mizam product

mizam product

Monday, July 13, 2009

YB I B R A H I M A L I POK KATOK LOMPAT

TULISAN INI DIPETIK DARI UTUSAN ONLINE 13/7/09

Nik Aziz harus sahut cabaran TPM

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KUALA KRAI 12 Julai - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seharusnya menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyenaraikan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri berbanding Kerajaan Pusat.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi memastikan rakyat terutama penduduk di Manek Urai mendapat fakta sebenar apa yang dilakukan oleh kedua-dua kerajaan itu untuk membantu mereka.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz enggan untuk menerima cabaran berkenaan kerana bimbang 'pekung' mereka yang gagal untuk mentadbir negeri ini dengan baik terdedah.

"Nik Abdul Aziz elak dari menyambut cabaran Timbalan Perdana Menteri sebab pada saya tidak ada asas untuk menidakkan kegagalan beliau untuk memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.

"Sepatutnya Pas dan kerajaan negeri membentangkan prestasi pemerintahan mereka selama 20 tahun di Kelantan berasaskan fakta dan apa yang dilakukan untuk syiar Islam, ekonomi dan prasarana tetapi Pas takut mereka dipersoalkan rakyat," katanya di sini hari ini.

Rabu lalu, Muhyiddin mencabar Nik Abdul Aziz supaya menyenaraikan pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Pas Kelantan untuk pembangunan di negeri ini berbanding Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz menolak cabaran berkenaan tersebut dan akan hanya memberi respons sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab jemputannya untuk berdebat.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Pas hanya bermain dengan slogan Islam untuk mengalihkan pandangan pengundi daripada isu-isu asas bagi menutup kelemahan mereka.

"Tetapi saya lihat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ini tidak ada slogan 'Membangun Bersama Islam' sebab mereka sudah jadi kuda tunggang DAP yang menolak slogan yang ada kaitan dengan Islam.

"Strategi Pas kali ini adalah mengalihkan pandangan pengundi dengan membangkitkan isu tuntutan royalti minyak dan mendakwa mereka tidak mampu membangunkan negeri disebabkan tidak mendapat royalti minyak," katanya.

Menurut beliau, yang paling penting adalah mereka memainkan sentimen rakyat dengan menonjolkan imej Nik Abdul Aziz sebagai ulama terkenal.

"Mereka mengambil kesempatan ini dengan menaikkan dan menampal poster Nik Abdul Aziz sedang berdoa untuk meraih simpati para pengundi.

"Tetapi kita harus ingat selama 20 tahun beliau berdoa majoriti penduduk di Manek Urai masih minum 'air tandak' (air yang tidak dirawat yang ditakung dari anak sungai), soalnya sampai bila rakyat di sini akan minum air tandak," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, BN berpeluang mencapai kemenangan pada pilihan raya kali ini berdasarkan kesedaran rakyat selepas 20 tahun diabaikan.

"Pada pendapat saya sebagai pemerhati bebas, BN memang berpeluang untuk menang cuma saya lihat jentera BN lemah terutama jentera penerangan gagal memainkan isu-isu yang boleh menyentuh rakyat Manek Urai.

"Pas walaupun tidak menunaikan tanggungjawab mereka dapat mengeskploitasikan isu untuk menyentuh jiwa rakyat," katanya.

CUBA BACA PETIKAN DIATAS DAN NILAILA SENDIRI KEREKTER SEORANG YB YANG DIKENALI POK KATOK PASIR MAS.KECEK SERUPO ORE BODO.XDAK ILMU LANGSUNG,AGAMA PUN DIA WAT MAIN,DOA DIO PELEKEH SUBHANALLAH...

No comments: