mizam product

mizam product

Saturday, May 29, 2010

Ariff: Pulau Pinang 'main politik' haram judi bola

Tidak semua orang sehaluan dengan keputusan Pulau Pinang untuk mengharamkan judi pertaruhan bola sepak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini.

ADUN Seberang Jaya (BN) Arif Shah Omar Shah menganggap arahan pengharaman itu, oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di semua premis, hanya "satu permainan politik".

"Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menutup semua premis judi, bukan setakat judi bola sepak sahaja - itulah (baru) makna sebenar mempunyai niat yang baik," kata Arif Shah kepada Malaysiakini.

"Tapi nampaknya mereka seperti bermain politik," katanya merujuk kepada keputusan kerajaan negeri itu yang hanya mengharamkan premis judi bola, yang pemberian lesennya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Arif Shah mempertahankan keputusan kerajaan persekutuan mengeluarkan lesen tersebut, dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk mengawal perjudian.

"Mengawal judi pertaruhan haram memang sukar, malah oleh polis sendiri, untuk mengambil tindakan," katanya.

"Tapi kalau ada kempen menentang perjudian, lebih mudah untuk menangkap mereka yang terbabit jika ia disahkan, jadi ia merupakan satu bentuk kawalan," tambahnya.

Namun, beliau segera menambah bahawa judi dilarang dan ditolak oleh setiap agama.

Lim membuat keputusan itu mengikut Perkara 101 (v) Akta Kerajaan Negeri di mana majlis tempatan diberi kuasa untuk menangani isu-isu mengenai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan perbandaran.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak semalam, Lim berkata, negeri itu ingin mempromosikan "gayahidup yang lebih sihat dan lebih bertanggung jawab" untuk semua keluarga di Pulau Pinang, dan kerana itu memutuskan untuk melarang kegiatan tersebut.

Khamis lalu, beberapa majlis tempatan di Selangor turut mengambil langkah membekukan pengeluaran lesen premis judi yang menawarkan judi pertaruhan bola sepak.

Ia bermula dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada hari Selasa, dan diikuti oleh Selayang dan Ampang Jaya.


INILAH BURUKNYE PERANGAI ORANG KITA,BENDA BAIK DAN BETUL PUN INGIN DI BANGKANG DAN DI POLIMIKKAN. DAH LA PARTI YANG DIDOKONG MENGHALALKAN JUDI BILA ADA ORANG MENGHARAMKAN NYA DIKATAKAN BERPOLITIK PULA. TAK MALU KAH SI ARIFF INI SEBAGAI MUSLIM BILA MANA LIM GUANG ENG MENGHARAMKAN JUDI BOLA DARI BEROPERASI DI NEGERI DIBAWAH KUASANYA DIKATAKAN BERPOLITIK.SEDANGKAN KAMU SEBAGAI MUSLIM TIDAK MEMBANTAH JUDI ITU MALAH MENYOKONG KEPUTUSAN PARTI YANG KAMU DOKONG TERSEBUT. INIKAH RUPA PEMIMPIN MELAYU?????PATUTLAH KO KALAH TERUK ARIFF KO MEMANG TAK TAHU APA YANG RAKYAT MAHUKAN.KO HANYA TAHU MEMBESARKAN PERIUK NASI KO TANPA MEMIKIR KESAN DAN AKIBATNYA.TUNJUKKAN SEORANG DARI PENYOKONGKO YANG MINTAK JUDI INI DI LULUSKAN,AKU NAK TENGOK ADAKAH INI KEHENDAK RAKYAT!! MALU AKU NAK MENGAKU KO SEDARA SESAMA AGAMA DENGAN AKU... LIM GUANG ENG WALAUPUN TAK BOLEH MENUTUP SEMUA PUSAT JUDI TAPI HARUS DI BERIKAN PUJIAN KERANA BERJAYA TIDAK MENGIZINKAN PUNCA PENAMBAHAN PENYAKIT MASYARAKAT BEBBANDING KERAJAAN YANG DIKUASAI BN. PIKIRLAH RAKYAT YANG MASIH WARAS AKAL FIKIRAN,BELUM TERLAMBAT KITA UNTUK MENGUBAHNYA.

No comments: