mizam product

mizam product

Monday, May 10, 2010

TEMBAK TEMBAK TEMBAK LAGI!!!!! MANA SOP UNTUK ARAHAN TEMBAK????....

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Cedera parah

Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.

"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Os
man berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut."


BARU BERAPA HARI ENTRY AKU BERKENAAN KES TEMBAK MEMBABITKAN POLIS KEPADA KESALAHAN TRAFIK KALI NI BERLAKU LAGI...BETUL-BETUL GILA LAH UNDANG-UNDANG KAT MALAYSIA NI....TAKUT LA AKU JADI CITIZEN KAT MALAYSIA NI.SIB BAIK MAK BAPAK AKU SEMUA DUK MALAYSIA KALO TAK AKU DAH BLAH LARI KAT PULAU BATU PUTIH DUK SORANG-SORANG KAT SANA LAWAN JERUNG JE...

No comments: