mizam product

mizam product

Sunday, April 25, 2010

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL P94 HULU SELANGOR PKR MENANG MAJORITI 2000 UNDI..

KEPUTUSAN TIDAK RASMI PKR MEMENANGI PRK HULU SELANGOR DENGAN MAJORITI 2000 UNDI LEBIH MENEWASKAN GEROMBOLAN BN..8.20 PM

Monday, April 12, 2010

Tuesday, April 6, 2010

Tahniah or Takziah kepada warga Pos Malaysia..???

Posmen, kerani pos dapat gaji baru
06/04/2010 3:11pm

KUALA LUMPUR 6 April-Penyusunan semula tangga gaji dan elaun hampir 2,000 posmen dan kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain akan berkuatkuasa Julai ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, penyusunan semula yang sudah mendapat persetujuan kerajaan itu akan diumumkan Pos Malaysia Bhd selepas urusan pentadbiran dan penstrukturan semula selesai.

"Seperti yang diketahui umum gaji pokok posmen sekarang ialah RM610 sebagai permulaan dan RM710 untuk kerani pos, itu boleh dikatakan sebagai di bawah paras kemiskinan.

"Dengan dasar untuk menyemak semula gaji ini dan beberapa elaun pokok maka dapatlah dianggap bahawa para posmen serta kerani pos kita nanti sejajar pendapatan mereka dengan mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementerian itu di Istana Budaya di sini, hari ini.

Rais berkata, penstrukturan itu akan disokong dengan kenaikan harga setem serta kos penghantaran surat dan bungkusan ke luar negara dan di dalam negara, berkuatkuasa Julai ini. - Bernama

Penulis gembira dan juga mempunyai syak terhadap pengumuman ini kerana bimbang ada babi di sebalik bukit,kerana pengumuman ini nampaknya tergesa-gesa dab tidak mendapat sambuatn yang sepatutnya dari para pekerja pos,mungkin kerana ada benda lain yang lebih membimbangkan dari keputusan uang menggembirakan ini.Cuba pikir-pikirkanya.sebab selalunya keputusan kerajaan yang tergesa-gesa begini mesti mempunyai sebab-sebab tertentu.

Soalannya ialah kenapa di umumkan kenaikan ini selepas pihak kerajaan ingin melepaskan pegangan dalam Pos Malaysia Bhd.Adakah ia sebagai gula-gula untuk menutup mulut para pekerja Pos yang tidak bersetuju terhadap pelepasan pegangan tersebut??

Atau adakah ini jasa si katak bekas posmen dari perak yang melompat parti?Kalau betul tahniah.Buatla lagi pasni untuk kebaikan pekerja Pos.Tapi ku taknampak la ini jasa ko haha..

Masyaallah shahrizat..


Di petik dari mstar online dan Malaysiakini 6 jun 2010

Selasa April 6, 2010
Nilai Warga Emas Di Pulau Pinang Kurang Daripada RM10 Sebulan, Kata Shahrizat

SEREMBAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.

Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.

"Saya rasa malu bila terbaca (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim) Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu.

"Saya nak tawarkan ucapan takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada kerajaan pakat pembangkang hanya kurang daripada RM10 sebulan. Itulah dia nilai warga emas di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas mendengar taklimat program pembasmian kemiskinan dan kebajikan Negeri Sembilan di Bilik Gerakan, Wisma Negeri di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Razak Mansor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan.

Menyifatkan pemberian tersebut bukan saja tidak membantu membasmi kemiskinan, jumlah RM100 itu juga katanya tidak dapat menampung keperluan warga emas yang terlibat.

"Tapi bila saya datang ke Negeri Sembilan di bawah kerajaan BN (Barisan Nasional) yang dipimpin Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan, saya dapati program pembasmian kemiskinan dan kebajikan lain di negeri ini berjalan begitu baik sekali.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana mengikut rekod kami pencapaian Negeri Sembilan dalam program untuk pembasmian kemiskinan begitu baik sekali berbanding kerajaan Pulau Pinang di bawah kerajaan pakatan pembangkang," katanya.

Beliau berkata sehingga 25 Mac lepas, hanya terdapat 95 keluarga dikategorikan miskin tegar di Negeri Sembilan dan 646 di dalam kategori miskin iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM440 sebulan.

"Ini menunjukkan program jaringan keselamatan sosial Negeri Sembilan begitu berkesan sekali dalam membasmi kemiskinan di negeri itu. Kita berharap akan mencapai sasaran NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) kita untuk pembasmian kemiskinan tegar dan miskin di Negeri Sembilan pada hujung tahun ini," katanya. - BERNAMA

RM100: Shahrizat tawar takziah pada warga emas
Apr 6, 10 3:12pm

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, hari ini menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.

"Saya rasa malu bila terbaca (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim) Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu.

"Saya nak tawarkan ucapan takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat hanya kurang daripada RM10 sebulan. Itulah dia nilai warga emas di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.

B
eliau ditemui selepas mendengar taklimat program pembasmian kemiskinan dan kebajikan Negeri Sembilan di Bilik Gerakan, Wisma Negeri di Seremban yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.

Menyifatkan pemberian itu bukan saja tidak membantu membasmi kemiskinan, jumlah RM100 itu juga katanya tidak dapat menampung keperluan warga emas terbabit.

"Tapi bila saya datang ke Negeri Sembilan di bawah kerajaan BN (Barisan Nasional) yang dipimpin Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan, saya dapati program pembasmian kemiskinan dan kebajikan lain di negeri ini berjalan begitu baik sekali.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana mengikut rekod kami pencapaian Negeri Sembilan dalam program untuk pembasmian kemiskinan begitu baik sekali berbanding kerajaan Pulau Pinang di bawah kerajaan pakatan pembangkang," katanya.

Beliau berkata, sehingga 25 Mac lalu hanya terdapat 95 keluarga dikategorikan miskin tegar di Negeri Sembilan dan 646 di dalam kategori miskin iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM440 sebulan.

"Ini menunjukkan program jaringan keselamatan sosial Negeri Sembilan begitu berkesan sekali dalam membasmi kemiskinan di negeri itu. Kita berharap akan mencapai sasaran NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) kita untuk pembasmian kemiskinan tegar dan miskin di Negeri Sembilan pada hujung tahun ini," katanya.

- Bernama

Masyaallah shahrizat patut la ko kalah,ko xsyukur langsung ada org tolong org tua,bodo la ko ni ko pandang duit tu macam tuhan ko tau x??Pemberian yang ikhlas walaupun seringgit lebih besar nilainya dari yang umno bg Rm400 tapi menuntut undi kepada BN.RM100 tu dah lepas untuk bekalan gula setahun yang kerajaaan baru naikkan.
Meh nak ajar cikit..aku penah buat survey setiap keluarga purata maximum untuk penggunaan gula untuk sekeluarga sebulan just 4 kg je.jad cuba kira ye.

4kg x 12bulan = 48kg
1kg = RM 1.65/kg
48kg x RM 1.65 = Rm 79.20
Rm 100 - RM RM 79.20 = RM 20.80
Ada lebihan RM20.80 buat upah cucu tlg pegi beli gula.

Ko tak nampak betapa besar manfaat RM 100 tu,cukup untuk bekalan gula setahun,ko memangla 100 mana pandang siap takziah lagi,sedih aku dengar ko tau tak??Ko gaji belas ribu sebulan tak termasuk duit kiri kanan lagi bolehla ko sembang...ko bila la nak sedar dah nak mampos dah..lawan nurul izah pun kalah ko tak sedar lagi ke rakyat da tolak ko.Adoi bodoh punya menteri,ko ni menteri zaman pak lah expired ko tau tak..sama la mcm pak lah idea makan ubi kayu kalo beras mahal.geng ko la tu.Benci aku tau.