mizam product

mizam product

Friday, July 31, 2009

Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman

31 Julai 2009 ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Sama samalah kita sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham dan takziah kepada ahli keluarganya.

Friday, July 17, 2009

TAKZIAH DI UCAPKAN KEPADA KELUARGA MENDIANG TEOH BENG HOCK

Kematian mengejut sorang pembantu Exco kerajaan negeri Selangor sangat memeranjatkan penduduk Malaysia.Penulis berasa gerun dan takut dengan negara Malaysia pada hari ini.
Terjatuh?Bunuh diri?atau di Bunuh? Tiada siapa yang tahu,tapi dari fakta kes dan keadaan mangsa berbagai andaian boleh di buat. Kenapa berlaku di SPRM? Bagaimana berlaku? Siapa ada bersama? Bagaimana beliau boleh di benar bebas berlegar di situ tanpa pemerhatian? Siapa yang boleh mengesahkan kenyataan ketua pengarah SPRM bahawa beliau telah di lepaskan pada 3.45 pagi? Kenapa dia tidak pulang ke rumah? Bagaimana dia boleh jatuh dari sudut yang meragukan? Apakah sebab beliau membunuh diri? Pada pukul berapa kejadian berlaku? Siapa yan menemui beliau antara jam 3.45 pg - 1.30 ptg? siapa dapat mengesahkan semua ini?

SPRM haruslah bersedia bertanggungjawab dan pihak polis menyiasat perkara ini dan ditubuhkan siasatan di raja untuk menyelesaikan kes ini untuk kebaikan bersama pada msa hadapan. Kepada pihak keluarga di harap bersabar dan berusahalah untuk mendapatkan kebenaran.Penulis sebagai warga negara yang merdeka mengharapkan keadilan berlaku dalam hal ini.

wassalam...

Thursday, July 16, 2009

PRK Manek Urai Mengurai Mentaliti Melayu

Artikel ini dipeti dari Detikdaily 16/07/09

Posted on Thursday, July 16 @ 06:00:00 MYT by Paktam

Oleh Jebat Sarawak

Bermula dengan berita kembalinya wakil rakyat DUN Manik Urai Allahyarham YB Hj Ismail Yaacob yang meninggal dunia pada 22 Mei sehinggalah tibanya detik 14 Julai iaitu hari pegundian untuk pemilihan wakil rakyat yang baru, sesungguhnya nama Manik Urai begitu menonjol sekali.

Kalau sebelum ini apalah yang nak ditunjukkan kepada Manik Urai tapi apabila saat PRK ini berlangsung Manik Urai mampu menggegar segenap pelosok tanahair.


Dulu masyarakat tak tahu Manik Urai tapi kini pengetahuan mereka sedikit bertambah malah apa yang paling menguntungkan ialah mereka mampu menjadikan PRK Manik Urai sebagai sebuah memori dalam kehidupan mereka.

Ya bermula dari detik penamaan calon PRK Manik Urai yang telah menemukan Mohd Fauzi Abdullah dari parti PAS dan Tuan Aziz Tuan mat dari parti UMNO mengadu kekuatan untuk memenangi hati rakyat Manik Urai. Kedudukan PAS sebagai penyandang kerusi sementara UMNO cuba merebut kembali kerusi yang telah mereka menang pada 2004 yang lalu. Yang menariknya pertembungan PAS dan UMNO adalah kerana kedua-dua parti ini berpaksikan bangsa Melayu sebagai pengikut utamanya.

Justeru itu menang atau kalau prinsip MELAYU itu tetap akan hidup. Jumlah pengundi Melayu yang mewakili lebih 99% pengundi di Manik Urai bolehlah kita simpulkan bahawa Manik Urai adalah kawasan melayu. Jiwa dan minda pengundi Manik Urai adalah mewakili jiwa dan minda masyarakat melayu. Mahu tidak mahu seluruh masyarakat melayu harus terima hakikat bahawa Manik Urai adalah simbol kepada pemikiran bangsa melayu itu sendiri.

Dan akhirnya setel;ah tempoh mengundi dijalankan seawal 8.00 pagi sehingga 5.00 petang berjalan dengan begitu rancak dan sengit sekali akhirnya jawapannya ditemui juga sekitar jam 9.00 malam 14 Julai apabila diumumkan bahawa calon PAS Mohd Fauzi memenangi kerusi Manik Urai dengan majoriti tipis 65 undi. Akhirnya PAS berjaya mengekalkan kerusi Manik Urai tersebut dan UMNO sekali lagi tewas dalam perjuangan mereka di Manik Urai.

Apabila terpapar segala catatan pada pola pengundian di Manik Urai tersebut maka segenap pemikir dan pembicara politik menjadi semakin rancak untuk mengungkai atau menguraikan segala data yang terserlah. Di Pihak PAS kemerosotan undi mereka harus dijadikan panduan manakala peningkatan dan kekurangan majoriti PAS pula dijadikan satu kemenangan moral kepada UMNO.

Sesungguhnya Kelantan adalah sinonim dengan masyarakat Melayu. Apa yang ada di Kelantan boleh ditafsirkan sebagai warisan Melayu. Justeru itulah apabila PAS berjaya memerintah Kelantan maka pemerintahan itu wajar kerana masyarakat atau bangsa Melayu itu sinonim dengan Islam yang menjadi teras perjuangan PAS. Namun apa kurangnya UMNO. Sesungguhnya UMNO juga pernah memerintah Kelantan.

Dan UMNO juga sinonim dengan masyarakat atau bangsa Melayu itu. Kerana parti itu adalah dilahirkan atas nama bangsa Melayu. Namun dari satu sudut antara PAS dan UMNO terlalu jauh perbezaannya. Prinsip perjuangan PAS dan UMNO begitu jauh berbeza. Permikiran pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO terlalu jelas perbezaannya. Perjuangan pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO terlalu jauh objektifnya. Perwatakan pemimpin PAS dan UMNO tampak beda penampilannya. Walaupun sama sebangsa dan seagama namun hakikatnya tidak serupa antara PAS dan UMNO.

Kelantan telah diperintah kerajaan PAS lebih kurang 20 tahun. Penerapan dan penghayatan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan dan pentadbran PAS telah sedikit sebanyak menyakinkan bahawa bangsa Melayu itu masih mampu bertahan dengan Islamnya. Manakala Manik Urai silih berganti wakil mereka daripada PAS kepada UMNO dan UMNO kepada PAS.

Melihat kepada corak kempen antara PAS dan UMNO pada PRK Manik Urai dan melihat data pengundian yang telah diterjemahkan oleh pengundi Manik Urai dalam PRK kali ini jelas kepada umum bahawa bangsa Melayu itu tidak teguh pendiriannya. Bangsa Melayu itu goyah pegangannya. Dan bangsa Melayu itu boleh diperkotak-katikkan. Apa tidaknya ?

Berdasarkan perlaksanaan segala gerak kempen UMNO di Manik Urai jelas melambangkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO yang terdiri daripada bangsa Melayu itu sendiri sanggup mengHALAL kan segala rasuah dan penyalahgunaan kuasa untuk merebut kuasa sekaligus membeli hati pengundi Manik Urai.

Gejala pembelian undi melalui wang sogokan sehingga kepada projek rasuah perkara ini bukan sembunyi-sembunyi lagi. Pihak UMNO secara terang-terangan menggunakan taktik kotor demi mencapai objektif kemenangan mereka.

Renungkanlah lagak tingkahlaku bakti serta tutur kata pemimpin-pemimpin penuh tipu muslihat. Lihatlah penetapan hari pengundian pada hari bekerja. Apakah masa dan waktu bekerja ini sesuai untuk masa pengundian sedangkan di Kelantan hari cutinya sendiri. Mengapa tidak dilakukan pada hari cuti agar hak pengundi itu lebih terjamin dalam mendukung aspirasi SPR itu sendiri. Begitu juga dengan segala projek mee segera atau janji projek pembangunan yang merupakan senjata ampuh kepada UMNO / BN dalam setiapkali pilihanraya. Apakah masyarakat Melayu tidak sedar akan keburukan ini atau sengaja tidak mahu sedar ?

Yang perlu diakui ialah betapa jiwa manusia itu mudah terpengaruh dengan kenikmatan dosa. Segala unsur politik wang dan projek rasuah yang ditanam dan diHALALkan oleh UMNO mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat Melayu. Justeru itu sekiranya generasi Melayu akan datang dipenuhi dengan segala keburukan dan kerosakan maka janganlah generasi Melayu hari ini marahkan sesiapa. Ini kerana kita Melayu hari ini sendiri mengHALALkan segala benih kerosakan itu hidup dalam darah kita.

Percayalah bahawa majoriti tipis ini bukanlah kehilangan sokongan tetapi bangsa Melayu sanggup mengadai maruah demi kenikmatan dunia. Perjuangan murni kerajaan Kelantan untuk mendapat bayaran royalti minyak yang jelas untuk kebaikan rakyat Kelantan tidak mampu melawan JANJI RASUAH projek Jambatan Manik Urai serta wang sogokan kepada pengundi calon umNO. Inilah mentaliti rakyat MELAYU.

Ternyata masyarakat melayu masih senang dibeli dengan kesenangan diri. Hanya kerana dimomokkan dengan janji pembangunan kosong, minda dan persepsi Melayu mudah terpesong. Dan kerana itulah bangsa Melayu itu semakin melukut di tepi gantang. Malah ada di kalangan bangsa Melayu yang sanggup menyusukan kera di hutan anak sendiri mati kehausan.

Maka tidak heran apa yang terjadi kepada masyarakat Melayu hari ini adalah kerana sememangnya BANGSA MELAYU ITU SANGGUP MENGGADAIKAN MARUAH DIRI. Dah tahu UMNO tu PENIPU dan sanggup mengadaikan maruah bangsa tapi masih SANGGUP lagi memangkah parti PENIPU ini. Inilah BANGSA MELAYU!

Mengapakah bangsaku terlalu MUDAH DIBELI. Mungkin beginilah caranya bangsa PENJAJAH menguasai tanah bertuah ini suatu waktu dahulu. Bukan kerana bangsa mereka kuat tapi BANGSA MELAYU itu mudah dibeli dengan kesenangan diri. Patutlah bangsa Melayu dan masyarakat Melayu itu dikaitkan dengan menang sorak kampung tergadai.
APAKAH INI RUPA BANGSAKU YANG BERGELAR MELAYU. DAN MELAYU ITU ISLAM ?

Pilihanraya Kecil vs Pilihanraya Umum

Oleh Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi
1. Pilihanraya yang berlaku di Negeri Kelantan sememangnya menarik untuk dikaji dan dipelajari . Kelantan yang terkenal dengan jolokan University Politik adalah bahan dan data yang hidup serta praktis untuk dikaji . Tidak kiralah , pilihanraya umum atau pilihanraya kecil , Kelantan adalah sebuah negeri yang unik .

2. Sebagai contoh , data atau statistik yang ada pada kita :


. Dun Pengkalan Pasir : PAS kalah dengan majoriti 134 undi dalam pilihanraya kecil Disember 2005. Namun dalam pilihanraya umum 2008, PAS menang dengan majoriti 2,348 undi.


. Dun Semerak : PAS kalah dengan majoriti 778 undi dalam pilihanraya kecil Ogos 1997 namun dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang dengam majoriti 1475.


. Dun Pulai Chondong : PAS menang dengam majoriti 118 undi dalam pilihanraya kecil 1996, tetapi dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang 2318.


3. Pun begitu , iktibar mesti diambil dan muhasabah mesti dilakukan oleh PAS setelah memenangi Pilihanraya kecil Manek Urai kelmarin dengan majoriti tipis . Itu realitinya sebagai sebuah parti politik yang dewasa dan matang . Tiadalah istilah kecewa dan putus asa .

5. Peringkat awal semua pimpinan PAS menjangkakan kemenangan PAS di Manek Urai dan sebahagiannya menganggarkan kemenangan yang lebih besar . Biarpun anggaran sebahagian pimpinan PAS itu meleset tetapi alhamdulillah jangkaan semua pimpinan PAS itu tercapai .

6. Kemenangan biarpun kecil atau tipis majoritinya tetap akan menjadi tanggungjawab bukan sahaja kepada calon yang menang tetapi juga kepada parti [ PAS ] yang bertanding . Bertolak dari natijah kepada muhasabah [ post mortem ] yang bakal dilakukan kelak , rata - rata mengharapkan PAS dapat melakukan sesuatu yang lebih berkesan . Saya yakin PAS akan melakukan sesuatu dan komitmen ini turut melibatkan Dewan Pemuda PAS .

7. Kini jentera parti mesti bersiap untuk mendepani pilihanraya umum . Sebagaimana saya sebut sebelum ini , mudah - mudahan keputusan pilihanraya kecil Manek Urai ini akan merubah banyak perkara untuk PAS kembali mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya umum kelak .

8. Tidak kita nafi betapa UMNO dan BN mengumpul seluruh kekuatan dalam usaha memulihkan reputasi mereka yang tercalar teruk sepanjang sessi ini , pula jutaan ringgit ditawar dan dijanjikan kepada penduduk Manek Urai menjadi satu dari faktor menurunnya majoriti kemenangan PAS .

9. Tetapi PAS tidak boleh berpada dengan alasan tersebut kerana PAS perlu melihat ke "dalam" bagi memastikan kemenangan akan datang dengan majoriti yang lebih besar . Banyak perkara yang perlu dilihat . Pendekatan , cara kempen , ukhuwwah , pengorbanan , sikap dan 1001 perkara yang perlu diperbaiki .

10. Berbanding keputusan pilihanraya umum di Manek Urai yang lalu , undi yang diperolehi oleh al marhum Pak Su Weil [ PAS ] ialah 5746 . Ertinya PAS kehilangan 398 undi berbanding undi yang PAS perolehi dalam pilihanraya kecil kelmarin ialah 5348 . Tanpa memandang rendah kepada peningkatan undi BN tetapi saya tidak terkilan dengan kehilangan hanya 398 undi dalam pilihanraya kecil berbanding undi dalam pilihanraya umum lalu , setelah melihat cara BN turun berkempen . Pilihanraya umum akan datang , saya yakin PAS kembali mampu menang besar , dengan PAS mengambil langkah memperbaiki segala kelemahan . Lihat sahaja senario lalu .

Wednesday, July 15, 2009

Kenapa PAS umum menang 2,000 undi?



Inilah politik psikologi yang berjaya memberi kemenangan kepada PAS.

Tindakan PAS menghebahkan kemenangan calonnya pada jam 3 petang semalam bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, bertujuan melumpuhkan kempen BN dua jam sebelum pengundian tamat, kata penasihat pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Ia dibuat oleh pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa calon PAS Mohd Fauzi Abdullah sudah menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Abdul Fatah dilaporkan berkata, kemenangan itu berdasarkan kepada bancian jentera pilihanraya PAS terhadap proses pengundian setakat jam 3 petang.

Malah penyokong PAS telah mula meraikan kejayaan Mohd Fauzi dan mengucap tahniah kepadanya selepas Fatah menghebah kemenangan tersebut.

Bagaimanapun, apabila pengumuman rasmi dibuat pada malamnya, Mohd Fauzi mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti tipis 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mengulas mengenainya, Wan Abdul Rahim berkata, 'serangan psikologi' itu bertujuan untuk menarik sokongan pemilih Manek Urai supaya mengundi calon PAS dalam pilihanraya kecil semalam.

"Kenyataan tersebut diharap dapat melumpuhkan keghairahan kempen jentera BN dua jam yang terakhir untuk mendapatkan undi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya mengenai faktor kemerosotan sokongan terhadap calon PAS kali ini, Wan Abdul Rahim mengakui terdapat pengundi yang terpengaruh dengan tawaran dan janji yang dibuat oleh BN.

Beliau mendakwa, BN membuat tawaran yang berbentuk ugutan,dan berunsur rasuah.

Kekalahan di Laloh mengejutkan

"Seperti nak bina jambatan yang menghubungi Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru, menjadikan Manek Urai kawasan agropolitan dan sebagai anak angkat kerajaan persekutuan.

"Ia mempengaruhi pengundi dan kita tidak mampu untuk melawan serangan di Manek Urai pada dua hari terakhirnya," katanya sambil menambah laporan polis sudah dibuat berhubung perkara tersebut kelmarin.

Menurut Wan Abdul Rahim lagi, PAS mengalami kekalahan di lima daripada sembilan pusat mengundi di DUN tersebut.

Katanya, PAS kalah di Manek Urai Baru, Manek Urai Lama, Manjor, Temalir, Laloh tetapi menang di Chuchoh Puteri, Lata Rek, Sungai Peria dan Sungai Sok..

Mengulas lanjut, beliau juga berkata kekalahan di peti undi Laloh adalah "suatu yang mengejutkan" kerana terdapat pengundi yang tidak puas hati Mohd Fauzi dipilih sebagai calon PAS.

"Kita tidak berkesempatan untuk menanganinya," katanya sambil menambah kekalahan di Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor memang sudah dijangka dari awal.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.

Tuesday, July 14, 2009

WAKE UP CAll TO PAS AND PR.

Sebelum penulis mengulas lanjut tengtang keputusan PRK Manek Urai penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Abe UJi atas kemenangan pilihanraya kecil di dun manek urai dengan majoriti 65 undi.

Keputusan yang dicapai pada malam ini mencerminkan berbagai persepsi dan andaian yang boleh di buat rujukan untuk bacaan politik pada hari ini.Kemenangan yang dicapai mencerminkan kekalahan kepada PR.Dengan berbagai isu sebelum pilihanraya seperti keretakan dalam PR,keretakan dalam PAS berhubung Muzakarah dengan UMNO yang dicadangkan oleh presiden PAS,keluarnya DAP kedah dari kerajaan PR dan juga masalah-masalah yang di buat oleh ahli-ahli pakatan rakyat itu sendiri membuatkan rakyat menolak PRK pada hari ini.PKR dan DAP juga menjadi punca yang ketara dalam keputusan kali ini,rakyat amnya tidak berpuas hati dengan layanan lembut pemimpin PAS terhadap mereka ini yang terang-terang mencampuri hal dalaman parti PAS. Ini yang penulis nampak menjadikan PAS hilang sokongan,pergolakan yang berlaku antara Tok Guru dan Nasharuddin Mat Isa juga tidak disenangi ahli PAS.Ukhuwah dikalangan pemimpin atasan PAS seperti Datuk Musthapa Ali,Dato. Presiden,Timb. Presiden dan Mursyidul Am membuatkan rakyat tidak berpuas hati.Perkara ini telah diterjemahkan oleh pengundi pada hari ini.

Jadi seharusnya PAS menjadikan keputusan ini sebagai wake up call.Jika ingin mengambil alih kerajaan pada masa hadapan PAS seharusnya mengorak langkah pada hari ini.Adakah releven kita mengadakan pakatan bersama DAP dan juga PKR?Adakah berbaloi kita memberi kerusi parlimen kepada YB. Ibrahim Ali,Saifuddin Nasution dan YB PKR yang lain sedangkan kita mampu unyuk menang dikawasan tersebut. Pada penulis kita terlalu berkompromi sedangkan DAP dan PKR tidak menghormati kita sebagai sebuah parti terbesar orang islam pada hari ini.Kelantangan pemimpin DAP menegur PAS tidak boleh diterima oleh ahli parti.Ahli parti ingin melihat PAS tegas dengan keputusan yang di buat tanpa berkompromi dengan desakan sesetengah pihak. Jika muzakarah diterima oleh ahli parti maka teruskan,keputusan boleh dilihat pada muktamar yang dibuat. YB-Yb PR juga sedang dinilai oleh rakyat,buat kerja atau tidor atau sedang mengumpul harta?Itu semua sedang di perhatikan oleh rakyat.Memang kita lebih baik dari UMNO tapi kita juga sedang menuju kearah yang sama maka kita akan jadi 2 x 5 je kata orang....

Jadi bermula pada hari ini PR harus bekerja dengan kuat untuk memantapkan jentera parti dan juga memperkasakan Pakatan Rakyat untuk bersedia menghadap PRU 13 pada bila-bila masa.Keputusan pada hari ini akan mempercepatkan pembubaran parlimen oleh Datuk najib yang mana telah menunjukkan UMNO telah kembali kuat dan bersedia untuk mengambil alih semula negeri-negeri yang dirampas. dengan kerja keras YB Khir Toyo tidak mustahil mereka mampu merampas semula Selangor.Jika di kedah PR dilihat masih kuat di bawah YB Azizan Abdul Razak tapi tekanan terhadap kerajaan beliau semakin meningkat.Kemampuan kita juga terhad dengan dana yang terhad.Ini yang akan menimbulkan masalah sepertimana pengalaman kerajaan PAS Terengganu sedikit masa lalu.
Jadi sedarlah pemimpin dan ahli parti kita harus bekerja kuat untuk mencapai cita-cita kita menjadikan Islam rule kepada pembentukan Malaysia Baru.Insyallah.

Manek Urai: Pas menang tipis 65 undi

KUALA KRAI: Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan memperoleh majoriti 65 undi.

Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.

Pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 8.56 malam tadi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan menyaksikan persaingan satu penjuru antara Tuan Aziz, bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menentang Mohd Fauzi, seorang pemborong ikan.

Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari Pas meninggal dunia pada 22 Mei lalu.

MUNGKINKAH ADA KEJUTAN PADA MALAM INI???

Tanggal 14 Julai 2009bakal menyaksikan sejarah dan juga senario politik malaysia pada hari ini.Ini kerana keputusan pilihanraya kecil Dun Manek Urai akan memberi penanda aras kepada Pakatan Rakyat ataupun BN. Keputusan ini akan mempamerkan pengaruh antara dua parti khasnya iaitu PAS dan UMNO, dengan segala pergolakan yang berlaku dalam pakatan rakyat sebelum ini kita akan dapat menilai dari undi yang akan diterjemahkan pada hari ini samaada rakyat menyetujui kepimpinan PAS atau rakyat menolak keputusan-keptusan yang dibuat sebelum ini.

Pengukuhan Pakatan Rakyat atau penyatupaduan dengan UMNO menjadi isu yang menarik untuk diperkatakan.Lihat saja kepada pengaruh Mursyidul Am atau Presiden dan Timbalanya samaada rancangan Muzakarah dengan UMNO diterima penyokong parti atau tidak akan di analisis dari keputusan pilihanraya ini. Jika keputusan PRK sebelum ini memihak kepada PR kecuali di dun Batang Ai tetapi penulis melihat perkara itu tidak dapat menjadi ukuran kerana memang di situ ialah kawasan PR.lihat saja majoriti Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu melebihi undi kepada calon BN,tetapi tidak dapat menjadi ukuran kerana semua sedia maklum Permatang pauh adalah kawasan Penasihat Parti keadilan tersebut.

Jadi Dun Manek Urai sangat menarik untuk di pertontonkan kerana UMNO dan PAS mempunyai kekuatan yang seimbang di sana.Satu lagi kita akan dapat menilai kepimpinan PM sempena sambutan 100hari pemerintahanya samaada diterima rakyat atau di tolak oleh rakyat Manek Urai.

Kepada pengundi di Manek Urai undilah parti yang anda rasa mampu memerintah dengan adil dan saksama,janganlah terpengaruh dengan janji janji yang ditabur oleh orang yang zalim dan mengkhianati rakyat Kelantan khasnya.Jangan lupa hak royalti yang di rampas,hak untuk dibantu dan sebagainya..

Monday, July 13, 2009

YB I B R A H I M A L I POK KATOK LOMPAT

TULISAN INI DIPETIK DARI UTUSAN ONLINE 13/7/09

Nik Aziz harus sahut cabaran TPM

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KUALA KRAI 12 Julai - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seharusnya menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyenaraikan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri berbanding Kerajaan Pusat.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi memastikan rakyat terutama penduduk di Manek Urai mendapat fakta sebenar apa yang dilakukan oleh kedua-dua kerajaan itu untuk membantu mereka.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz enggan untuk menerima cabaran berkenaan kerana bimbang 'pekung' mereka yang gagal untuk mentadbir negeri ini dengan baik terdedah.

"Nik Abdul Aziz elak dari menyambut cabaran Timbalan Perdana Menteri sebab pada saya tidak ada asas untuk menidakkan kegagalan beliau untuk memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.

"Sepatutnya Pas dan kerajaan negeri membentangkan prestasi pemerintahan mereka selama 20 tahun di Kelantan berasaskan fakta dan apa yang dilakukan untuk syiar Islam, ekonomi dan prasarana tetapi Pas takut mereka dipersoalkan rakyat," katanya di sini hari ini.

Rabu lalu, Muhyiddin mencabar Nik Abdul Aziz supaya menyenaraikan pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Pas Kelantan untuk pembangunan di negeri ini berbanding Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz menolak cabaran berkenaan tersebut dan akan hanya memberi respons sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab jemputannya untuk berdebat.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Pas hanya bermain dengan slogan Islam untuk mengalihkan pandangan pengundi daripada isu-isu asas bagi menutup kelemahan mereka.

"Tetapi saya lihat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ini tidak ada slogan 'Membangun Bersama Islam' sebab mereka sudah jadi kuda tunggang DAP yang menolak slogan yang ada kaitan dengan Islam.

"Strategi Pas kali ini adalah mengalihkan pandangan pengundi dengan membangkitkan isu tuntutan royalti minyak dan mendakwa mereka tidak mampu membangunkan negeri disebabkan tidak mendapat royalti minyak," katanya.

Menurut beliau, yang paling penting adalah mereka memainkan sentimen rakyat dengan menonjolkan imej Nik Abdul Aziz sebagai ulama terkenal.

"Mereka mengambil kesempatan ini dengan menaikkan dan menampal poster Nik Abdul Aziz sedang berdoa untuk meraih simpati para pengundi.

"Tetapi kita harus ingat selama 20 tahun beliau berdoa majoriti penduduk di Manek Urai masih minum 'air tandak' (air yang tidak dirawat yang ditakung dari anak sungai), soalnya sampai bila rakyat di sini akan minum air tandak," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, BN berpeluang mencapai kemenangan pada pilihan raya kali ini berdasarkan kesedaran rakyat selepas 20 tahun diabaikan.

"Pada pendapat saya sebagai pemerhati bebas, BN memang berpeluang untuk menang cuma saya lihat jentera BN lemah terutama jentera penerangan gagal memainkan isu-isu yang boleh menyentuh rakyat Manek Urai.

"Pas walaupun tidak menunaikan tanggungjawab mereka dapat mengeskploitasikan isu untuk menyentuh jiwa rakyat," katanya.

CUBA BACA PETIKAN DIATAS DAN NILAILA SENDIRI KEREKTER SEORANG YB YANG DIKENALI POK KATOK PASIR MAS.KECEK SERUPO ORE BODO.XDAK ILMU LANGSUNG,AGAMA PUN DIA WAT MAIN,DOA DIO PELEKEH SUBHANALLAH...

KEMENANGAN DI MANEK URAI

PRK DUN MANEK URAI AKAN MENENTUKAN SAMAADA MOOD RAKYAT JELATA MASIH MENOLAK UMNO DAN BARISAN NASIONAL ATAUPUN TIDAK. ISU -ISU YANG DIKETENGAHKAN OLEH PAKATAN RAKYAT SEPERTI ROYALTI MINYAK YANG DINAFIKAN HAK OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN MEMPASTIKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERSUNGKUR MAKAN DEBU. RAKYAT KELANTAN BUKANLAH BODOH UNTUK DITIPU GENG-GENG MUHYIDIN YASSIN DAN DAO. MUSTHAPA MOHAMMED YANG SECARA TERANG-TERANG TIDAK MEMPERJUANGKAN HAK DAN NASIB RAKYAT KELANTAN MALAH INGIN MENUTUP PINTU REZEKI KEPADA ANAK NEGERI. BAYANGKANLAH SYARIKAT MEGA SEPERTI PETRONAS YANG MERAIH KEUNTUNGAN BERBILION RINGGIT SETAHUN DAN MEMBERI ROYALTI KEPADA NEGERI-NEGERI YANG MENGELUARKAN MINYAK TETEPI DILARANG MEMBERI ROYALTI KEPADA NEGERI KELANTAN.BAYANGKANLAH SAUDARA BETAPA ZALIMNYA KERAJAAN PADA HARI INI.DENGAN GAJI DAN BONUS YANG LUMAYAN YANG DIBERIKAN KEPADA PARA PEKERJA PETRONAS TETAPI PADA MASA SAMA MEREKA MENGKHIANATI ANUGERAH ALLAH S.W.T KEPADA NEGERI YANG MENGELUARKAN HASIL TERSEBUT.SUBHANALLAH.....

PEMBAZIRAN YANG DILAKUKAN OLEH PETRONAS SEPERTI JAMUAN -JAMUAN YANG BERLEBIH-LEBIHAN KOS-KOS ARTIS DAN BERMEWAH-MEWAHAN YANG DIAMALKAN SYARIKAT ITU MENUNJUKKAN BETAPA MEREKA MENJOLI DUIT HASIL DARIPADA ANUGERAH ALLAH S.W.T UNTUK DINIKMATI BERSAMA OLEH SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT TETAPI MEREKA LEBIH RELA MENGHABISKAN DUIT ITU KEJALAN YANG TIDAK DI REDHAI.KALAULAH DUIT INI DI MENAFAATKAN BAYANGKAN BETAPA MAKMURNYA HIDUP KITA SEMUA.TAPI KERAJAAN BN MEMANG SANGAT ZALIM.INILAH YANG AKAN MENJATUHKAN MEREKA PADA PILIHANRAYA KECIL DUN MANEK URAI KALI INI.

SEBELUM PENULIS UNDURKAN DIRI PENULIS BERHARAP KITA SEMUA BERDOA KEPADA YANG MAHA ESA AGAR MENUMBANGKAN BARISAN NASIONAL PADA KALI INI.AMIN