mizam product

mizam product

Friday, February 25, 2011

PAS kecam pengkritik Tengku Zafrul

sumber : Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 25 Feb: PAS mengecam sikap para pemimpin Umno dan akhbar mereka yang meminta dua tokoh korporat yang mengecam perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda agar meletakkan jawatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, para pemimpin Umno perlu hormati pandangan berbeza dari mereka yang bertanggungjawab dalam pembangunan negara.

Ini kerana, beliau yakin kenyataan-kenyataan mereka ini berdasarkan kepada kajian yang berpaksi kepada fakta yang sebenar.

Mustafa mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia, yang berturut-turut hari melaporkan kenyataan agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Invensment Bank Berhad, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) ekoran kritikannya terhadap perlantikan Isa.

Bagi Tengku Zafrul, perlantikan Isa yang mempunyai rekod rasuah dan disahkan oleh Umno sendiri telah memberikan kesan tidak baik kepada dunia perniagaan di Malaysia.

Kenyataan Tengku Zafrul juga dikongsi oleh Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd. Yusof.

Hari ini, Utusan menyiarkan kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee yang mengecam kenyataan Tengku Zafrul yang disifatkan Ketua Umno itu sebagai memperlekeh perlantikan Isa oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi Felda.

Semalam akhbar Umno ini juga melaporkan kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzil yang mendesak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar agar bertindak ke atas Tengku Zafrul.

Selain menyiarkan berita, akhbar ini juga menyiarkan surat pembaca yang mengkritik Tengku Zafrul untuk menekan tokoh korporat itu.

"Pandangan ini adalah contoh yang terbaik daripada orang yang tahu tentang hal ehwal ini. Pandangan yang meminta orang berbeza pandangan dengan kerajaan letak jawatan adalah satu pandangan yang tidak matang dan lojik yang gambarkan sikap pemimpi parti yang memerintah yang tidak boleh ditegur walaupun silap," kata Mustafa mengulas laporan itu.

Menurut Mustafa, bukan mereka berdua sahaja yang tidak bersetuju dengan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, bahkan ia dikongsi oleh pelbagai pihak.

"Pandangan ini bukan dia seorang sahaja bahkan ramai di kalangan tokoh korperat dan juga pemimpin politik kerana track rekod Isa yang dipertikaikan dari sudut intergritinya.."

"Siapa yang tak tahu ...dalam Umno dia dipecat dari jawatan Naib Presiden kerana melakukan politik wang atau rasuah politik dalam parti itu sendiri...dia sepatutnya di siasat oleh SPRM tetapi terlepas begitu sahaja."

"Tokoh yang terbukti integritinya terjejas, macamana hendak memimpin sebuah konglomerat besar macam Felda," kata Mustafa.

Menurut Mustafa, kalau Tengku Zafrul berkata ia beri salah persepsi kepada dunia korperat dan antarabangsa, ia mempunyai asas yang kukuh dalam busines dan dunia perniagaan, "apa yang nak marah kat dia," kata Mustafa.

Tuesday, February 22, 2011

MANUSIA JAGA HARTA

Milik negarakan lebuh raya bebankan negara - Dr. Mahathir
22/02/2011 3:05pm

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Gagasan menjadikan lebuh raya milik negara bukan sahaja merupakan keputusan perniagaan yang tidak bijak malah akan menjadi beban kewangan kepada kerajaan, yang boleh mengakibatkan negara menjadi lebih miskin dan kurang maju.
Bukan sahaja kos mengambil alih lebuh raya dibiayai melalui wang rakyat malah perbelanjaan untuk menyenggara lebuh raya ini akan juga dibiayai melalui dana disatukan, kata bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Oleh kerana tiada tol akan dikenakan, kerajaan tidak akan mendapat wang daripadanya dan juga tiada cukai dipungut daripada syarikat swasta yang mengendalikan operasi jalan raya kerana mereka tidak akan ada sumber pendapatan.
"Saya rasa kualiti lebuh raya juga akan merosot (lama kelamaan),” kata Mahathir, merujuk kepada saranan agar tol dihapuskan dan kerajaan mengambil alih operasi lebuh raya di Malaysia.
Dengan memiliknegarakan lebuh raya, kerajaan juga perlu membayar upah kepada pekerja untuk menyenggara jalan raya.
"Kerajaan tidak akan meraih apa-apa daripada langkah menjadikan prasarana ini milik negara, malah dana disatukannya akan terus menguncup,” tegas Mahathir. - Bernama

TENGOK DAN PERHATIKAN BETUL-BETUL KENYATAAN MALAON INI YANG CUBA MELINDUNGI KRONI – KRONI YANG DI BELA SEJAK ZAMAN PEMERINTAHAN BELIAU. SIAPA PEMILIK LEBUHRAYA-LEBUHRAYA DI MALAYSIA INI??? CUBA PIKIR DAN SIASAT,JANGAN MALAS BERPIKIR. MEMBERI KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT DIANGGAP BEBAN KEPADA NEGARA, WOI SAPA YANG BAYAR CUKAI BAGI NEGARA NI BERNAFAS? BUKAN RAKYAT KE ? WANG RAKYAT DI GUNA UNTUK RAKYAT ITULAH NEGARA BERKEBAJIKAN. KAMU NI DAH NAK MAMPOS TAPI MASIH MENYUSAHKAN NEGARA,MEMANG DASAR MANUSIA YANG TAKDA NILAI. CUBA LA KAMU BELAJAR DARI LEE KUAN YEW , HIDUPNYA MENDATANGKAN MANFAAT KEPADA RAKYAT SINGAPURA.

JANGAN BODOHKAN KAMI

Kenyataan Tengku Zafrul adalah peribadi
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kritikan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) terhadap Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad baru-baru ini merupakan pandangan peribadi.
Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kehadiran Tengku Zafrul ke forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut.
"Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda pada hari pertama (isu tersebut timbul), " katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini hari ini.
Pada forum tersebut, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.
Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan, imej bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu politik wang.
Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak mendesak Tengku Zafrul supaya meletak jawatan kerana dilihat seolah-olah mempertikaikan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak..
Jelas Abdul Wahid, surat permohonan maaf itu telah ditulis selepas forum tersebut bagi menjernihkan suasana.
Sementara itu, sumber mengesahkan Mohd. Isa sudahpun menerima surat permohonan maaf berkenaan.

TENGOKLAH DUNIA , KENAPA LA MALAON INI MENAFIKAN KEBIJAKSANAAN DAN PENDAPAT ORANG LAIN, TAK CUKUP-CUKUP LAGI KE APA YANG KAMU DAPAT SELAMA INI SAMPAI INGIN MEMBODEK SEBEGINI RUPA??? TENGKU ZAFRUL MEMBERI PENDAPAT DENGAN IKHLAS SESUAI DENGAN KELAYAKAN BELIAU DAN TAHAP KEPROFESIONALAN BELIAU KENAPA PEGI BANTAI DIA SAMPAI KENA MINTA MAAF DENGAN ISA SAMAD ? WOI SELURUH MALAYSIA PENING KENAPA PM LANTIK ISA SAMAD JADI PENGERUSI FELDA, BUKAN MEREKA BERDUA SAHAJA YANG PENING SELURUH MALAYSIA PENING, MACAMLA DAH TAKDA MALAON LAIN YANG LAYAK MENJAWAT JAWATAN ITU. SEPATUTNYA PM MEMINTA MAAF KEPADA SELURUH MALAYSIA DENGAN KEPUTUSAN YANG SANGAT BERCELARU TERSEBUT. KESAN KESILAPAN KEPUTUSAN TERSEBUT DIRASAI OLEH PEMAIN DALAM EKONOMI DAN RAKYAT AMNYA.

PATUTLA RAMAI GOLONGAN PROFESIONAL TIDAK MAHU BERKHIDMAT DI MALAYSIA INI ADALAH PENYAKIT YANG MEMBUATKAN PARA GOLONGAN TERSEBUT MUAK UNTUK BERKHIDMAT DI NEGARA SENDIRI. USAHA KERAJAAN MENUBUHKAN TALENT CORP. DAN SBAGAINYA HANYALAH SIA SIA JIKA KERAJAAN TIDAK IKHLAS INGIN MENERIMA PENDAPAT ORANG LAIN, KAMI RAKYAT YANG BERTANGGUNGJAWAB ADALAH BUKAN RAKYAT YANG SUKA MEMBODEK SAMPAI NEGARA KENA LELONG PUN MASIH NAK MENJILAT PUNGGUNG PEMIMPIN.

PATUTLAH MAHASISWA SEKARANG TIDAK BERMUTU RUPANYA RAMAI GOLONGAN YANG MEMBONSAIKAN OTAK MAHASISWA DENGAN MEMBERI AJARAN YANG SALAH DAN TIDAK MEMBERI AJARAN YANG BETUL KERANA INGIN MEMBODEK PEMIMPIN. INILAH PROFESOR-PROFESOR KANG KUNG YANG MENJAHANAMKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI NEGARA KITA.GOLONGAN INI SEPATUTNYA DI HARAMKAN DARI MENJADI TENAGA PENGAJAR DI UNIVERSITI JIKA KITA INGIN MELAHIRKAN GRADUAN YANG BERKUALITI.

HENTIKAN TIPU RAKYAT.

Tuesday, February 8, 2011

NI BARU HOBI ADA KELAS...(PIKIR-PIKIRLA SENDIRI PARA PEMBACA)

Yang di-Pertuan Agong gembira dapat terbang dengan Sukhoi

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my

SERI PADUKA menunjukkan tanda bagus sebelum berlepas.

BUTTERWORTH - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin melakar sejarah menjadi raja pertama di dunia terbang dengan pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini semalam.

Seri Paduka dibawa terbang oleh Pegawai Pemerintah 11 Skuadron Sukhoi, Kolonel Mohd. Asghar Khan Goriman Khan selama 50 minit.

Ia adalah acara kemuncak sempena lawatan Tuanku Mizan ke Pangkalan Udara TUDM di sini.

Sebelum berlepas tepat pukul 10.40 pagi, Seri Paduka berkenan mendengar taklimat daripada Pegawai Laskar 11 Skuadron Sukhoi, Leftenan Kolonel Abdul Halim Osman selama kira-kira 15 minit.

Terbang dengan kelajuan supersonik, Seri Paduka dibawa terbang melalui ruang udara Butterworth sehingga ke Pulau Langkawi, Kedah pada ketinggian 4.57 kilometer dari muka bumi.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, sejurus selamat mendarat, Tuanku Mizan bertitah yang baginda berasa gembira dan teruja dapat merasai pengalaman tersebut.

HARGA BARANG BAKAL MENINGKAT, TENGOK SAJA BERITA SEHARI DUA NI DUK CERITA ORANG KAMPONG GAJI MAHAL TAPI NEK MOTOR CABUK..

Penoreh raih RM8,000 sebulan

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

WAN ALIAS menoreh getah yang kini memberi pendapatan lumayan kepadanya di Felda Belara, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU - Dengan hanya bekerja tiga hari seminggu, seorang penoreh getah di negara ini mampu meraih pendapatan di antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.

Malah, kebanyakan penoreh getah yang ditemui mengakui pendapatan mereka sejak kebelakangan ini jauh lebih besar berbanding gaji sesetengah kakitangan kerajaan.

Seorang penoreh, Wan Alias Wan Muda, 37, dari Felda Belara dekat sini berkata, cuaca yang baik sejak sebulan lalu memberi peluang kepada penoreh getah sepertinya untuk meraih pendapatan tiga kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.

Menurutnya, dengan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram, dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3,500 sebulan.

"Kalau orang nak tanya berapa pendapatan saya sebulan, saya hanya boleh jawab pendapatan saya lebih besar daripada guru," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

KAH KAH KAH GAJI LEBIH BESAR DARI GURU...DA BERAPA LAMA GAJI MAHAL??WOI XPAYAH BISING LA DUIT BANYAK..NANTI RUMAH KENA ROMPAK KAH KAH KAH..TU LAGI SATU BANGANG CERITA GAJI MAHAL KEMAIN DA BERAPA HINGGIT BAYAR ZAKAT ? INCOME TAX CAMANA ? PELIK BETUL LA KALO NAMA ORANG MELAYU NI, SENANG JE NK DI KELENTONG.. NI SEMUA PERANCANGAN TERANCANG TAU X ??