mizam product

mizam product

Tuesday, February 23, 2010

ANTARA SOSIALISME DAN KOMUNISME





Ramai yang salah faham dan menyangkakan bahawa Sosialis dan Komunis itu adalah fahaman yang sama. Saya ingin terangkan di sini berdasarkan pemahaman saya dan apa yang saya baca selama ini. Memang Sosialisme dan Komunisme itu asalnya daripada sumber yang satu, iaitu Karl Marx. Selepas memperkenalkan ideologi itu, beliau menghasilkan beberapa buah buku antaranya "Das Kapital" dan "Communist Manifesto". Fahaman ini memang asalnya adalah satu.

Tapi ianya terpisah selepas dari Perang Dunia Pertama meletus dan juga selepas Revolusi Rusia. Komunisme telah terbahagi kepada dua seperti apa yang kita lihat sekarang. Kita selalu baca dan tahu apa itu Sosialis dan Komunis, tapi pernahkah kita berusaha mengenalinya dan bertanya kepada orang yang lebih tahu? Ideologi Sosialis lebih lembut berbanding dengan Komunis yang masih mengekalkan fahaman radikal.

Biasanya orang yang berfahaman sosialis menggelarkan komunis sebagai Marxisme. Saya membaca satu fakta yang menarik dalam sebuah website. Tapi sayangnya saya sudah lupa alamat website yang berbahasa Inggeris itu. Dalam website itu, diberi contoh yang mudah tentang perbezaan antara Sosialis dan Komunis.

Sosialis diumpamakan sebagai kita mempunyai 2 ekor lembu, dan salah satu daripadanya kita hadiahkan kepada jiran. Komunis pula diumpamakan sebagai kita ada dua ekor lembu, kedua-duanya diambil oleh kerajaan dan sebagai ganti, kerajaan telah memberi kita susu lembu. Dah nampak perbezaannya, bukan? Sosialisme lebih cenderung kepada sebuah kerajaan Demokratik manakala Komunisme masih lagi kekalkan budaya kuasa veto dan juga kuku besi.

Gerakan sosialis ini pernah popular suatu ketika dahulu di Malaysia tapi telah gagal kerana rakyat dimomokkan oleh kerajaan Malaysia bahawa sosialis itu komunis. Gerakan sosialis ini berkembang pesat di universiti sehinggakan adanya Kelab Sosialis. Gerakan ini merupakan musuh tradisi kepada Kerajaan Malaysia waktu dulu kerana Malaysia mengamalkan sistem ekonomi yang lebih condong kepada Kapitalis.

Dalam sistem sosialis, kebajikan rakyat diutamakan. Tiada unsur penindasan daripada kaum-kaum pemodal. Munculnya penindasan daripada sistem Kapitalis berpunca daripada sikap tamak kaum pemodal dan juga sistem riba/faedah yang diamalkan.

Kebanyakan negara di Timur Tengah menggunapakai sistem sosialis. Sebab itulah walaupun ketika dahulu negara Iraq dilanda sekatan ekonomi, tetapi ia seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan terhadap penduduknya. Barang keperluan masih lagi mudah didapati. Pelajar-pelajar universiti menikmati kebajikan yang ditawarkan seperti tepung, minyak, gula, teh, dan sebagainya. Begitu juga di Iran. Rakyat Iran seolah-olah tidak merasa terbeban ekoran sekatan ekonomi dijalankan ke atas Republik Islam Iran.

Barang-barang keperluan masih boleh didapati dengan mudah. Tidak ada isu kekurangan gula, kekurangan minyak masak, kekurangan beras seperti di Malaysia. Di Malaysia, itu adalah hasil daripada permainan kaum kapitalis yang menguasai ekonomi negara, objektifnya hanya satu - maksimumkan keuntungan.

Di mana-mana negara sosialis, rakyatnya berhak mendapat makanan melalui duit yang dimiliki, walaupun harga makanan jauh lebih mahal daripada jumlah duit yang berada di dalam poket. Contohnya harga sekeping roti canai ialah 80 sen. Dalam poket kita hanya ada 40 sen saja dan kita boleh membeli setengah keping roti canai tersebut.

Minyak masak di negara Sosialis boleh dibeli melalui vending maschine, terpulang berapa mililiter yang dikehendaki. Sistem sosialis mengutamakan kebajikan rakyat. Sebarang perniagaan yang dijalankan mendapat kawalan dan pemerhatian daripada kerajaan. Sumber asas seperti air, elektrik, gas tidak diswastakan sepertimana Malaysia menswastakan semua itu.

PM BUKAN MELAYU???

Pandangan yang diajukan oleh Dr. Aziz Bari berhubung PM bukan Melayu untuk Malaysia adalah sangat baik untuk kita semua memberi pertimbangan dan juga memikirkannya.Saya sangat setuju jika perlaksanaanya berlaku seterusnya dapat menghapuskan rasuah dan masalah kronisme untuk menjadikan malaysia sebuah negara maju. Dr Abdul Aziz dipetik berkata, menurut intipati undang-undang, orang yang paling mendapat sokongan dalam Dewan Rakyat hendaklah dilantik mengetuai kerajaan.Tambahnya, kuasa pelantikan di bawah Yang di-Pertuan Agong hanyalah satu formaliti semata-mata.Dr Abdul Aziz juga berkata, perdana menteri bukan Melayu mungkin boleh bertindak lebih baik daripada orang Melayu kerana beliau akan “ikut buku” (perlembagaan) dan bekerja keras bagi membuktikan kemampuannya.

Tengok je PM sekarang walaupun melayu dan mengaku dirinya Islam tetapi tetap berlaku zalim,contohnya senang iaitu menafikan hak rakyat kelantan dan negerinya untuk mendapatkan hasil royalti @ cash payment yang secara sah memang milik kelantan.

PM yang tiada integreti dan tidak menghormati perjanjian adalah tidak layak untuk menjadi PM walaupun mereka itu melayu.Tapi penulis lebih suka kepada PM yang beragama Islam dan seorang yang beriman sebagaimana yang disarankan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu syarat yang paling baik,tapi kalau da takda orang Islam yang baik tak salah pun kalau amik kapir tapi seorang yang berintegriti.

Kalau ada yang marah pada saya berdasarkan tulisn ini saya rasa saya tau sapa anda.anda adalah melayu yang....“Seperti yang disebut oleh (penulis) Subky Latif dalam kolumnya di (akhbar mingguan) Siasah, Melayu yang bodoh dan kuat sentimen perkaumannya sahaja yang akan naik minyak. Kalau Karl Marx mengatakan agama adalah candu kepada masyarakat tetapi bagi penulis di Malaysia ini "Bangsa adalah candu kepada masyarakat "So nilaila diri anda semua.

SIAPAKAH MANUSIA INI??????




A)PENGKHIANAT
B)PENDERHAKA
C)PENCACAI UMNO
D)ORANG BAIK

RESPONSE LA YE....

Thursday, February 11, 2010

Belajar menikmati limau-limau baik dalam Pakatan Rakyat.

Belajar menikmati limau-limau baik dalam Pakatan Rakyat.

Setiap kali sempena Tahun Baru Cina, ramai antara kita tanpa mengira kaum berebut-rebut untuk membeli limau-limau mandarin yang berada di pasaran. Sebelum sesebuah kotak limau itu dibeli, lazimnya, setiap pembeli akan cuba menghidu setiap kotak limau dengan berhati-hati supaya mereka tidak terbeli kotak yang mengandungi sebarang limau-limau yang rosak.

Namun sehebat-hebat kita memilih, kita terpaksa juga menerima hakikat yang memilukan bahawa tetap ada antara kotak-kotak limau yang dipilih oleh kita mengandungi beberapa biji limau yang rosak.

Akan tetapi, apakah perlu kita membuang seluruh kotak limau semata-mata kerana sebiji dua limau yang rosak? Apakah kita perlu membuang limau-limau yang baik semata-mata ia terkena jus basi limau yang rosak secara tidak sengaja?

Sudah tentunya tidak.......begitulah juga layanan kita seharusnya terhadap ahli-ahli politik yang baik, setia dan bekerja keras di dalam Pakatan Rakyat.

Janganlah penyokong dan rakyat hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat kerana beberapa biji limau yang rosak. Limau-limau rosak merupakan modal dan sentiasa menjadi fokus kepada media musuh untuk memburukkan keseluruhan kredibiliti Pakatan Rakyat. Jikalau mengikut logik media musuh, asalkan terdapat sebiji limau yang terhidu baunya masam (rasa pun tak lagi), secara otomatiknya mereka akan mula mengempar-gempurkan bahawa semua limau-limau yang ada di dalam Pakatan Rakyat adalah pahit. (Ya, dari masam ke pahit, kalau tidak, mereka akan diisytiharkan gagal KPI dalam arena memutar-belitkan cerita oleh bos-bos mereka.)

Kita harus sedar bahawa masih terdapat ramai ahli politik dalam Pakatan Rakyat yang masih bekerja keras demi mengembalikan kedaulatan negara ke tangan rakyat. Jangan pula kita terikut-ikut permainan politik media musuh yang seolah-olah cuba menggambarkan semua ahli politik Pakatan Rakyat sebagai lembap, tidak berguna dan tidak bersatu disebabkan ada antara 2-3 kerat pemimpin yang sentiasa menimbulkan masalah.

Kita tidak patut membiarkan nama baik ahli-ahli politik yang lain tercemar semata-mata kerana terkena jus-jus baik limau-limau yang rosak. Jangan sesekali pula kita patahkan semangat limau-limau yang manis dengan memandang mereka dengan mata yang serong akibat mereka duduk sekotak dengan limau-limau yang rosak. Bukannya mereka ada pilihan untuk berbuat apa-apa sekiranya limau jirannya bertukar menjadi basi. Itu adalah kezaliman terhadap mereka yang jujur dan telus dalam mengerjakan tanggungjawab sebagai ahli politik Pakatan Rakyat -- kerana percayalah bahawa kerja sebagai ahli politik Pakatan Rakyat ialah kerja paling menyeksa di Malaysia sekarang.

Sebagai penjual limau, Pakatan Rakyat juga harus menerima hakikat bahawa limau-limau rosak perlu dibuang dengan segera. Proses penapisan limau untuk mengenalpasti gred limau manis dan masam harus dilakukan sekarang. Berpeganglah pada prinsip bahawa "ombak baru akan menggantikan ombak lama, dan ombak lama akan mati di pesisir pantai" yang membawa maksud; pengundi-pengundi dan pemimpin-pemimpin lama yang masih melihat rakyat Malaysia dari persepsi perkauman akan semakin pupus, dan pengundi-pengundi dan pemimpin-pemimpin muda dan baru yang memperjuangkan konsep Bangsa Malaysia akan semakin diterima ramai.

Bayangkan sekiranya syarikat-syarikat pengeluar limau (saya namakan Syarikat A dan B, B merupakan syarikat limau yang paling lama berkuasa di negara kita) ini turut bermain politik di dalam media semasa, sudah tentu kita akan melihat tajuk-tajuk berita seperti di bawah:

Media Semasa yang pro-syarikat B.
PEMBELI RUGI BESAR: 20% limau Syarikat A rosak.
Limau Syarikat A MASAM, KECIL dan KERING!
Masuk Hospital Akibat Limau A!
Limau B - Manis, Besar dan 95% baik, kata pembeli!

Oleh itu, pembeli-pembeli seperti kita harus tahu cara mengasingkan berita daripada media musuh, media sahabat dan media bebas terhadap syarikat-syarikat penjual limau. Laporan-laporan media musuh sesebuah syarikat limau harus dibaca dengan perasaan was-was. Apabila limau-limau lawan dipuji oleh media musuh, kita seharusnya tahu kemungkinan perangkap sudah dipasang untuk mengumpan kita. Sebaliknya apabila limau-limau lawan dikritik media musuh, yakinlah kita bahawa limau-limau tersebut adalah manis dan berkualiti tinggi. Media bebas pula harus digunakan untuk menilai prestasi dan kritikan terhadap penjual limau secara rasional.

Barisan Nasional sememangnya mengharapkan hari pengebumian Pakatan Rakyat tiba sebelum pilihanraya yang akan datang dengan memualkan kita dengan berita-berita basi berkenaan limau-limau rosak yang terdapat di Pakatan Rakyat. Akan tetapi, mereka tidak akan berjaya sekiranya pembeli-pembeli limau sedar bahawa limau-limau yang dijual oleh Barisan Nasional jauh lebih masam dan rosak bilangannya tidak seperti yang dilaporkan oleh media-medianya.

Cuma persoalannya, adakah kita, sebagai pembeli limau jauh lebih bijak daripada media arus perdana yang cuba memperbodohkan kita, atau sebaliknya?
-------------------------------------------------

Li Fook Gao ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pembaca Harakahdaily yang berbangsa Cina. Diharapkan juga parti PAS untuk mengimbas kembali sebab-sebab kekalahan teruk di Bagan Pinang, seminar menggantikan EGM dan sehingga bersidangnya Jawatankuasa Disiplin Parti sempena cuti ini.