mizam product

mizam product

Tuesday, February 22, 2011

MANUSIA JAGA HARTA

Milik negarakan lebuh raya bebankan negara - Dr. Mahathir
22/02/2011 3:05pm

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Gagasan menjadikan lebuh raya milik negara bukan sahaja merupakan keputusan perniagaan yang tidak bijak malah akan menjadi beban kewangan kepada kerajaan, yang boleh mengakibatkan negara menjadi lebih miskin dan kurang maju.
Bukan sahaja kos mengambil alih lebuh raya dibiayai melalui wang rakyat malah perbelanjaan untuk menyenggara lebuh raya ini akan juga dibiayai melalui dana disatukan, kata bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Oleh kerana tiada tol akan dikenakan, kerajaan tidak akan mendapat wang daripadanya dan juga tiada cukai dipungut daripada syarikat swasta yang mengendalikan operasi jalan raya kerana mereka tidak akan ada sumber pendapatan.
"Saya rasa kualiti lebuh raya juga akan merosot (lama kelamaan),” kata Mahathir, merujuk kepada saranan agar tol dihapuskan dan kerajaan mengambil alih operasi lebuh raya di Malaysia.
Dengan memiliknegarakan lebuh raya, kerajaan juga perlu membayar upah kepada pekerja untuk menyenggara jalan raya.
"Kerajaan tidak akan meraih apa-apa daripada langkah menjadikan prasarana ini milik negara, malah dana disatukannya akan terus menguncup,” tegas Mahathir. - Bernama


TENGOK DAN PERHATIKAN BETUL-BETUL KENYATAAN MALAON INI YANG CUBA MELINDUNGI KRONI – KRONI YANG DI BELA SEJAK ZAMAN PEMERINTAHAN BELIAU. SIAPA PEMILIK LEBUHRAYA-LEBUHRAYA DI MALAYSIA INI??? CUBA PIKIR DAN SIASAT,JANGAN MALAS BERPIKIR. MEMBERI KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT DIANGGAP BEBAN KEPADA NEGARA, WOI SAPA YANG BAYAR CUKAI BAGI NEGARA NI BERNAFAS? BUKAN RAKYAT KE ? WANG RAKYAT DI GUNA UNTUK RAKYAT ITULAH NEGARA BERKEBAJIKAN. KAMU NI DAH NAK MAMPOS TAPI MASIH MENYUSAHKAN NEGARA,MEMANG DASAR MANUSIA YANG TAKDA NILAI. CUBA LA KAMU BELAJAR DARI LEE KUAN YEW , HIDUPNYA MENDATANGKAN MANFAAT KEPADA RAKYAT SINGAPURA.

No comments: