Artikel ini dipeti dari Detikdaily 16/07/09
Posted on Thursday, July 16 @ 06:00:00 MYT by Paktam
Oleh Jebat Sarawak
Bermula dengan berita kembalinya wakil rakyat DUN Manik Urai Allahyarham YB Hj Ismail Yaacob yang meninggal dunia pada 22 Mei sehinggalah tibanya detik 14 Julai iaitu hari pegundian untuk pemilihan wakil rakyat yang baru, sesungguhnya nama Manik Urai begitu menonjol sekali.
Kalau sebelum ini apalah yang nak ditunjukkan kepada Manik Urai tapi apabila saat PRK ini berlangsung Manik Urai mampu menggegar segenap pelosok tanahair.
Dulu masyarakat tak tahu Manik Urai tapi kini pengetahuan mereka sedikit bertambah malah apa yang paling menguntungkan ialah mereka mampu menjadikan PRK Manik Urai sebagai sebuah memori dalam kehidupan mereka.
Ya bermula dari detik penamaan calon PRK Manik Urai yang telah menemukan Mohd Fauzi Abdullah dari parti PAS dan Tuan Aziz Tuan mat dari parti UMNO mengadu kekuatan untuk memenangi hati rakyat Manik Urai. Kedudukan PAS sebagai penyandang kerusi sementara UMNO cuba merebut kembali kerusi yang telah mereka menang pada 2004 yang lalu. Yang menariknya pertembungan PAS dan UMNO adalah kerana kedua-dua parti ini berpaksikan bangsa Melayu sebagai pengikut utamanya.
Justeru itu menang atau kalau prinsip MELAYU itu tetap akan hidup. Jumlah pengundi Melayu yang mewakili lebih 99% pengundi di Manik Urai bolehlah kita simpulkan bahawa Manik Urai adalah kawasan melayu. Jiwa dan minda pengundi Manik Urai adalah mewakili jiwa dan minda masyarakat melayu. Mahu tidak mahu seluruh masyarakat melayu harus terima hakikat bahawa Manik Urai adalah simbol kepada pemikiran bangsa melayu itu sendiri.
Dan akhirnya setel;ah tempoh mengundi dijalankan seawal 8.00 pagi sehingga 5.00 petang berjalan dengan begitu rancak dan sengit sekali akhirnya jawapannya ditemui juga sekitar jam 9.00 malam 14 Julai apabila diumumkan bahawa calon PAS Mohd Fauzi memenangi kerusi Manik Urai dengan majoriti tipis 65 undi. Akhirnya PAS berjaya mengekalkan kerusi Manik Urai tersebut dan UMNO sekali lagi tewas dalam perjuangan mereka di Manik Urai.
Apabila terpapar segala catatan pada pola pengundian di Manik Urai tersebut maka segenap pemikir dan pembicara politik menjadi semakin rancak untuk mengungkai atau menguraikan segala data yang terserlah. Di Pihak PAS kemerosotan undi mereka harus dijadikan panduan manakala peningkatan dan kekurangan majoriti PAS pula dijadikan satu kemenangan moral kepada UMNO.
Sesungguhnya Kelantan adalah sinonim dengan masyarakat Melayu. Apa yang ada di Kelantan boleh ditafsirkan sebagai warisan Melayu. Justeru itulah apabila PAS berjaya memerintah Kelantan maka pemerintahan itu wajar kerana masyarakat atau bangsa Melayu itu sinonim dengan Islam yang menjadi teras perjuangan PAS. Namun apa kurangnya UMNO. Sesungguhnya UMNO juga pernah memerintah Kelantan.
Dan UMNO juga sinonim dengan masyarakat atau bangsa Melayu itu. Kerana parti itu adalah dilahirkan atas nama bangsa Melayu. Namun dari satu sudut antara PAS dan UMNO terlalu jauh perbezaannya. Prinsip perjuangan PAS dan UMNO begitu jauh berbeza. Permikiran pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO terlalu jelas perbezaannya. Perjuangan pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO terlalu jauh objektifnya. Perwatakan pemimpin PAS dan UMNO tampak beda penampilannya. Walaupun sama sebangsa dan seagama namun hakikatnya tidak serupa antara PAS dan UMNO.
Kelantan telah diperintah kerajaan PAS lebih kurang 20 tahun. Penerapan dan penghayatan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan dan pentadbran PAS telah sedikit sebanyak menyakinkan bahawa bangsa Melayu itu masih mampu bertahan dengan Islamnya. Manakala Manik Urai silih berganti wakil mereka daripada PAS kepada UMNO dan UMNO kepada PAS.
Melihat kepada corak kempen antara PAS dan UMNO pada PRK Manik Urai dan melihat data pengundian yang telah diterjemahkan oleh pengundi Manik Urai dalam PRK kali ini jelas kepada umum bahawa bangsa Melayu itu tidak teguh pendiriannya. Bangsa Melayu itu goyah pegangannya. Dan bangsa Melayu itu boleh diperkotak-katikkan. Apa tidaknya ?
Berdasarkan perlaksanaan segala gerak kempen UMNO di Manik Urai jelas melambangkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO yang terdiri daripada bangsa Melayu itu sendiri sanggup mengHALAL kan segala rasuah dan penyalahgunaan kuasa untuk merebut kuasa sekaligus membeli hati pengundi Manik Urai.
Gejala pembelian undi melalui wang sogokan sehingga kepada projek rasuah perkara ini bukan sembunyi-sembunyi lagi. Pihak UMNO secara terang-terangan menggunakan taktik kotor demi mencapai objektif kemenangan mereka.
Renungkanlah lagak tingkahlaku bakti serta tutur kata pemimpin-pemimpin penuh tipu muslihat. Lihatlah penetapan hari pengundian pada hari bekerja. Apakah masa dan waktu bekerja ini sesuai untuk masa pengundian sedangkan di Kelantan hari cutinya sendiri. Mengapa tidak dilakukan pada hari cuti agar hak pengundi itu lebih terjamin dalam mendukung aspirasi SPR itu sendiri. Begitu juga dengan segala projek mee segera atau janji projek pembangunan yang merupakan senjata ampuh kepada UMNO / BN dalam setiapkali pilihanraya. Apakah masyarakat Melayu tidak sedar akan keburukan ini atau sengaja tidak mahu sedar ?
Yang perlu diakui ialah betapa jiwa manusia itu mudah terpengaruh dengan kenikmatan dosa. Segala unsur politik wang dan projek rasuah yang ditanam dan diHALALkan oleh UMNO mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat Melayu. Justeru itu sekiranya generasi Melayu akan datang dipenuhi dengan segala keburukan dan kerosakan maka janganlah generasi Melayu hari ini marahkan sesiapa. Ini kerana kita Melayu hari ini sendiri mengHALALkan segala benih kerosakan itu hidup dalam darah kita.
Percayalah bahawa majoriti tipis ini bukanlah kehilangan sokongan tetapi bangsa Melayu sanggup mengadai maruah demi kenikmatan dunia. Perjuangan murni kerajaan Kelantan untuk mendapat bayaran royalti minyak yang jelas untuk kebaikan rakyat Kelantan tidak mampu melawan JANJI RASUAH projek Jambatan Manik Urai serta wang sogokan kepada pengundi calon umNO. Inilah mentaliti rakyat MELAYU.
Ternyata masyarakat melayu masih senang dibeli dengan kesenangan diri. Hanya kerana dimomokkan dengan janji pembangunan kosong, minda dan persepsi Melayu mudah terpesong. Dan kerana itulah bangsa Melayu itu semakin melukut di tepi gantang. Malah ada di kalangan bangsa Melayu yang sanggup menyusukan kera di hutan anak sendiri mati kehausan.
Maka tidak heran apa yang terjadi kepada masyarakat Melayu hari ini adalah kerana sememangnya BANGSA MELAYU ITU SANGGUP MENGGADAIKAN MARUAH DIRI. Dah tahu UMNO tu PENIPU dan sanggup mengadaikan maruah bangsa tapi masih SANGGUP lagi memangkah parti PENIPU ini. Inilah BANGSA MELAYU!
Mengapakah bangsaku terlalu MUDAH DIBELI. Mungkin beginilah caranya bangsa PENJAJAH menguasai tanah bertuah ini suatu waktu dahulu. Bukan kerana bangsa mereka kuat tapi BANGSA MELAYU itu mudah dibeli dengan kesenangan diri. Patutlah bangsa Melayu dan masyarakat Melayu itu dikaitkan dengan menang sorak kampung tergadai.
APAKAH INI RUPA BANGSAKU YANG BERGELAR MELAYU. DAN MELAYU ITU ISLAM ?
Thursday, July 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment