TAKDA KAN,PASAL MEREKA BERSATU SEBAGAI SATU NEGARA,MEREKA XROMPAK RAKYAT SENDIRI. MEREKA XRASA SUBSIDI TAPI MEREKA BOLEH MENCARI REZEKI YANG CUKUP UNTUK MEREKA RASA MEREKA ORANG KAYA BERBANDING KITA. ITULAH SATU CONTOH NEGARA, TAPI KAT MALAYSIA NI KITA MASIH INGINKAN PERKAUMAN MENULAR DALAM MASYARAKAT KITA SEHINGGA SUASANA AMAN INGIN KITA API APIKAN,KENAPA??? PASAL TU LA KITA SEMUA TAKDA SIFAT SAYANGKAN NEGARA. CINA ROMPAK NEGARA,MELAYU ROMPAK NEGAR,INDIA ROMPAK NEGARA!!PASAL APA??PASAL RASA XDA TANGGUNJAWAB UNTUK MEMELIHARA NEGARA KERANA ANGGAPAN BAHAWA KEAMANAN INI TAKKAN BERKEKALAN.PASAL KITA TIADA SEMANGAT KERJASAMA.

UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA TOLAK LAH POLITIK PERKAUMAN,KEMBALILAH KEPADA AJARAN AGAMA ISLAM YANG SEBENARNYA.KETEPIKAN POLITIK PERKAUMAN BN,KITA BINA NEGARA KITA KEARAH YANG LEBIH MAJU,JANGAN TERPEDAYA 2019 KITA AKAN BANKRUP JIKA MENERUSKAN SUBSIDI,BAKAL PM MUNGKIN CINA APA LAGI ??? AYUH RAKYAT MALAYSIA,JANGAN TERTIPU LAGI KALI NI KITA BUANG MEREKA DARI KERUSI MEREKA.SELAMA 50 TAHUN KITA SUDAH BERSABAR AYUH BUKTIKAN KITA SANGGUP BERUBAH DEMI MALAYSIA TERCINTA.JIKA MEREKA SUDAH TIDAK MAMPU MENGURUSKAN NEGARA BIAR ORANG LAIN PULA MENGURUSKAN NEGARA INI.AYUH SEMUA!!!

Friday, May 21, 2010

KRISIS GULA KERANA PEMIMPIN NEGARA BANGANG..

ISU GULA KEMBALI LAGI SETIAP SABAN TAHUN...
WOIT APA PUNYA BODOHLA PAK MENTERI KAT MALAYSIA NI???
TIAP-TIAP TAHUN ISU GULA MINYAK MASAK DAN SEBAGAINYA DI PERTONTONKAN??
DARI AKU KECIK SAMPAI AKU DAH BERBULU MASIH TAK BOLEH SELESAI-SELESAI.
WOI PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA APA YANG KORANG BUAT SELAMA NI???GULA BERTIMBUN,DUIT RAKYAT UNTUK BELI GULA PUN ADA TAPI KENAPA GULA TAK ADA DALAM PASARAN???KORANG SEMUA MENKETEDARAH GULA KE??

WOI TAU TAK YANG SETIAP ISI RUMAH YANG MEMPUNYAI 7 ORANG MENGGUNAKAN GULA MAKSIMUM 3KG SAHAJA SEBULAN.INI KAJIAN DIJAMIN OLEH PEGAWAI PEMANTAU HARGA WPKL.TAKKAN GULA MASIH TAK CUKUP????KELUARAN BERIBU TAN SEBULAN!!KEMENTERIAN BUAT APA???TIDO KE??MAKAN GAJI BUTA KE???BODOH!!!!TIAP-TIAP TAHUN MASALAH YANG SAMA,MENTERI SILA LETAK JAWATANLA,KERANA ANDA GAGAL UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DARI ENGKO BAYI SAMPAI ENGKO DAH GEMOK GEDEMPOL.LETAK JAWATAN LAGI BAIK KALAU BEGINI.

NI SEMUA POLITIK UNTUK NAIKKKAN HARGA GULA JEE...INGAT RAKYAT TAKTAU KE??PASNI KONPEM KORANG AKN CAKAP PENYELESAIANNYA KITA NAIKKKAN HARGA GULA.KALU SEBELUM NI ALASAN NYA IALAH DIABETES,RAKYAT MALAYSIA MAKAN GULA BANYAK...JANGAN NAK MEMBANGANKAN RAKYATLA.SEKELUARGGA YG MEMPUNYAI 7 ORANG ISI RUMAH TAK HABIS PUN 3KG.NI SEMUA ALASAN DANGKAL.

KALAU KERAJAAN NAK KAWAL BEKALAN GULA DAN MENJIMATKAN SABSIDI YANG BERJUTA-JUTA RINGGIT TU SENANG SAJA KERAJAAN BAGI SETIAP RUMAH 3KG GULA SEBULAN KONPEM RAKYAT KAT MALAYSIA NI TAK PAYAH BELI GULA.YANG BELI ADALAH PENIAGGA SAJA.KORANG BANCI DAN DARAB BERAPA BIJI RUMAH KAT MALAYSIA NI NGAN 3KG GULA SEBULAN.KONPEM TAK SAMPAI SEPARUH DARI JUMLAH SABSIDI YANG KERAJAAN UMUMKAN. SO KITA SEMUA BOLEH LIHAT KETIRISAN YANG BERLAKU.SIAPA YANG UNTUNG??SIAPA YANG DAPAT SYER ITU??SEMUA AKAN TERBURAI..
JANGAN KELENTONG RAKYAT LA DENGAN PERMAINAN POLITIK DAN TIPU HELAH PERNIAGAAN BEGINI.KAMI SEMUA DAH MUAK.MUAK KO TAU X??

TAK CUKUP LAGI KE DENGAN HASIL DARIPADA JUDI YANG KORANG LULUSKAN ????MASIH GILA LAGI KAT DUIT KAMI YANG SEDIKIT INI???TAMAK HALOBA PUNYA PEMIMPIN DAN KRONIGILA BABI NI.AYUH RAKYAT MALAYSIA KITA TOLAK MEREKA PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG..

Wednesday, May 19, 2010

TAHNIAH SIBU,TAHNIAH DAP,TAHNIAH PAKATAN RAKYAT.

PARTI KIAN RUNTUH KATANYE TOK SEMBAT .HAHA..TAPI ALLAH NAK TUNJUK AKHIRNYA BN KALAH DI SIBU.BARU TEBAL MUKA TOK SEMBAB DAN NAJIB HAHA...TAHNIAH KEPADA DAP KERANA MEMENANGI PRK SIBU.TAHNIAH JUGA KEPADA JENTERA PR KHASNYA KERANA MEMENANGI PILIHANRAYA YANG MENCETUSKAN GELOMBANG RAKYAT UNTUK MEMBAHAM KEANGKUHAN BN YANG MEMENAGI 2PRK SEBELUM INI MELALUI CARA POLITIK RIMBA. DASAR 1 MALAYSIA DI TOLAK OLEH PENGUNDI SIBU KERANA MEREKA TAHU 1MALAYSIA ADALAH RETORIK SEMATA-MATA.

KERANA 1 MALAYSIA JUDI DI HALALKAN..INGAT CINA DAN INDIA SEMUA GILA JUDI KE???NI SEMUA ADALAH UNTUK MEMBODOHKAN RAKYAT.UNTUK MELEKAKAN RAKYAT..RAKYAT BUKAN BODOH..MANA ADA RAKYAT YANG CERDIK MINTA JUDI DI HALALKAN???NI SEMUA ADALAH KERANA TAMK HALOBA MENGUASAI DIRI!!MULA MULA JUDI,PASNI ZON PELACURAN HALAL PULA AKAN DI WARTAKAN.BERSEDIA LA CHOW KIT!!!!!!GILA PUNYA PEMIMPIN.TAK MALU SEBAGAI SEORANG YANG BERBAKAKAN ISLAM MELULUSKAN JUDI UNTUK PENDAPATAN NEGARA.

MANA HARUNSANI???MANA ZULKIFLI NORDIN YANG KONONNYA MEMPERJUANGKAN ISLAM ITU????SENYAP JE!!!TAKKAN KANTUNG DA PENUH SAMPAI KENA TUTUP MULUT KOT??? TU SI MUHSIN BAGAN SERAI DAH PEGI MANA???LAGI SATU SI PERKOSA TU KENAPA DIAM???MELAYU TAKNAK LA SEMUA NI!!!ATAU SEBAB CINA DAP PUN TOLAK JUDI SO KORANG NAK BELA JUDI YANG MELAYU PERLUKAN JUDI???MAMPUS LA KALU BEGITU.AKU TAU KORANG NI SENGAJA JADI BALACI JE..SEMUA ORANG KENAL LA GENG-GENG KORANG NI..KALINI PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG AKU AKAN MEMASTIKAN YANG KORANG SEMUA AKAN DI MUZIUMKAN..

AYUH PEMUDA KITA SOKONG PAKATAN RAKYAT UNTUK MALAYSIA YANG LEBIH SEJAHTERA.

Monday, May 10, 2010

Laporan polis pada Nik Aziz, Guan Eng

Mei 10, 10 6:49pm
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKAS) Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Laporan terhadap kedua-dua pemimpin parti pembangkang itu dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor Abdullah Mansor di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 3.25 petang tadi.

Abdullah berkata laporan dibuat terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan kerana mempertikaikan larangan Sultan Selangor supaya tidak berpolitik di masjid dan surau yang tidak mematuhi Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata laporan yang dibuat terhadap Lim adalah berhubung kenyataannya pada sesi penggulungan di sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini yang menuntut supaya Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu merupakan satu prejudis dan hasutan yang boleh menimbulkan ketidaktentuan, rasa gelisah dan persepsi buruk rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia, katanya.

"Ia juga merupakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di mana pelantikan Ketua Polis Negara adalah dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Katanya dalam laporan itu, PERKASA juga meminta Lim tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam.

- Bernama

copy from Malaysiakini 10/05/2010

GILA LA PERKASA NI,ADA KE PATUT LARANG ORANG NAK AMIK CONTOH KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ..PATUTLA ISLAM XBERKMBANG PASAL ADA MELAYU ISLAM YANG MENYEKAT AJARAN AGAMA SENDIRI....INI LAH YANG BERLAKU KAT MALAYSIA NI..TAULIAH,KALIMAH ALLAH,MELAYU ISLAM (PERPADUAN MELAYU),MUFTI KAH KAH KAH,TERBARU PEKASAM LARANG GUNA NAMA TOKOH ISLAM PLAK..ADOI CETEK ILMU AGAMA BETOLLLA...XDA POLITIK LANGSUNG,XMENYUMBANG LANGSUNG.
AKU MEWAKILI DIRI AKU MEMBENERKAN YB LIM GUANG ENG MENGGUNAKAN NAMA KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ DALAM MANA2 ACARA ASALKAN TIDAK MENYIMPAN DARI ISLAM.

jangan tembak aku..

jenis kesalahan : kereta aku mentol lampu mati sebelah,kebarangkalian aku lari dari polis adalah 70%.

TEMBAK TEMBAK TEMBAK LAGI!!!!! MANA SOP UNTUK ARAHAN TEMBAK????....

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Cedera parah

Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.

"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Os
man berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut."


BARU BERAPA HARI ENTRY AKU BERKENAAN KES TEMBAK MEMBABITKAN POLIS KEPADA KESALAHAN TRAFIK KALI NI BERLAKU LAGI...BETUL-BETUL GILA LAH UNDANG-UNDANG KAT MALAYSIA NI....TAKUT LA AKU JADI CITIZEN KAT MALAYSIA NI.SIB BAIK MAK BAPAK AKU SEMUA DUK MALAYSIA KALO TAK AKU DAH BLAH LARI KAT PULAU BATU PUTIH DUK SORANG-SORANG KAT SANA LAWAN JERUNG JE...

Thursday, May 6, 2010

Penyerahan Sempadan: Cadangan saman awam rakyat Malaysia


kebodohan zaman penjajah zaman kerajaan melayu lama kembali lagi.....kali ini watak utamanye ialah si lembik yang telah menyerahkan wilayah negara sewenang-wenangnya tanpa persetujuan rakyat malaysia seluruhnya.adakah begitu mudah menyerahkan sesebah wilayah negara ke pada negara lain hanya dengan keputusan seorang yang dilantik setiap 5 tahun????jika ini yang berlau tak mustahil Yahudi Israel akan mendapat wilayah di negara malaysia.Taja sahaja seorang PM yang pro Israel maka suruh dia bagi tahah2 kat malaysia kepada mereka??Mustahil??tidak.sekarang pun Yahudi dah bertapak dalam negara.semua orang kenal Apco...hahaha yahudi dah mula menyusup ke wialayah kita..sokong la kerajaan sekarang maka anda akan gembira melihat suatu hari nanti semua tanah2 anda diduki oleh yahudi samaada sebagai individu atau unit2 perniagaan.Ia tetap sama,anda gah lihat bangunan besar berdiri megah di depan kediaman anda tapi pemiliknya bukan anda,banyak dimiliki oleh pelobi yahudi cuma anda buat-buat tak kisah kerana anda semua begitu banggakan dengan infrustruktur yang gah tapi kosong roh agamanya kerana anda memang tidak kisah siapa pemiliknya kerana anda bangga dengan kerajaann yang anda pilih setiap 5 tahun sekali walaupun anda tahu diri anda di perbodohkan denang nilai kain batik sahaja.

Ayat "menang-menang" sentiasa di ungkapkan oleh pemimpin negara sama lah semasa kehilangan kedaulatan pulau batu putih kepada singapura yang di ungkapkan oleh rais yatim gong..kalini dibuat oleh PM sendiri,sedih sampai nk tergelak aku baca ,Brunei dapat 320bilion (pada nilai minyakmentah sekarang 20 tahun lagi convert kepada peratusan 5% setaun kenaikan harga minyak dunia ia menjadi 5000000000000000000000000 kobilang la kosong nye brapa) malaysia dapat tanah penuh pokokbuluh hahaha.Itu menang-menang??Masuk tukang ampu si nazri aziz yang dekenali sebagai assidiq umno menyokong kenyataan PM yu dengan kenyataan bodoh "duit akan habis tapi tanah tidak" itukah yang kita nak denagr dari menteri yang dilantaik??WOI!!!!!!!!!!!!!!!!duit banyak tu dapat menafaat seluruh rakyat malaysia ko tau x??5 keturunan xabis pakai kalau pakatan rakyat memerintah,tapi kalo umnongok xsampai sataun habiskot,sekail beli kasut kat harold sekontena ko beli untuk kepuasan bini ko tu.GILAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...

Aku seorang warga bertanggungjawab menyokong penuh tindakan Yb.Husam Musa untuk saman awam rakyat malaysia keatas kerajaan malaysia dan tidak mengiktiraf perjanjian yang dibuat oleh bekas PM bangang dan menteri-menteri kabinetdaour beliau.sesiapa yang menyokong usul ini dafatarkan nama anda melalui email di gadailautmalaysia@gmail.com .

Tuesday, May 4, 2010

Woit selangor jangan bikin kecoh la wei...

Khas kepada Kerajaan Negeri Selangor

SILA JANGAN MENCARI ATAU MEMBENTUK POLIMIK BARU BERKENAAN PENUKARAN NAMA JALAN BARAT KEPADA JALAN V DAVID.KENAPA BODOH SANGAT INGIN MEMBERI PELURU KEPADA UMNO UNTUK MENEMBAK KITA????TUKAR NAMA JALAN ITU MENYUSAHKAN,MALAH BOLEH DI POLITIKKAN.JIKA INGIN BAGI NAMA JALAN,BAGI LA KAT JALAN BARU ATAU KAT TAMAN TAMAN PERUMAHAN,BERLAMBAK NAMA YANG BOLEH DITUKAR DARI GUNA NAMA ORKID,MAWAR DAN SEBAGAINYA..AKU TAK SETUJU JIKA KERAAN NEGERI SELANGOR TUKAR NAMA JALAN YANG DAH LAMA DIGUNAKAN MELAINKAN NAMA TERSEBUT NAMA TIDAK ELOK SEPERTI PANTAI CINTA BERAHI,BELAJAR LA DENGAN KERAJAAN KELANTAN BAGAIMANA JIKA INGIN MENGEKALKAN KUASA JANGAN RAKUS INGIN BERUBAH DENAGN BENDA YANG TAK PENTING.JIKA PIHAK ISTANA CAMPUR TANGAN LAGI LA SUSAH KORANG SEMUA....

Keadilan untuk Aminulrashid...

Pelik,ajaib dan hairan....Malaysia tanah airku yg tercinta ini sejak zaman PM Mahathir dengan seloganya Malaysia Boleh maka semua boleh berlaku di malaysia kita ini. Kes terbaru ialah polis menembak sehingga mati adik aminulrashid kerana kesalahan lalu lintas!!!Pelik bukan???Bagaimana anggota polis boleh menembak beliau yang melanggar peraturan lalulintas atau kesalahan jalan raya???Adakah ini undang2 baru atau undang-undang rimba???Kepada KPN usahlah merajuk dengan perkataan yg buat kami dengar macam orang takda ilmu...kerana seharusnya KPN bertanggungjawab menyiasat anggota tersebut kerana kesalahan menembak melulu.Tak payah nak bela,ramai anggota polis melakukan salah laku saban tahun yang dicekup oleh pihak polis sendiri,xda peliknya jika ada yg melanggar etika dan prosedur.Rasuah,dadah,rompak dan maksiat biasa saja...

Kes ini membuatkan kami rakyat malaysia gerun dan takut pada polis..Undang-undang lalulintas xpenah ada rasanya hukuman mati sejak kita merdeka.Tapi malaysia apapun boleh berlaku.Walauapapun alasan polis rakyat rasa diri mereka tidak terjamin jika ada anggota yg tidak ikut prosedur ini bebas menjalankan tugas.Yang hairannya sebelum menembak apakah prosedur yg sepatutnya???Bukankah ia sepatutnya menyemak no plat kereta tersebut terlebih dahulu sama ada dicuri atau di gunakan oleh perompak barula boleh keputusan menembak tersebut dihalalkan...Dahla budak tu xlepaskan tembakan kenapa la polis menembak mereka,mereka lari kerana mereka melakukan kesalahan lalu lintas adakah polis peronda ini tidak belajar cara-cara menangkap dan mengenalpasti sama ada ini pesalah lalu lintas atau penjenayah???Pakai ilmu apa mereka ini begitu cetek ilmu didada.

Malaysia malaysia..KAH KAH KAH....