Tanggal 14 Julai 2009bakal menyaksikan sejarah dan juga senario politik malaysia pada hari ini.Ini kerana keputusan pilihanraya kecil Dun Manek Urai akan memberi penanda aras kepada Pakatan Rakyat ataupun BN. Keputusan ini akan mempamerkan pengaruh antara dua parti khasnya iaitu PAS dan UMNO, dengan segala pergolakan yang berlaku dalam pakatan rakyat sebelum ini kita akan dapat menilai dari undi yang akan diterjemahkan pada hari ini samaada rakyat menyetujui kepimpinan PAS atau rakyat menolak keputusan-keptusan yang dibuat sebelum ini.
Pengukuhan Pakatan Rakyat atau penyatupaduan dengan UMNO menjadi isu yang menarik untuk diperkatakan.Lihat saja kepada pengaruh Mursyidul Am atau Presiden dan Timbalanya samaada rancangan Muzakarah dengan UMNO diterima penyokong parti atau tidak akan di analisis dari keputusan pilihanraya ini. Jika keputusan PRK sebelum ini memihak kepada PR kecuali di dun Batang Ai tetapi penulis melihat perkara itu tidak dapat menjadi ukuran kerana memang di situ ialah kawasan PR.lihat saja majoriti Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu melebihi undi kepada calon BN,tetapi tidak dapat menjadi ukuran kerana semua sedia maklum Permatang pauh adalah kawasan Penasihat Parti keadilan tersebut.
Jadi Dun Manek Urai sangat menarik untuk di pertontonkan kerana UMNO dan PAS mempunyai kekuatan yang seimbang di sana.Satu lagi kita akan dapat menilai kepimpinan PM sempena sambutan 100hari pemerintahanya samaada diterima rakyat atau di tolak oleh rakyat Manek Urai.
Kepada pengundi di Manek Urai undilah parti yang anda rasa mampu memerintah dengan adil dan saksama,janganlah terpengaruh dengan janji janji yang ditabur oleh orang yang zalim dan mengkhianati rakyat Kelantan khasnya.Jangan lupa hak royalti yang di rampas,hak untuk dibantu dan sebagainya..
Tuesday, July 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment