mizam product

mizam product

Thursday, June 18, 2009

KENAPA BEGITU MUDAH PAS MASUK PERANGKAP UMNO???

SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA...

NAMPAKNYA SUDAH LAMA SAYA TIDAK POSTINGKAN TULISAN SAYA DALAM BLOG INI..INI KERANA SAYA SEDANG MEMERHATIKAN KEADAAN POLITIK SEMASA BERMULA TENTANG PERTEMBUNGAN KUMPULAN ERDOGAN YANG DICIPTA UMNO VS ULAMA. PADA MULANYA SAYA XAMIK KISAH SANGAT KERANA MENYANGKA AHLI-AHLI PAS BIJAK-BIJAK BELAKA MAKA PADA HEMAT SAYA TAK AKAN TERMAKAN UMPAN UMNO TAPI SETELAH KEPUTUSAN MUKTAMAR PAS BARU-BARU INI NAMPAKNYA AHLI-AHLI PAS TERMAKAN UMPAN UMNO DAN PADA HARI INI TELAH MASUK PERANGKAP.TENGOK SAJALAH KEPADA PERTEMBUNGAN PENDAPAT ANTARA DUA TOK GURU DAN MELIBATKAN JUGA TIMBALAN PRESIDEN PAS, DAN BEKAS NAIB PRESIDEN PAS. BILA PERKARA SEBESAR INI BERLAKU MAKA KITA MESTI MENGAKUI BAHAWA MEMANG WUJUD MASALAH DALAMAN DALAM PAS DAN PAKATAN RAKYAT ITU SENDIRI. KENAPA IDEA KERAJAAN PERPADUAN DIJADIKAN ISU PADA KETIKA PAKATAN PEMBANGKANG SANGAT KUAT UNTUK MENGAMBIL ALIH PEMERINTAHAN MALAYSIA PADA PRU AKAN DATANG??DIMANA KECERDIKAN PEMIMPIN PAS? SEHARUSNYA TUAN GURU DATO.PRESIDEN TIDAK MENGUTARAKAN IDEA TERSEBUT KERANA BN PIMPINAN UMNO MEMANG SEBUAH PARTI YANG ZALIM,BARU BEBERAPA BULAN LEPAS MEREKA MERAMPAS KERAJAAN NEGERI PERAK TIBA-TIBA KITA MENGHULURKAN SALAM PERPADUAN KEPADA MEREKA!INI TINDAKAN YANG SANGAT TIDAK BIJAK,BAGAIMANA INGIN DIKATAKAN PERPADUAN UMMAH SEDANGKAN UMNO JENIS KAWAN TIKAM BELAKANG PERKARA INI TIDAK DAPAT DINAFIKAN,TENGOK SAJALAH SEJARAH YANG LEPAS-LEPAS,TENGOK SAJALAH KEPIMPINAN SEKARANG MEREKA MASIH ORANG YANG SAMA YANG MENIDAKKAN HAK RAKYAT NEGERI KELANTAN, TERENGGANU DAN PERAK.

ADAKAH INI WAJAH-WAJAH YANG KITA INGIN BERDAMAI???DIMANA LETAKNYA SEMANGAT KITA SELAMA INI YANG INGIN MENEGAKKAN ISLAM???ADAKAH DENGAN MEWUJUDKAN KERAJAAN PERPADUAN MAKA CITA-CITA KITA SELAMA INI AKAN TERCAPAI?

KENAPA NASARUDDIN MAT ISA SANGAT GHAIRAH INGIN BERBINCANG DENGAN BN???? PERKARA INI SANGAT MEMENINGKAN SAYA.ADAKAH TIMBALAN PRESIDEN MERASAKAN DATO.NAJIB IKHLAS ?? DARI LENGGOK PERBUATAN SAYA MERASAKAN TIDAK LEBIH SEKADAR TIPU MUSLIHAT TAJAAN UNNO.

PENULIS SANGAT BERHARAP DATO. PRESIDEN DAPAT MENJERNIHKAN SUASANA DALAM PAS AGAR PADA PRU AKAN DATANG KITA AKAN MENGAMBIL ALIH PEMERINTAHAN MALAYSIA. INSYAALAH....

Thursday, June 4, 2009

SEKOLAH PERLEMBAGAAN DI PERAK

Petikan Dari blog kamparin


Assalamualaikum.

Berikut adalah petikan dari Malaysiakini karangan sdr Hishamuddin Rais utk tatapan pelayar. Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh ditimba dari kemelut politik Perak. Rupa dan wajah sebenar semua institusi-institusi, NGO swasta dan pro BN, badan keagamaan, individu, kehakiman termasuk hakim, jabatan kerajaan negeri dan federal, dll juga turut terdedah luas.

Sesungguhnya suatu pertentangan aqeedah (ideological conflict) sedang bercambah di bumi Perak. Ini semua dipertontonkan oleh Allah SWT supaya konflik ini dapat mengemukakan suatu perbezaan aqeedah masyarakat di antara HAQ dan BATHIL. Sama-sama kita kaji dan buat posisi masing-masing. Salam hormat dan terima kasih kepada pembaca dan Sdr Hishamuddin.


Kemelut Perak bertukar hujan emas
Hishamuddin Rais May 22, 09 6:37pm

Apa yang sedang berlaku di Perak amat baik sekali. Kelam-kabut dan kacau-bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak sekali imbas tidak mendatangkan faedah kepada orang ramai. Tanggapan sebegini satu pandangan yang salah. Apa yang berlaku di Perak ini adalah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki atau institut beraja. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai. Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tiba-tiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman. Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihatkan sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan di kalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri. Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga.

Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. "Raja adil raja di sembah, raja zalim raja disanggah" benar-benar menjadi realiti yang hidup di Perak. Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka dalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam perlembagaan Perak. Hasil daripada krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan raja, peranan menteri besar, peranan tuan Speaker DUN dan had-had yang diwujudkan melalui perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini.Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada di dalam genggaman mereka.

Najib Razak berniat merancang "rampasan kuasa" di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdullah Ahmad Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa kepadanya ingin dijadikan sebagai tiupan sangkakala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat. Tiupan sangkakala Najib ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 Mac 2008. Harapan Najib ini jelas telah ranap. Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah, lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat.

Inilah tanda-tanda politik sihat apabila elemen-elemen demokrat dalam Barisan Nasional telah mula bersuara.Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak-tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak-tanduk yang telah diambil oleh Najib.

Inilah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sihat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation - walaupun kecil.Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan di antara parti PAS, PKR dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan.Perak adalah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengetepikan agenda sampingan dan menerkam agenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokkan sebagai parti kecinaan telah diterima oleh orang Melayu.

PAS yang selama ini dimomokkan dengan hukum hududnya telah menerobos masuk ke dalam kawah Cina. Inilah perkembangan yang amat menakutkan United Malays National Organisation.Dua buah parti ini - sebelum ini - selalu digunakan sebagai senjata ampuh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai, untuk saling menumbuhkan kecurigaan sesama sendiri.Di Perak, orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak, orang Cina tidak lagi takut untuk menerima PAS. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga.

Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Mohammad Nizar Jamaluddin dan V Sivakumar. Kalau di permulaan era Reformasi dahulu, yang muncul hanya Anwar Ibrahim - masih lagi dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan warga bukan Melayu bahawa reformasi adalah agenda untuk semua.Berbanding dengan krisis Perak, secara sepontan Nizar dan Sivakumar telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar.Perkembangan ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya daripada apa yang berlaku pada 1998. Pada malam 20 September, Anwar ditangkap di rumahnya. Episod penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi.

Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Mohamad.Di Perak, episod ini berulang lagi. Pada 7 Mei lalu, sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi tuan Speaker dan dikurung agar kuasanya dapat dirampas.Kini sekali lagi, satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang diwakili oleh Najib Razak.Sama ada DUN dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan angkatan muda Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.Ombak Perak ini wajib terus berdesir sehingga menjadi gelora membadai. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan dibakar.Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum diadakan nanti. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini, lebih subur politik Malaysia.

---------

Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya dan Pakatan Rakyat melalui email, sms dll. Usaha sedang dibuat untuk mengangkat konflik ini ke persada apex (Mahkamah Persekutuan). Hingga kini hakim-hakim mahkamah rayuan masih belum siap ulasan penghakiman (written grounds of judgement) yang dibuat pada 22 mei lalu (dlm masa 5 minit). Namun peguam2 saya akan memulakan filing mulai 8 jun ini walaupun ulasan para hakim mahkamah rayuan tak siap2.

Teruskan doa dan munajat. Salam hormat.

YB DS IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN