mizam product

mizam product

Friday, December 24, 2010

KAN AKU DAH KATA SEJAK ADA MAKMAL NI HABIS HARTA RAKYAT DEPA NAK BEDAL.

Khir Toyo 'sindir' menteri jaga makmal, jaga letrik


Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo menimbulkan persoalan adakah penjelasan kerajaan, terutama berhubung kenaikan kos sara hidup berjaya menyakinkan rakyat.

"Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada Barisan Nasional?

Sungguhpun kita boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi," katanya.

Menulis di blognya semalam, Dr Mohd Khir juga berkata, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan.

"Saya percaya jentera kerajaan terutamanya menteri 'jaga makmal' boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan (cukai) GST.

"Saya juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa menteri 'jaga letrik' mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai.

"Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat," katanya dengan nada menyindir.

Beliau menimbulkan perkara itu selepas menyuaraka kebimbangannya terhadap janji terbaru Pakatan melalui "Buku Jingga" yang dikeluarkan semasa konvensyennya sebelum ini.

Katanya, walaupun sebahagian janji tersebut tidak realistik, namun boleh mempengaruhi undi rakyat, terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM 500.

"BN hanya ada satu pilihan, memuaskan hati golongan majoriti yang berpendapatan rendah dan sederhana yang menjadi isu 'bread and butter' sebagai tanda aras kepuasan mereka.

"Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh saman ekor," katanya.

Thursday, December 2, 2010

Aku sokong!!!!

'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan'


Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong".

NONE "Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad).

"(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Abdul Aziz (kanan).

Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas perkara yang sama, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dilaporkan bersedia menerima pelantikan Lim itu.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada perdana menteri untuk mewujudkannya.

anwar and lim kit siang with hadi awang "Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Abdul Aziz.

"Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru.

"Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri."

Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-Raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Aziz mendakwa kenyataannya semalam dimanipulasikan oleh media milik Umno.

“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini," katanya dalam satu kenyataan.

Wednesday, December 1, 2010

Sebarkan ni cara bagaimana kita kena tipu.

PENSWASTAAN AIR : MENGFARAIDKAN HARTA ORANG RAMAI

Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Mahathir Muhamad bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh PWD - Public Works Department atau Jabatan Kerja Raya – JKR.

PWD/JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Pun Seri yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.

Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis dimana semua hak milik rakyat yang dibawah jagaan kerajaan di jualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata dimana harta rakyat disonglap oleh para kroni.

Caranya bagini:

Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar dimana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli sham.

Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup senang – tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Keewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini

Kementerian keewangan mengeluarkan pink form. Tertera di pink form inilah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa pink form ini ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di pink form. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapongkan.

Sebelum ini Menteri Keewangan akan meletakan harga terhadap saham air disyarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan pink form akan dapat menjualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapongkan – kerana dinilai murah - maka apabila diapongkan ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Maka tuan empunya pink form dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan dimana kaum kerabat , kroni dan elit kawan kawan United Malays National Organisation dapat membuat – bukan mee segera tapi duit segera.

Justeru – para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Kerana mereka semua ini mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.

Tetapi bukankah amat jelas dasar penswastaan – memfaraidkan harta orang ramai - ini adalah kerja merompak disiang hari?

Betul. Ini satu rompakan resmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh United Malays National Organisation. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tetiba dimiliki oleh syarikat Syabas.

Kesah rompakan ini diteruskan lagi :

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, United Malays National Organisation telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Untited Malays National Organisation telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

Kenapa kah ini berlaku? Tidak kah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

Rompakan ini cukup licik – orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaon yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang di swastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara – lihat bagaimana Khir Toyo menggunakan si pemandu pribadinya untuk menerima geran tanah seluas 200 ekar. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh !

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Ini lah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.

Hanya apabila kerjaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia.

Rahsia Syabas sudah kantoi !

Hari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal dimana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk menjadi hak milik orang ramai sekali lagi.

Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?

Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor di swastakan amat jelas ianya telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmah. Bukti ini muncul dari laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa : bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah 5.1 juta ringgit setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau 5 juta ringgit ini duit lima sen sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Perlu juga diberitahu dari laporan audit ini , syarikat Syabas ini telah memberikan 72% kontrek bernilai 600 juta ringgit kepada syarikat kroni melalui rundingan sap sap sui. Juga dari laporan yang sama telah diketahui bagaiman 325 juta ringgit ‘tenggelam lesap’ entah kemana.

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur kuat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta. Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa. Bukan hanya Tan Sri Ghazali sahaja yang dapat minum champagne Dom Perignon – malah seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.

Apa yang sedang dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir Muhamad dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik – adalah diantara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.

Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.

Justru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad yang akan datang ini warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang Dipertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.

Anak semua bangsa mari kita bersetikawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api leterik dan hopital yang perlu kita sama-sama perjuangkan.( TT )

nota:
tulisan ini telah difaraidkan
untuk kebaikkan orang ramai

NOTA:
tukar tiub akan mencuba
memberikan laporan selari
pada hari ahad 5 disember nanti !

hanya TT pemecah berita !

Monday, November 29, 2010

Biasiswakan PTPTN.Setuju Cadangan Ini?

INI BARU YB YANG MENGETAHUI HATI DAN JIWA PARA PELAJAR DAN IBU BAPA DI MALAYSIA , INI BARU CONTOH YB BERJIWA RAKYAT. INI BARU YB YANG MENYUARAKAN HASRAT RAKYAT KESELURUHANNYA, SAPA TOLAK CADANGAN NI MEMANG BODOH DAN BANGANGLA.PENDIDIKAN UNTUK SEMUA,SELAGI KORANG NAK BELAJAR KERAJAAN HARUS MENANGGUNG BELANJA NYA,BUKAN IBU BAPAK HANG SEMUA TANGGUNG BENDA TU,KERAJAAN WAJIB BIAYAI PENGAJIAN KORANG SELAGI KORANG SEMUA NAK DAN LAYAK BELAJAR.INSYAALLAH TAKDA LAGI PELAJAR YANG TERCICIR SELEPAS INI. REFORMASI..

DI BAWAH AKU SELIT PETIKAN UCAPAN YB MUDA KITA IAITU YB.YUSMADI,
INI BUKAN RETORIK,INI KENYATAAN DARI KORANG BUAT BANGUNAN NGAN DUIT RAKYAT SAMPAI BERATUS TINGKAT BAIK KOME SEMUA MENCERDIKKAN PARA PELAJAR DI MALAYSIA NI,BUKAN KATA 100 TINGKAT NANTI DEPA BLEH BUAT SERIBU TINGKAT SAMPAI CECAH LANGIT KE BERAPA KO PIKIR LA SENDIRI.

Saya petik:

[SH] PETALING JAYA: - Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) perlu dihapuskan dan diganti dengan sistem biasiswa yang dinamakan Biasiswa Rakyat Malaysia bagi golongan mahasiswa.

Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Yusmadi Yusoff berkata, pendidikan bukan sekadar keperluan biasa, tetapi hak asasi manusia yang harus diberi keutamaan.

“Hak mahasiswa adalah hak asasi manusia. Mahasiswa adalah hasil mahsul negara bukan daripada tawar-menawar oleh pemimpin. Sebab itulah kita mencadangkan agar PTPTN dihapuskan dan digantikan dengan biasiswa.

“Kita mahukan sistem pendidikan mampu membasmi kemiskinan. Kita tidak mahu mahasiswa kita tamat sahaja pengajian, dicap sebagai penghutang kesan daripada pinjaman,” katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam Kongres Nasional Ke-7 Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini, semalam.

Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, mahasiswa berpotensi untuk bergelar penghutang disebabkan pelbagai aspek dan taraf kehidupan yang tinggi.

“Apabila mereka tamat pengajian, mereka telah dicap sebagai penghutang; contohnya hutang untuk melangsungkan perkahwinan dan hutang untuk memulakan perniagaan,” katanya.

“Justeru, kolej universiti bagi orang miskin perlu ditubuhkan seperti usaha kita sebelum ini bagi memberikan keistimewaan kepada golongan miskin,” katanya.

Monday, November 1, 2010

Peringatan kepada ahli PKR.

Pemilihan pucuk pimpinan Timb. Presiden PKR yang berlangsuang sekarang amatlah sengit anta Yb.azmin Ali dan Datuk.Zaid Ibrahim , di sini aku ingin zahirkan bahawa aku menyokong Yb.Azmin Ali 100%. Pasal apa aku sokong Yb. Azmin??

Korang perhatikan gaya kepimpinan dan corak susun atur politik beliau yang tersusun kemas dan seorang pemimpin yang penuh visi. Mungkin sesetengah orang menganggap beliau seorang mat skema dgn gaya yang kemas mirip kepada budaya gerombolan tapi perlu di ingatkan disini, antara Azmin dan Zaid siapakah yang ditakuti UMNO????

Kalau zaid pegi ceramah ada tak polis pegi halang???tapi kalau azmin naik pentas habis rostrum speker dan kerusi diangkut??Kenapa??Pasal gerombolan takut pada suara Azmin. Di sini korang boleh tengok siapakah bakal pemimpin yang akan memperjuangkan keadilan kita. Usah terpengaruh dengan cerita kedai kopi azmin itu dan ini,persengketaan dgn Yb khalid ibrahim dan ketamakan azmin untuk menjadi MB hanyalah satu cerita rekaan untuk menjatuhkan Azmin,untuk membunuh kerektor beliau kerana Azmin di yakini akan menjadi pemimpin baru untuk para pejuang keadilan di Malaysia menuntut keadilan.

Kepada semua ahli PKR harap berfikir lah secara matang dan professional kerana yang anda ingin lantik sekarang ialah bakal ketua yang akan memperjuangkan parti Keadilan. Bukan ragu pada zaid ibrahim tapi zaid tidak sesuai untuk membawa parti keadilan kedepan.

Azmin keperluan untuk malaysia,infact...setiap segi dalam pakatan amat perlu.kita bukan demokrasi AF.kita mau pilih yang kuat,bijak,berani,tak tipu,tak cuak.kita perlu wibawa beliau,pengetahuan beliau .Semoga selepas ini,demokrasi akan semarak di bumi tumpah darah aku.
Belum terlambat lagi untuk anda semua mengundi Azmin.
Hidup Azmin.

Friday, October 29, 2010

Ini baru YB. kita.

Harga kereta pasaran domestik lebih mahal
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengkaji semula polisi protektisme dalam industri automotif negara.

Menurut beliau, dasar melindungi kepentingan pasaran domestik Proton tersebut mengakibatkan konsumer terbeban oleh pinjaman hutang yang tinggi.

"Kita perlu menangani masalah ini supaya negara kita tidak terus terbeban dangan keperluan pinjaman," ujarnya di lobi Parlimen, petang semalam.

Ini kerana katanya, polisi itu memaksa konsumer membeli kereta di pasaran domestik dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal berbanding harga di pasaran global.

"Ini semua adalah suatu masalah lanjutan pada dasar automobil negara yang telah pun kita laksanakan selama 25 tahun untuk lindungi Proton," ujarnya.

Walhal, beliau berkata, polisi 'protektisme' yang diperkenalkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri itu hanya menguntungkan Proton sahaja.

Akibat dari itu, katanya mengakibatkan impak berantai pada pertambahan peratus hutang isi rumah rakyat dalam negara.

"Sebagaimana yang kita tahu, hutang (isi rumah) untuk kereta berlaku oleh kerana harga kereta (domestik) adalah antara yang tertinggi di Asia," ujarnya.

CIMB Investment Bank Bhd, katanya mendedahkan, sebanyak 27 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah (76.6 peratus dari KDNK) konsumer adalah berpunca oleh hutang pinjaman kereta.

Akibat dari itu, beliau mendakwa polisi protektisme Proton adalah suatu polisi yang tidak membantu rakyat mengurangkan peratusan hutang isi rumah jika dinisbahkan pada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun ini.

"Masalah hutang kereta yang mahal, masalah gaji yang kecil seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak menghiraukan masalah-masalah sampingan ini.

"Masalah Proton dengan kos pengeluarannya yang masih terlalu tinggi, maka kerajaan tidak melihat persoalan-persoalan ini untuk mengatasinya," beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I pada 15 Oktober lalu sebagai suatu belanjawan yang gagal menangani masalah peningkatan peratusan hutang isi rumah rakyat.

CERITA PASAL PROTON NI AKU DA ULAS BANYAK KALI DA..
NI KOMPLOT KERAJAAN ,KRONI DAN PARA PEMEGANG SYER YANG MANA KITA SEMUA TAHU DI MILIKI OLEH ORANG-ORANG KAYA YANG DIKAYAKAN OLEH HASIL NEGARA KITA YANG MANA BAGI AKU DIPEROLEHI DENGAN CARA YANG SALAH.

KENAPA JUAL MAHAL??? PASAL NAK AMIK KESEMPATAN LA APA LAGI? KORANG INGAT BANK NAK KE FINANCE KERETA KITA SEBANYAK YANG KITA BIAYA NI? KALAU BANK TU BEBAS TAKDA MAKNANYA DIA NAK BIAYA KERETA KITA DENGAN REGA TU PASAL HARGA KERETA GLOBAL XSEMAHAL KERETA MALAYSIA NI.PEGI KOREA TGK HARGA HYUNDAI YANG DIJAMIN LEBIH BERMUTU DARI KITA KONPEM KORANG BELI & PUAS HATI PAKAI . ORANG KATA MENANG MEMBELI MENANG MEMAKAI..
BILA NAK NAIK KAN MHARGA MINYAK DI BANDINGKAN DENGAN HARGA MINYAK KAT LUAR NEGARA TAPI BILA JUAL KERETA TAK PULAK IKUT PASARAN GLOBAL.. NTAH APA APA NTAH POLISI KERAJAAN KITA NI.. KERAJAAN YANG MENDAHULUKAN DUIT RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI JE YANG AKU NAMPAK..PATUT LA SETIAP WARGA NEGARA MALAYSIA TERPAKSA MENANGUNG HUTAN SEBANYAK RM14000 SEORANG PASAL PENGURUS KEWANGAN NEGARA KITA NI TERLALU CERDIK...

Wednesday, October 20, 2010

Bajet Gila tahun ni..Siri 2

Aku petik dari malaysiakini tentang ulasan pasal bajet ni dari pemimpim pembangkang khas untuk rakyat malaysia yang tak bangang.

Beku tol: Rakyat tanggung beban 'RM64 bilion'
Joseph Sipalan | Oct 19, 10 7:25pm
Kerajaan mungkin berakhir membelanjakan RM64 bilion sebagai pampasan kepada Plus Highway Berhad, jika ia bercadang membekukan kenaikkan kadar tol sehingga konsesi syarikat itu berakhir pada 2038, kata setiausaha publisiti DAP, Tony Pua.

Mengambil kira anggaran RM5 bilion pampasan seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lalu, bagi memastikan kadar tol di empat lebuh raya milik Plus tidak dinaikkan, Pua berkata tindakan itu tidak masuk akal.

Sebaliknya, kata Pua ia hanya tindakan popular dan kerajaan hanya bertindak sedemikian semata-mata untuk mengembirakan pengundi.

"Tindakan ini tidak masuk akal apabila kerajaan terpaksa memberi pampasan sebanyak RM5 bilion kepada pemilik konsesi dan berkemungkinan besar setinggi RM64 bilion dalam tempoh keseluruhan konsesi itu di mana pembelian langsung Plus hanya sebanyak RM23 bilion sebagaimana yang ditawarkan UEM-KWSP,” katanya.

Tambah ahli parlimen Petaling Jaya-Utara itu lebih murah bagi kerajaan membeli terus syarikat lebuh raya itu pada harga RM4.60 sesaham seperti yang ditawarkan oleh firma usahasama UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Andaiannya, jika kadar tol dibekukan selama 14 tahun, kerajaan masih boleh mendapatkan pelaburannya dan menggunakan wang berkenaan untuk menjadikannya bebas tol ataupun mengutip bayaran minimum bagi tujuan penyelengaraan, katanya.

"Kecualilah jika kerajaan mahu melihat rakyat Malaysia menderita," kata Pua pada sidang akhbarnya di lobi parlimen.


'Menara bukan arahan PM', alasan 'Pak Pandir'
Oct 20, 10 11:03am
PAS hari ini menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa, beliau tidak mengarahkan pembinaan Menara Warisan tetapi sebaliknya ia cadangan oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai alasan “Pak Pandir”.

Menurut ketua penerangan parti itu, Idris Ahmad, kenyataan Najib itu bukan sahaja melucukan tetapi seolah-olah percubaan melepaskan bebanan itu kepada PNB.

“Kerana ia (projek Menara Warisan) mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Idris, jika sekalipun benar cadangan berkenaan datang daripada PNB, Najib selaku perdana menteri seharusnya memahami keadaan kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.

“Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB. Bukankah beliau selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunei yang bernilai RM320 bilion?

“Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi. Samalah Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis. Beliau menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang menteri, kerana bukan bidang kuasanya,” kata Idris.

Pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010, semalam Najib mempertahankan cadangan pembinaan menara itu dan menyifatkannya bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.

Beliau mendakwa pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.

"Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.

Najib juga mendakwa beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.

"Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB," katanya

Bajet Gila tahun ni..Siri 1

Salam,korang baca n pahamkan dulu ye,nanti aku ulas. Ni aku petik dari berita hairan.

Intipati Bajet 2011


2010/10/15
KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025. * Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015. * Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

* Melancarkan Dana Pencen Swasta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli. - BERNAMA

Friday, October 15, 2010

AYUH BANGUN MELAWAN..


Berita ni aku petik dari kosmo hari ini,semangat aku terus memuncak..aku rasa nak ulas sikit biar rakyat xjadi bodo macam kayu..
asyik kena tipu,tambah tambah melayu hangguk yang nampak sangat kebodohanya..
Gambar di sebelah ialah gambar hiasan,takda kena mengena pon,aku amik dari blog lesung batu,harap xjadi isu ok.

PARIS - Pemerintah Perancis semalam menggesa orang ramai supaya tidak tergesa-gesa membeli petrol manakala pengendali trak pengangkutan menuntut bekalan kecemasan memandangkan banyak loji penapisan minyak ditutup akibat mogok bagi menentang peningkatan had umur persaraan anjuran Presiden Nicolas Sarkozy.
Dalam mogok itu, pelajar-pelajar membuat halangan ke sekolah dan ada sebahagiannya melontar batu ke arah polis. Para pegawai turut memberi amaran bahawa protes menentang tindakan menaikkan umur persaraan dari 60 kepada 62 tahun itu mungkin tidak terkawal.
Pemerintah menyatakan sebanyak 342 sekolah menengah di Perancis terjejas namun pihak kesatuan sekerja pula memberitahu angkanya mungkin mencecah 500 buah sekolah.
Dengan lapan daripada 12 loji penapisan minyak ditutup, kesatuan pekerja pengendali trak menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri supaya tidak mengehadkan bekalan minyak rizab kepada pengusaha pengangkutan.
Ketika Sarkozy mahu melanjutkan had umur persaraan yang kini sedang didebatkan di Dewan Senat, Menteri Pengangkutan Perancis, Dominique Bussereau cuma menenangkan kebimbangan kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan bahan api.
Kebimbangan itu berlaku ekoran mogok yang bermula sejak beberapa hari lalu menjejaskan 70 peratus kapasiti loji penapisan minyak.
Sarkozy mahu meningkatkan had umur persaraan itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan defisit awam Perancis. - AFP

WOI RAKYAT MALAYSIA.KHUSUSNYA PADA ANAK MUDA ,PELAJAR,MAHASISWA,PENGANGGUR, PENCARI KERJA, DAN SELURUH RAKYAT YANG TAK BERSETUJU DENGAN PENINGKATAN HAD UMUR PERSARAAN. KORANG BILA LAGI NAK BANGUN MELAWAN? TENGOK NEGARA MAJU APA DEPA BUAT BILA KERAJAAN MENAIKKAN HAD UMUR PERSARAAN. WOI PEGI LANCHOW LA NGAN OMAR OSMAN DAN PERSATUANNYE KALAU ASYIK MENYALAK NAK TAMBAH HAD UMUR PERSARAAN. DAH LA TUA,KEJA PON DA MALAS,XDA PRODUKTIVITI LANGSUNG,TU PON NAK BAGI KERJA LAGI???(KHAS UNTUK YANG MALAS SAHAJA)
APA NASIB MAHASISWA MENGANGGUR??HUTANG KELILING PINGGANG SAPA AMIK TAU? TAK KESIAN KE PADA PENGANGGUR YANG DUK NYANYI LAGU SUDIRMAN AKU PENGANGGUR TIAP-TIAP HARI??? APA LA BANGANG PERSATUAN KO DAN KERAJAAN PUNYA LA BODO JADI TUKANG LULUS. REZEKI TU BAHAGI LA SAMARATA, KORANG DAH KEJA 20 TAHUN KUMPUL HARTA PON DA BANYAK KOT,AKU HARGAI JASA WARGA KERJA PERKHIDMATAN AWAM TAPI AKU TAK SETUJU BILA HAD UMUR PERSARAAN INGIN DINAIKKAN KERANA DENGAN PELUANG PEKERJAAN YANG TERHAD INI AKAN BERTAMBAH SUSAHLA KAMI GOLONGAN PELAJAR,MAHASISWA,PENGANGUR NI NAK DAPAT KERJA GOMEN. WOI PENGNGUR BANGUN LA LAWAN,BELAJAR NGAN PELAJAR PERANCHIS, JANGAN SEMBANG KEDAI KOPI TAK SETUJU TAPI TAK RETI NAK TUNJUK TAK SETUJU!!HANG NAK TAKUT APA???HANG FOLLOW PON BUKAN HANG DAPAT KEJA PUN,KORANG TAK PAYAH TAKUT LA DIUGUT KERAJAAN,KERAJAAN NI SETIAP 5 TAHUN SEKALI KITA YANG PILIH DIA,BUKAN DIA BOLEH KEKAL KAT SITU.TAK SETUJU DASAR DIA TUNJUK KAT PETI UNDI.BANGUN MELAWAN DENGAN TUNJUK PERASAAN RAMAI-RAMAI.AYUH KITA PENUHKAN JALAN SELURUH NEGARA.INI NEGARA DEMOKRASI,NAK TAKUT APA SEMUA HAK INI DIJAMIN PERLEMBAGAAN.KALAU ADA YANG HALANG,INI DINAMAKAN MELANGGAR HAK BERHIMPUN JANG DIJAMIN OLEH UNDANG-UNDANG.

KALAU KAT PERANCHIS RAKYATNYA YANG DINAIKKAN UMUR PERSARAAN MENUNJUKKAN RASA MARAH KAT MALAYSIA NI TERBALIK SIKIT PASAL RAKYAT DIBERI OPTION JADI PADA YANG VETERAN LAKUKANLAH PILIHAN YANG TERBAIK. PADA YANG MUDA AYUH!!!!AYUH TUNJUKKAN BAHAWA KORANG XSETUJU KALAU OPTION INI DIBERIKAN KEPADA PENJAWAT AWAM.

AYUH BANGUN SEMUA..


SALAM REFORMASI..

Tuesday, September 28, 2010

Surat Terbuka Untuk Warga PPH

Salam to all…
Apa itu PPH? It’s means Pegawai Pemantau Harga. Siapa mereka? Mereka ialah pegawai-pegawai kerajaan yang di tugaskan untuk memantau harga –harga barangan di seluruh Negara di samping membantu para pengutkuasa dan kementerian perdagangan koperasi & kepenggunaan.

Semalam di beritakan dari Buletin Utama tv3 yang mana dipetik dari menteri berkenaan bahawa kemungkinan pegawai pemantau harga yang berjumlah 1600 orang ini mungkin diserap tetap.Segala keputusan akan diumumkan setelah selesai perbincangan di peringkat kabinet dapur mereka dalam 3 minggu lagi.

So sekarang apa patut buat??? Aku ada sedikit cadangan, Kalau semua pegawai pemantau harga yang berjumlah ribuan ni inginkan keputusan positif maka mulakanlah dari sekrang tugas melobi.Pasal apa aku kata lobi?? Pasal pak pak menteri kita ni suka di lobi dan di bodek. Bodek macamana???Dia oran taknak korang puji dia tapi dia nak Malaysia puji dia.seluruh Malaysia kena nampak apa yang dia buat sekarang.

Maka Jeon kamu sebagai ketua PPH WPKL harus memulakan satu langkah yang mana targetnya ialah publicity yang akan meningkatkan value PPH secara keseluruhan dan kementerian bersama Pak Menteri tadi. Korang pon tau kan dia ni gila glamour macam anaknye yang bernama Dafi tu. Cuba kamu gunakan pengaruh kamu sebagai ketua PPH untuk mengadakan satu pakatan bersama semua ketua PPH untuk mencari jalan bagaimana nak interframe dalam masa 3 minggu ini. Korang mesti cergas,guna akal secara fast dari sekarang. Korang buleh adakan satu himpunan dengan menjemput Menteri atau setiausaha paling koman pon untuk membuat satu resolusi atau apa saja berkaitan masalah harga ni.Semua orang tahu harga melambung tinggi tapi penyelesaian secara bersama ni xda orang pon buat lagi.jemput para pengusaha ,pemborong dan pembekal.dapatkan satu keputusan. Apa guna r&d yang dijalankan selama ni jika tak digunakan. Paling tidak korang boleh buat pembentangan kertas kerja melibatkan PPH seluruh Negara, Tapi yang paling penting kena ada publicity ,jemput wartawan ,tv atau surat khabar.Itu paling penting.Glamour. Mereka ini suka pada publicity.Ingat!! Kalau susah sangat nak dapatkan Utusan Melayau atau berita Hairan amik je kosmo atau paling koman pon Sinar Harian janji masuk surat khabar. Ada plak gambar depa,lagi depa seronok.

Lagi satu berkenaan keputusan serap atau tidak dalam masa 3 minggu ni korang buleh buat majlis munajat atau solat hajat perdana,jemput depa ni yang power-power dan yang duk atas-atas ni. Hebahkan sampai peringkat kementerian,tunjukkan usaha,xkesahla bodek ke hapa janji orang tau. Yang penting media mesti tau. Politik ni berkait dengan media jadi jangan tinggal media.

Ini adalah sedikit cadangan aku,aku xtahu berapa ramai PPH yang baca blog aku tapi kalau aku inilah yang aku akan buat. Tak perlu utus surat pada depani,pasal depa xbaca pon (pasal menteri kat Malaysia ni malas membaca)dan depa ni mmg gila glamour,diorang nak masuk tv,nak masuk surat khabar. Jadi tugas snda semua ialah mengfamouskan keputusan pak menteri ni nanti.

Oklah ku doakan agar semuanya positif.

Sekian wassalam.

Wednesday, September 22, 2010

Replika cek RM4000000000

Adik Menteri Besar Kelantan, mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera, I’Da World Group Sdn Bhd, bagi membantu Pas Kelantan atas sifat peribadi dan bukan mewakili parti atau Kerajaan Kelantan.

PERSETANKAN PASAL CEK ATAU SUMBANGAN TERSEBUT,TAK KESAH LA BETUL ATAU SEKADAR TIPU DAYA TAPI PERHATIKAN PADA RANCANGAN DAN IDEA YANG DICADANGKAN OLEH I'DA WORLD GROUP TERSEBUT.. JIKA KERAJAAN KELANTAN MEMPUNYAI DUIT SEBANYAK ITU LIHAT APA YANG BOLEH DILAKUKAN. PROJEK SUPER MEGA SERI TUJUH (S7) DAN BANDAR PELABUHAN TUMPAT MERUPAKAN SATU IDEA YANG SANGAT BERNAS.INILAH YANG AKAN MEMACU EKONOMI NEGERI JIKA KERAJAAN NEGERI MEMPUNYAI DANA DAN TIDAK DI SABOTAJ OLEH KERAJAAN PUSAT SEPERTI MENAFIKAN HAK MENDAPAT ROYALTI MINYAK YANG SEPATUTNYA DIBAYAR OLEH PETRONAS,MENGUBAH LALUAN PAIP GAS DAN MINYAK MENTAH MELALUI THAILAND SEDANGKAN KELANTAN LEBIH SESUAI ATAU SANGAT SESUAI UNTUK PROJEK TERSEBUT DAN PENGKHIANATAN PADA PROJEK-PROJEK YANG SEPATUTNYA DI LULUSKAN PADA NEGERI KELANTAN SEJAK RMK6 - RMK10 YANG BERJUMLAH RATUSAN PROJEK UNTUK MENGGAMBARKAN KEGAGALAN KERAJAAN KELANTAN DIURUSKAN OLEH PAS SEHINGGA SANGGUP MENGKHIANATI RAKYAT SENDIRI. BELUM LAGI DI CERITAKAN PASAL PENGKHIANATAN KERAJAAN PUSAT MELALUI JABATAN-JABATAN KERAJAAN SEPERTI JPP DAN SEBAGAINYA.

PERSETANKAN PADA RANCANGAN BESAR RM 1.4 TRILION OLEH PM JIKA SEMANGAT FEDERAL DAN STATE DI KHIANATI DAN SIFAT BUSUK HATI MASIH MENGUASAI DIRI,MANA MUNGKIN AKAN DAPAT DIJAYAKAN PROJEK SEBESAR ITU. RM1.4 TRILION HANYA UNTUK GAH PADA ANGKA SAMPAI PAKCIK MAKCIK TAK TAHU NAK LETAK BERAPA ZERO (0)UNTUK MENCERITAKAN PADA CUCU CICIT BANYAK DAN BESARNYA JUMLAH TERSEBUT.INI JUGA MERUPAKAN SATU LAGI PEMBOHONGAN YANG SANGAT KETARA.

AYUH SEMUA KITA SAMA-SAMA BERDOA AGAR MALAYSIA DISELAMATKAN DAN TUNTUTAN ROYALTI AKAN DI RAHMATI ALLAH SETERUSNYA BEROLEH KEMENANGAN.

Tuesday, September 21, 2010

Berjayakah ETP di padang yang tidak sama rata?

Dipetik dari malaysiakini
oleh Aidila Razak | Sep 21, 10 4:42pm
Persoalan mengenai padang permainan yang sama rata dalam bidang perniagaan, ditimbulkan di majlis pelancaran Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), meskipun dilihat wujud suasana optimistik terhadapnya.

Berucap di Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selepas majlis pelancaran tersebut, CEO AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes secara terus terang berkata: "Kerajaan harus keluar dari perniagaan, ia akan membuat kita semua lebih gembira."

"Kerajaan tidak seharusnya melihat peranannya sebagai pelindung GLC (syarikat berkaitan kerajaan), tetapi menjadi penjana kepada GLC dan syarikat swasta," katanya disambut tepukan kira-kira 4,000 hadirin.

Fernandes - yang mengaku' "sebahagian besar ubannya tumbuh kerana bersaing dengan GLC - menambah apabila kerajaan - sebagai pengatur-selia - duduk dalam lembaga pengarah GLC, "maka tidak akan pernah ada padang permainan yang sama rata, tidak kira apa yang mereka katakan."

"Saya bukan pemusnah GLC, ada GLC seperti CIMB yang telah bebas dan Celcom yang bersaing tanpa banyak bantuan kerajaan.

"(Tapi) Public Bank tidak perlu memanggil CIMB untuk membuka sebuah cabang di Jalan Ampang," katanya. Walaupun Fernandes tidak menyebut nama Malaysia Airlines, tetapi beliau jelas merujuk kepada syarikat penerbangan nasional itu.

Begitu juga dengan presiden Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Po Kuan Yong yang berkata, tidak kisah sama ada pelaburan swasta itu datangnya dari GLC atau sebaliknya, tetapi "kedua-duanya harus bebas untuk bersaing (dan) kerajaan tidak perlu melibatkan diri dalam perniagaan."

Fernandes dan Yong adalah anggota panel forum tersebut bersama dengan CEO kumpulan CIMB Datuk Nazir Razak, timbalan pengerusi HSBC, Mukhtar Hussein, CEO Celcom Datuk Seri Shazalli Ramly dan ketua penyelidikan Credit Suisse Malaysia, Steven Hagger.

Nazir: Kuota bumi tahan pelabur

Bagi Nazir, satu perkara yang perlu ditangani ialah konsistensi dalam
peraturan kerajaan.

"Perlu ada kepastian yang mutlak dalam peraturan. Kita tidak mahu kejutan dan perubahan.

"(Misalnya) pelawaan untuk (menyertai) projek titik masuk lebih titik (sebagai sebahagian daripada ETP)... Harus ada proses yang jelas. Perkara terakhir yang saya inginkan ialah ada orang lain datang dan (mengambil alih) projek (saya). Itulah kebimbangan saya," katanya yang turut dikongsi oleh para hadirin.

Satu bidang yang pernah dibangkitkan oleh Nazir sebagai samar dan menyebabkan pelabur tidak jadi datang, ialah dasar tindakan afirmatif, yang membabitkan kuota ekuiti bumiputera.

Ketika ditemui wartawan kemudianya, CEO PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala - orang di balik ETP - berkata syarikat bumiputera yang bermampuan 'digalakkan' bersaing atas kaki mereka sendiri.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberikan butiran lanjut tentang bagaimanakah kerajaan hendak memutuskan yang seseorang bumiputera itu dianggap cukup 'mampu' untuk bersaing atau tidak.

Perjalanan Dakwah Kristian VS Islam



Dakwah atau Tabligh bagi orang islam di tanah melayu ini masih ketinggalan berbanding dakwah orang kafir kepada masyarakat di Malaysia. anda semua boleh google sendiri tgk statistik berapa jumlah orang bukan islam yang masuk islam kerana paham dan tertarik dengan islam itu sendiri.Aku sendiri pon tak tau la data secara tepat tapi yang pastinya dengan nisbah kita yang beragama islam baka ni tak padan jika nak dibandingkan dengan jumlah kemasukan bukan islam ke agama Islam.

Pasal apa semua ni berlaku?? cuba renung balik apa salah kita? Apa tindakan kita yang membantu memartabatkan islam atau kita sebenarnya petualang pada agama Allah S.W.T ini! Cuba pikir siapa yang buat akta kalau nak bercakap pasal agama ni perlu TAULIAH????? Siapa yang pepandai kata BUKAN ISLAM TAK BOLEH MASUK SURAU????? Siapa HALANG BUKAN ISLAM BACA Al-Quran?????(Knapa xmarah Muammar Ghadafi bagi Al-Quran kat model yang xpernah mandi hadas??pasal itu xsalah sebenarnya)Siapa larang BERPOLITIK DALAM MASJID???? Siapa LARANG AKTIVITI KEMASYARAKATAN DILAKUKAN DALAM MASJID???

Itu adalah beberapa senarai kekangan dakwah yang dilakukan oleh badan-badan dan orng islam sendiri.Camana la kita nak tarik bukan islam masuk islam kalau ini cara kita. posting ini sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku masa pegi kampong orang asli kat bukit serok pahang,then aku tgk kat papan informasi depa tentang tayangan gambar pasal jesus yang depa buat kat dewan orang ramai,baru aku terpikir patutla ramai orang asli masuk kristian dan xmasuk islam pasal jabatan-jabatan agama islam kat malaysia ni gagal pasal banyak sgt buat akta dan berpolitik (kes teo nee ching contohnya).Yang kes terbaru pasal pembinaan gereja kat kampong orang asli tu ,kita semua nantikan pasti akan ada flip flop punya keputusan. Korang tgk gambar diatas korang pikir la sendiri.

Apa Peliknya..Tgk Posting Aku yang 26 Ogos Aritu..

Teguk arak sambut raya
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Dipetik dari harian metro.
2010/09/21 KUALA LUMPUR: Hampir 100 remaja punk dan skinhead menyertai gig atau ‘Pesta Mabuk Raya’ anjuran mereka di Desa Pandan di sini, Sabtu lalu, kononnya bagi melepaskan ketagihan selepas sebulan berpuasa.


BERHIBUR...sebahagian peserta menonton persembahan dalam gig terbabit. Peserta gig itu yang kebanyakannya remaja Melayu tanpa segan silu meneguk arak di khalayak ramai sambil melayan lagu didendangkan kumpulan ‘underground’ yang bermula seawal jam 4 petang hingga 11 malam.

Apabila semakin ramai yang mabuk, pada kira-kira jam 9 malam berlaku pergaduhan termasuk ada yang membaling botol arak.

Menurut sumber, kekecohan itu menyebabkan segelintir penonton lari keluar dari bangunan berkenaan kerana bimbang terkena balingan botol.

“Pergaduhan itu berlaku hampir 30 minit sebelum dileraikan penganjur, namun tiada kecederaan serius dilaporkan,” katanya.

Sumber itu berkata, gig terbabit dianjurkan sempena menyambut Aidilfitri dan terbuka kepada kumpulan punk dan skinhead saja.

“Selain jemputan melalui pengedaran poster, penganjur juga menjemput mereka melalui laman sembang di Internet,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai perhimpunan haram itu dan menghantar sekumpulan anggota ke tempat kejadian pada kira-kira jam 11 malam.


“Dalam pemeriksaan itu, 10 peserta berusia 18 hingga 25 tahun yang disyaki berada dalam pengaruh dadah dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan.

“Namun, hanya seorang disahkan positif dadah jenis methamphetamin dan akan ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Monday, August 30, 2010

SOKONG KERAJAAN KELANTAN SAMAN PETRONAS


Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.


Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli.

Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.

Notis sepanjang 47 halaman itu antara lainnya menuntut:
1. Pelaksanaan spesifik perjanjian petroleum Kelantan.

2. Siasatan dijalankan ke atas Petronas untuk membuat pendedahan penuh berhubung fakta berkaitan bayaran tunai yang perlu dibayar kepada Kelantan.

3. Perintah supaya semua tunggakan bayaran tunai dilunaskan dalam tempoh sebulan daripada perintah mahkamah.

4. Gantirugi beserta kos dan faedah ke atas jumlah yang diperintahkan dibayar.

5. Relief lain dan juga kebebasan untuk memohon.

Anggota polis bertindak mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini.

Pertikaian berlarutan

Isu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai tahun lalu.

Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ehsan" sebanyak RM20 juta.

Hujah berkenaan bagaimanapun disangkal oleh bekas naib presiden Umno dan juga bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkannya sebagai "menghina kebijaksanaan" rakyat Kelantan.


Saman pemula hari ini merupakan rentetan daripada tindakan kerajaan pimpinan PAS Kelantan pada Mac lalu melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil perunding negeri itu untuk menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat.

Kelantan didakwa berhak menerima bayaran royalti minyak antara RM850 juta hingga RM1bilion untuk pengeluaran di pelantar minyak yang terletak sejauh 170 kilometer dari perairan Kelantan.
Husam sebelum ini berkata bayaran tersebut perlu dibuat mengikut Akta Petroleum 1974 yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.


SAMAN DEMI MARUAH DAN AMANAH.


KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Tindakan memfailkan saman terhadap Petronas adalah atas dasar menjaga kehormatan harta rakyat negeri Kelantan yang telah dirampas oleh Kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, sebagai ketua kerajaan bertanggungjawab, beliau perlu memastikan hak rakyat Kelantan dikembalikan walau terpaksa ke mahkamah.

"Wajib atas saya sebagai ketua kerajaan dan penolong-penolong saya menjaga harta Kelantan dengan apa cara sekalipun samaada dengan rundingan, termasuk juga melalui mahkamah.

"Kami hari ini datang kerana menunuaikan tugas agama menjaga harta rakyat Kelantan iaitu petroleum, gas dan sebagainya," kata Nik Aziz pada sidang media selepas selesai memfailkan saman berkenaan dan menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu turut berkata, dalam al-Quran ada dinyatakan mengenai lima perkara yang mesti dijaga iaitu akidah, nyawa, harta, nasab dan maruah.

Justeru, beliau dan exco kerajaan negeri memilih untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian memandangkan tuntutan secara rundingan agar royalti petroleum dikembalikan kepada negeri tidak diendahkan Kerajaan Persekutuan.

"Kami datang ke mahkamah ini kerana saya sebagai ketua negeri dan rakan-rakan daripada exco mahu mempertahankan harta kami," katanya lagi.

Tambahnya, beliau bagi pihak kerajaan negeri yang mewakili rakyat Kelantan amat berharap agar mahkamah dapat mengadili kes itu seadil-adilnya kerana soal keadilan terkandung dalam al-Quran yang wajib diikuti oleh orang Islam.

"Kami berdoa kepada Allah S.W.T minta semua yang mengendalikan urusan harta kami ini iaitu peguam, hakim dan sebagainya supaya terbuka pintu hati mereka, ingat kepada keadilan. Keadilan ini wajib ditunai dan diseru dalam al-Quran sebelum ada PBB di muka bumi ini, sebelum ada apa-apa akta di dunia ini," katanya lagi.
Kira-kira jam 9.30 pagi tadi kerajaan Kelantan memfailkan saman di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Selepas itu, Tuan Guru Nik Aziz yang diiringi kepimpinan kerajaan negeri, ahli-ahli parlimen PAS, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan kira-kira 200 orang menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, mereka yakin berada di pihak yang benar kerana segala fakta mengenai royalti petroleum termasuk Akta Pembangunan Petroleum 1974 jelas membuktikan Kelantan berhak mendapat royalti tersebut.

"Kita sebelum ini teleh menghubungi Petronas, Perdana Menteri dan membuat kenyataan yang menjelaskan kedudukan Kelantan dari segi hak petroleum seperti mana perjanjian petroleum 1974 dan Akta Pembangunan Petroleum 1974," katanya.

Menurutnya juga, tiada sebarang kekeliruan dalam perjanjian itu dan mendapat sokongan bekas pengerusi petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian tersbut bagi pihak Petronas dengan negeri-negeri termasuk Kelantan.

Dalam perjanjian tersebut dinyatakan bahawa jika pengeluaran petroleum dan gas berlaku sama ada di daratan atau di lautan sesuatu negeri, maka negeri tersebut berhak mendapat royalti sebanyak lima peratus setahun.

Namun, royalti berkenaan tidak dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan sejak tahun 2004.

Manakala peguam kanan Tommy Thomas yang mewakili kerajaan Kelantan optimis untuk memnenagi kes tersebut berdasarkan pengalaman beliau berhadapan dengan Kerajaan Terengganu dalam kes yang sama.

"Kita yakin boleh menang kes ini dan kita sangat berharap dapat menang untuk mengembalikan hak rakyat Kelantan," katanya.

KALAU LA BUAT KAT MALAYSIA BEGINI KONPEM MELAYU HARBI MARAH BEB....

DI PETIK DARI UTUSAN MELAYAU

Gadhafi beri ceramah agama kepada wanita muda Itali
30/08/2010 3:31am

ROM 30 Ogos - Pemimpin Libya, Moammar Gadhafi memberikan ceramah agama dan salinan naskhah al-Quran kepada beberapa ratus gadis Itali semalam ketika tiba di Rom untuk lawatan keempatnya dalam setahun.

Kira-kira 200 hingga 500 wanita yang dibawa oleh sebuah agensi model dan dibayar dengan jumlah yang tidak diketahui untuk hadir, tiba dengan menaiki bas di kediaman rasmi duta Libya sebaik sahaja kapal terbang presiden itu mendarat di lapangan terbang Ciampino di sini pada permulaan lawatannya selama dua hari.

Sebaik sahaja berada di dalam kediaman rasmi itu, Gadhafi memberikan ceramah agama dan salinan naskhah al-Quran kepada semua wanita, kata dua orang wanita berada di sana, Michela dan Cristina kepada Berita Televisyen Associated Press.

Jelas Michela, tiga daripada peserta itu memeluk Islam serta-merta. - AP


TENGOK ORANG SEBAR ISLAM MACAMANA, HANGPA BILA LAGI NK BELAJAR AMNUI????????
KALAU TOK GURU BAGI AL-QURAN KAT LIM GUAN ENG DAN CINA-CINA SEANGKATANYA,AGAKNYE TEROK KORANG TIBAI..

Saturday, August 28, 2010

FINISH!!! TAK USAH POLITIKKAN LAGI.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

udah-udahla cipta bnyak fatwa lagi,xusah tambah tambah lg.nanti pening umat islam.kat malaysia ni ramai sangat orang suka cipta fatwa baru.yang halal jadi haram,yang haram xplak kata haram.

KITA NI LEBIH PADA EMOSI DARI IKUT HUKUM ALLAH YANG SEBENARNYA TU YANG JADI TAK KENAL HALAL DAN HARAM.

1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.

2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.

3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.

4 .Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.

Baca dan pahamkan,jgn jadi islam lebih dari nabi la wahai melayu..

'Tazkirah' di surau-CEPATLA BERLUMBA BUAT FATWA...KORANG KAN PANDAI CIPTA FATWA BARU!!!



Tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu menjadi isu politik yang sengaja dimainkan,ada yang marah ada yang ok.Sedangkan semua tahu tempat umat islam bermuamalat dan melakukan aktiviti memang digalakkan berlaku di masjid atau surau tapi zaman sekarang ni kat malaysia semua tak boleh.Politik tak boleh,itu tak boleh ini tak boleh tah apa yang boleh tak tau la.Pasal tu surau dan masjid takda makmum waktu subuh,zohor,asar,maghrib dan isyak pasal tempat ni eksklusif sangat.ramai tak boleh masuk.kalau dtg jarang2 pon ajk surau jeling semacam je seolah-olah kita ni datang nak mencuri.

Komen dari (Mais),Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang Sentral berlaku seperti dilaporkan.

Sehubungan itu, tambahnya, Mais diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

TITAH PERINTAH ALLAH TAALA MACAMANA?SAPA NAK IKUT?NAK AMBIL ALIH?AMBIL LA TAPI JIKA SELEPAS INI AZAN DAN SOLAT TAKADA KAT SANA TANGGUNGLA.NAK HARAP IMAN RM450 YANG DILANTIK DATANG SUBUH PUN LEWAT KADANG-KADANG WAKTU ZOHOR IMAN TAKDA.TANGGUNGLA NANTI! ITTAQULLAH..................

"Mais memandang serius berhubung isu ini memandangkan ini merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid/surau di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib.

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata, Mais juga akan memberikan surat amaran kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulangi lagi.

"Mais juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama dan tidak menggunakan masjid/surau," katan Mohamad Adzib.

"Pihak Mais juga menggesa supaya semua pihak termasuk parti-parti politik agar lebih sensitif kepada perasaan umat Islam amnya dan hendaklah menjunjung titah perintah DYMM Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor."

SEJAK BILA SEMUA BENDA JADI TAK BOLEH NI???NI MELAYU ATAU ISLAM YANG KATA TAK BOLEH??SEKARANG NI RAMAI BENAR YANG TERLEBIH ISLAM DARI JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. NABI TAK PENAH LARANG BUKAN ISLAM DATANG KE MASJID , BILA DATANG LAMA LAMA MAKIN DEKAT,MANA TAU ALLAH BAGI HIDAYAH.NI SEMUA MESTI BIMBANG TAKUT CINA MASUK ISLAM MAKA ISLAM TAK LAGI JADI EXCLUSIVE UNTUK MELAYU JE.NANTI TAK BOLEH DAH NAK KEMPEN MELAYU ITU ISLAM,ISLAM ITU MELAYU,MELAYU ITU UMNO.HAHAHA..TIPU LA LAGI LAMA-LAMA RAKYAT SEDAR ALLAH MURKA BARU PADAN MUKA.

Thursday, August 26, 2010

SELAMAT HARI RAYA 1 MALAYSIA.

KEMENANGAN RAKYAT-AYUH PENEROKA TERUSKAN KEBANGKITAN INI!!

DI PETIK DARI HARAKAHDAILY 26/8/2010
Perintis kebangkitan warga Felda seluruh negara
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS mengucapkan tahniah kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan yang sekali lagi memenangi tuntutan saman mereka kepada Felda yang bernilai RM11 juta di Mahkamah Persekutuan untuk kali kedua, hari ini.

Pada pertengahan Januari lalu Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan pertama tetapi Felda berkeras mahu kes ini dibicarakan semula oleh panel lain.

“PAS mengucapkan syabas kepada kesabaran dan keberanian para peneroka ini yang menjadi perintis kepada kebangkitan warga Felda di seluruh negara,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Kini, katanya beberapa peneroka Felda di seluruh negara juga sedang berusaha menyaman Felda, antaranya adalah 766 orang peneroka Rancangan Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta dan Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (Sepakat) yang mengemukakan tuntutan berikut:

1. Penggredan Buah Tandan Sawit Segar (BTS) dilakukan dengan telus mengikut peraturan yang tertera dalam Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit yang dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), termasuk penggredan BTS ‘bermutu’, ‘tidak bermutu’ dan muatan ‘ditolak’ yang menentukan pendapatan peneroka;

2. Pengembalian semula Wang Tabungan Tanam Semula kepada peneroka yang tidak menyertai skim Felda;

3. Penilaian semula levi RM10 sebulan bagi setiap ekar yang dimiliki peneroka;

4. Kebenaran bagi peneroka memiliki lesen MPOB bagi memasarkan sendiri hasil mereka (Akta Tanah GSA 1960);

5. Pengagihan lebihan keuntungan hasil atau bonus tahunan kepada semua peneroka meliputi mereka yang masih lagi atau sudah tidak menyertai skim Felda;

6. Menggesa Felda memaklumkan dan meminta pandangan peneroka mengenai segala perubahan dasar-dasar Felda, terutama yang mempunyai kesan secara langsung kepada peneroka; dan

7. Pembelian kayu getah dibuat pada kadar harga pasaran (semasa proses tanam semula, kayu-kayu getah dibeli oleh Felda pada harga rendah daripada harga pasaran).

PAS, ujarnya menyokong usaha peneroka Felda untuk mendapatkan hak mereka dan membongkar penyelewengan dalam organisasi Felda.

“PAS juga kesal kerana dalam kes Felda Kemahang tiga ini, pada 1 Nov 2002, satu ugutan dibuat dalam satu perjumpaan yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Ummah Felda, Kemahang yang dihadiri Pengerusi Felda Kemahang Tiga dan Datuk Mustapa Mohamed (MT Umno) yang ketika itu Ahli Parlimen kawasan Jeli,” ujarnya.

Menurutnya, para peneroka diugut untuk dibuang dari rancangan skim kelompok Felda jika masih meneruskan kes itu di mahkamah.

PAS, katanya berharap perkara itu tidak berlaku dan pihak Felda haruslah menghormati keputusan mahkamah.

Beliau menambah, kini warga Felda tidak perlu lagi menjadi hamba kepada Felda dan mereka perlu berani untuk dapatkan hak mereka.

Mereka juga, ujarnya bebas untuk memilih parti mana yang mereka sukai untuk diundi dalam pilihanraya akan datang dan PAS sedia memberikan bantuan kepada mereka.

Katanya, Umno ternyata telah gagal memperjuangkan hak peneroka, dan PAS bersedia untuk menjadi kerajaan bersama Pakatan untuk melindungi hak mereka.

Wednesday, August 25, 2010

LEBIH JELAS DARI UTUSAN MELOYA KAN JAWAPAN NI.NAMPAK CANTIK DAN INDAHNYA ISLAM.

Saya petik:

USTAZ ZAHARUDDIN:

[Zaharuddin.net] Ustaz, apakah hukumnya mendoakan orang bukan Islam dengan hidayah atau biar dia bersifat adil, sejahtera, sihat tubuh dan sebagainya. Bolehkah pula doa sebegitu dibuat ketika khutbah? Harap ustaz dapat mengulas secara ilmiah dan tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik. Selain itu, apakah pula hukum kita menjawab bersin seorang kafir dengan sebutan "blessed you". Terima kasih

JAWAPAN

InshaAllah, saya akan mengulas tanpa sebarang prejudis terhadap politik kepartian, walau saya sedar soalan saudara tadi telah disensasikan sebagai isu politik di tanahair.

Namun begitu, sebelum mengulas perlu dinyatakan, ulasan saya adalah hanya berkaitan hukum dan panduan umum tanpa merujuk kepada mana-mana kes dan isu di tanahair disebabkan saya tidak punyai sebarang info jelas berkenaannya.

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada beberapa keadaan dan isi kandungan doa. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :-

a. HUKUM HARAM

Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT adalah DIHARAMKAN.

Imam An-Nawawi menyebut :

وأما الصلاة على الكافر، والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع

Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma' ulama ( Al-Majmu')

RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil asas antaranya :-

* Firman Allah :-

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Ertinya : Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik (kafir & bukan Islam), walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam. (At-Taubat : 113)

* Hadis Nabi :

أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عرض الإسلام على عمه أبي طالب وهو يموت، فأبى ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْهُ . فَنَزَلَتْ : ( مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ) وَنَزَلَتْ : ( إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ )

Ertinya : Nabi s.a.w mengajak bapa saudaranya Abu Talib kepada Islam, amun dia meninggal sebelum menyahutnya. Maka berkata nabi : "Aku berdoa keampuanan dari Allah untuknya apa-apa yang dia tidak berdoa (semasa hayatnya). Selapas doa nabi itu dibuat, turun ayat di atas dan turun juga ayat yang beerti " sesungguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sukai"

Hadis di atas jelas menunjukkan larangan Allah kepada nabi dari berdoa KEAMPUNAN kepada bapa saudaranya yang TIDAK ISLAM. Imam Ib Hajar Al-Haithami Al-Syafie berkata

حرم الدعاء بأخروي لكافر، وكذا من شك في إسلامه، ولو من والديه

Ertina : haram berdoa berkenaan apa-apa urusan berkaitan akhirat untuk orang bukan Islam, demikian bagi mereka yang terdapat syak pada status Islamnya walau mereka itu ibubapanya ( Rujuk Tuhafatul Muhtaj )

b. HUKUM HARUS

Ulama juga sepakat mendoakan orang bukan Islam (kafir) agar mendapat HIDAYAH adalah HARUS DAN DIBENARKAN. Demikian juga lain-lain kebaikan bersifat dunia seperti umur panjang, kesihatan, lebih adil dan sebagainya, doa dalam hal kedunia itu HARUS selagi mana dia bukan merupakan seorang penentang utama Islam.

Imam Al-Bukhari sehingga memasukkan tajuk dalam kitabnya :

بَابُ الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ بِالْهُدَى لِيَتَأَلَّفَهُمْ

Ertinya : bab berdoa untuk orang kafir musyrik untuk mendapat hidayah agar dijinakkan hati mereka.

RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil utama dalam hal ini, antaranya :-

* Hadis nabi : -

فَقَالَ : إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ ، فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ

Ertinya : Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa : "Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami (Riwayat Al-Bukhari, no 2779 & Muslim)

Doa yang hampir sama juga pernah Nabi lafazkan untuk Ibu Abu Hurairah, ertinya : "Ya Allah berikanlah hidayah untuk Ibu Abu Hurayrah" (dari Riwayat Muslim)

Al-Hafidz Ibn Hajar menyatakan doa nabi itu merupakan satu taqriri dayang jelas berkenaan keharusannya. Ada ketikanya nabi akan mendoakan kehancuran dan laknat buat orang bukan Islam khususnya di ketika kuatnya kejahatan mereka ke atas umat Islam, di kala tenang dan aman, nabi mendoakan pula hidayah buat beberapa dari kalangan mereka. (Fath Al-Bari, 10/604).

* Hadis nabi :-

كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ : يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ ، فَيَقُولُ : يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

Ertinya : orang Yahudi sengaja buat-buat bersin di hadapan Nabi serta berharap Nabi akan berkata sebagai balasan : Moga Allah merahmatimu kamu, Namun Nabi hanya menyebut : Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperelokkan pemikiranmu ( Riwayat At-Tirimizi& Abu Daud ; sohih menurut Albani)

Doa Nabi untuk mereka mendapat hidayah itu jelas membawa erti keharusan mendoakan hidayah buat mereka. Berdasarkan hadis itu, maka TIDAK HARUS untuk kita menyebut "bless you" kepada orang bukan Islam apabila dia bersin kerana 'bless you' tidak membawa makna yang sama dengan "Moga Allah memberi hidayah buatmu". Justeru, Jika keadaan sesuai (kerana rakan agak rapat & telah ada minat kepada Islam), ucapan selepas mendengar bersin seorang bukan Islam itu boleh ditukar kepada "May Allah guide you" atau apa-apa yang seerti dengannya. Namun jika situasi itu tidak sesuai, eloklah berdiam diri sahaja atau boleh disebut 'get well soon' atau apa-apa ucapan lain bersifat kebaikan dunia.

Syeikh Abu Tib menyatakan tidak boleh kita mendoakan rahmat atau blessing untuk bukan Islam kerana ia lafaz rahmat khas untuk sesama Muslim sahaja. ( ‘Aunu Al-Ma'bud, 13/257)

* Hadis nabi :

Nabi pernah berdoa :

اللهم اعز الإسلام بأحب العمرين

Ertinya : Ya Allah, tinggikanlah Islam melalui salah seorang dari dua Umar ( Umar Al-Khattab atau Amru Hisham iaitu Abu Jahal)

Para ulama juga menyimpulkan keharusan berdoa untuk bukan Islam yang baik dan TIDAK BERCIRI PENENTANG ISLAM agar mendapat bertambah adil, bertambah baik, dipanjangkan umur, tambah anaknya, sihat tubuhnya dan dari jenis manfaat dunia yang tidak melibatkan akhirat serta rahmat dan keampunan.

Sebagaimana nabi pernah meminta Allah melewatkan dan menangguhkan azab ke atas penduduk Taif yang menghalaunya kerana mereka jahil dan tidak mengetahui.

KESIMPULAN

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada isi kandungan doanya, sama ada doa itu diucapkan di dalam khutbah atau di luar ia tetap sama dari sudut hukum. Ia bergantung kepada kandungan. Jika ia melibatkan doa berkaitan urusan dunia seperti tubuh sihat atau mendapat hidayah, DISEPAKATI ULAMA ATAS KEHARUSANNYA. Namun jika keampunan, rahmat dan urusan akhirat DISEPAKATI HARAM.

TIDAK DIBENARKAN JUGA berdoa untuknya dengan rahmat selepas mereka bersin, sebaliknya ubahlah ucapan menuju erti moga Allah memberi hidayah kepadanya.

Jangan dilupa juga, doa kebaikan untuk orang zalim yang pasti menurut neraca Al-Quran dan Al-hadis, sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam adalah ditegah. Dalam sebuah athar yang kukuh jalan riwayatannya, disebut :-

من دعا لظالم بالبقاء فقد أحب أن يعصى الله

Ertinya : sesiapa yang mendoakan untuk orang zalim, maka dia sessungguhnya menyukai untuk menderhakai Allah. (Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

Adapun dalam kes masjid Pulau Pinang, sebelum ingin dipastikan tegolong dalam kategori mana dari pembahagian hukum di atas, apa yang paling penting adalah memastikan sama ada ia benar-benar wujud doa atau tidak, dan jika wujud adakah ia merupakan tindakan individu khatib atau merupakan arahan pihak atasan atau arahan Ketua Menteri itu sendiri. Setelah itu, barulah disemak kandungannya. Jika ia menepati yang diharuskan, TIADA sebarang masalah di sisi Islam. Namun dalam hal ini, disebabkan ia telah bercampur dengan usaha meraih milage politik, hal ini perlu dinilai lebih teliti kerana kemasukan kepentingan politik menambah lagi keraguan kata-kata mereka yang berkata, dari kedua-dua pihak.

Sekian


Dr ASRI:

[MK]...Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Permainan politik

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik.

Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: "Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian...(penerangan Dr Asri ini panjang. Sila ke MK untuk membaca artikel penuh.)


Doa Untuk Bukan Muslim
Disiarkan pada Aug 24, 2010 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |

Doa Untuk Bukan Muslim: Bicara Harmoni Buat S.S Mufti Perak
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin



Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang ‘dikecohkan’ sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati S.S Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salahfaham dapat dielakkan.



Apabila seorang tokoh UMNO yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya ‘malu’) dengan fatwa S.S Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: “apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?”. Setelah mendapat sms itu saya cuba mencari kenyataan S.S Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.



Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh S.S Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan ‘sejahtera’ itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut;



1. Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu. Adapun S.S Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh –bukan lemah seperti saya- dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

2. Pandangan agama yang membabitkan hal bukan muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam. Kita memberitahu dunia ‘Islam adalah agama yang rahmat’, pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

3. Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan –terutama di media-media kerajaan- “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Walaupun Nabi s.a.w –seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan muslim bersama dengan muslim baginda hanya memberikan ‘assalamualaikum’ sahaja. Perkataan ‘assalamualaikum’ itu memang bermaksud ‘kesejahteraan ke atas kamu’. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan ‘salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam’. Tidakkah ‘salam sejahtera kepada bukan beragama Islam’ itu satu doa untuk mereka. Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru ‘salam 1 Malaysia’ juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan muslim. Mengapa tidak diharamkan?. Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

4. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

5. Kata Abdullah bin Mas’ud:

“Aku seakan masih melihat Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: “Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

6. Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi s.a.w pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing. Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah tersebut: “Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar”. Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan muslim.

7. Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan muslim yang bermusuh dengan Islam. Firman Allah: (maksudnya):

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

8. Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu muslim atau bukan muslim. Firman Allah:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113).

9. Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu ‘Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama:

“Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil” (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

10. Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredhaan sesuatu pihak semata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau pendetilan.

11. Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda. Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman? Jika seorang pemimpin muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?

12. Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan muslim menerima Islam ini. Orang cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh. Jika Nabi s.a.w pernah berdoa:

“Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya S.S Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.
Comments


JANGAN GUNA AGAMA IKUT SEDAP PERUT JAH!!!!

HADIAH HARI LAHIR KE 25 PROTON…


Ini adalah cerita mengenai kereta buatan Malaysia yang sangat di banggakan oleh rakyat Malaysia. Proton kereta yang tak perlu diperkenalkan lagi,ia antara kereta terlaris di Malaysia dengan jualan berjuta-juta unit sejak dilancarkan pada tahun 1985 tetapi sepanjang tempoh tersebut proton tidak pernah belajar dari kesilapan.berbagai masalah berlaku pada setiap model yang dikeluarkan kadang-kadang masalah yang sama berlaku pada setiap model tersebut. Jika disenaraikan setiap masalah tersebut maka 2 helai kertas pun tak cukup. Aku ingin beri contoh kereta aku sendiri iaitu Proton Satria aku perhatikan masalah yang ketara ialah power window yang sering rosak,cermin naik senget dan motor power window rosak.Itu salah satu masalah yang sangat ketara. Pada pengguna proton waja dan Gen-2 pula pasti akan menghadapi masalah pembuka pintu patah.Kenapa??Pelik semua ini masalah yang berulang-ulang,ia berlaku hampir pada setiap model yang dikeluarkan.Apa guna R&D yang di ishtiharkan beratus juta ringgit tapi hasilnya sama,sentiasa mengalami masalah yang sama. Proton Persona pula menghadapi masalah yang lagi pelik,aku nk tulis pun heran.Masalah tersebut ialah patah pembuka minyak,masalah yang sangat jarang kita dengar. Selalunya 20 tahun umur kereta pun xrosak lagi benda ni tapi this Persona take just 2 years untuk menjahanamkan benda ni.Gila tak berkualiti langsung. Ini berlaku pada kawan aku sendiri iaitu saudara Fahmi yang menggunakan Proton Persona hampir 2 tahun, mula-mula aku tak percaya tapi bila di buktikan dengan angka jualan penutup minyak untuk model proton persona tersebut memang diakui bahawa memang benda itu bermasalah. Aku juga pernah melihat kereta Proton persona bergerak tanpa penutup tersebut maka ia menguatkan lagi tanggapan aku bahawa tahap kualiti benda tersebut terlalu rendah. Belum lagi kisah bila bukak aircond kereta terus mengeram,berat nak mampos kalau naik bukit or nak memotong.Ini masalah cukup lama dari first model Proton Saga hinggalah kepada Saga jelmaan semula yang diberi nama Saga BLM.

Jadi bila mana kerajaan negeri Kedah tidak membeli Proton Perdana v6 untuk kegunaan ahli exco dan kegunaan pejabat negeri aku menyokong 100%.Ini bukan kerana aku tidak menyokong industri barangan buatan Malaysia tapi aku mahu Proton berubah kearah memberi barangan yang setimpal dengan harga yang dibayar demi keselamatan dan value pada pengguna itu sendiri.Usah ditipu kami rakyat marhaen ini dengan memberi kereta yang tidak selamat dan tidak berbaloi dengan harga yang dibayar. Kereta proton dijual pada harga yang tinggi jika dibandingkan dengan kualiti kereta itu sendiri,tapi apakan daya olehkerana harganya lebih murah dan syarat pembiayaan yang longgar oleh pihak bank menyebabkan kita semua memilih membeli kereta ini walaupun tahu risiko yang bakal di terima.Untuk pengetahuan pihak Proton jika tidak kerana cukai yang tinggi dan syarat pembiayaan yang ketat di berikan pada kereta import, rakyat Malaysia pasti akan berduyun-duyun membeli kereta import yang mana di jamin lebih berbaloi.

Lagi satu yang aku lihat ialah memperniagakan WARRANTY @ JAMINAN yang di berikan. Korang perasan tak warranty ni ialah satu perniagaan? Nak tau macamana? Bila ada warranty pada sesebuah kereta yang dibeli maka secara tak langsung minda kita akan merasa lega tetapi sebenarnya kita tak perasan.Lagi lama warranty yang diberikan lagi seronok kita,ada yang melompat lompat terkinja – kinja kegembiraan tp yang sebenarnay bila warranty ini diberikan sebenarya kita telah terikat dgn pusat servis Proton,maknanya di sini pihak syarikat boleh buat untung lagi. Jarang orang perasan sebab ini adalah fitrah sebagai manusia yang mana sebagai pengguna kita akan merasa terjamin bila ada warranty tapi sebenarnya kita telah ‘di xxpu ).Pasal apa? Cuba korang piker ye untuk servis pertama berapa charge?ke 2?ke 3 dan seterusnya mengikut kilometer yang di tentukan.Brapa sangat peratusan yang korang claim untuk kerosakan dan kelemahan kereta?Tapi yang aku duk perhatikan ialah pengguna terpaksa membayar lebih jika di bandingkan dengan harga sebenar di bengkel-bengkel kereta lain. Pasal ni la pusat servis proton buleh hidup,selagi ada sales dari proton selagi itulah bengkel- bengkel ini buleh hidup, mereka buleh membuat kira – kira budget plan sehingga 5 tahun ke depan berdasarkan warranty kereta pelanggan mereka. Ini membuktikan warranty mempengaruhi keuntungan mereka pada masa depan,disinilah aku cakap warranty adalah perniagaan. Macam –macam cara membodohkan manusia,belajar dari buku –buku dan Teori Maslow tu kunci kepada apa yang pengguna inginkan.

Takkan la nak suruh kita semua kumpulkan semua masalah dan pengguna kereta ini untuk menuntut ganti rugi teladan seperti mana yang berlaku pada syarikat Toyota di US baru mereka ini nak berubah..Aku sayang pada syarikat kereta nasional ini jadi aku harap pada masa akan datang mereka akan berubah.

By sejadahburuk 25/08/2010

Sunday, August 22, 2010

Ganti - Itu satu adudomba awas orang islam.Jangan jadi BODOH!!!!!

dipetik dari Harakahdaily 22/08/2010

Khutbah: Umno terdesak dapatkan sokongan Melayu
Written by Mohd Ali Hashim

GEORGETOWN, 22 Ogos: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menyelar tindakan Umno yang menggunakan isu agama dalam keadaan yang begitu terdesak bagi mendapat sokongan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

Menurut beliau, Umno diminta supaya segera mengundurkan diri dari terus berperang bagi menangani masalah masyarakat Melayu kerana PAS telah sedia untuk menggantikan mereka dalam apa jua situasi.

Katanya, dalam isu doa dalam khutbah jumaat yang dipolitikkan oleh Umno, mereka perlu mengenal pasti dengan bukti bahawa sememangnya wujud khutbah yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Tambahnya, jika ia adalah doa bagi memohon kesejahteraan itu adalah 'standard' dan tidak boleh diubah kepada nama-nama lain.

Namun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata sekiranya doa yang dibaca secara umum untuk diberikah hidayah, itu bukan masalah kerana ia suatu perkara yang biasa apabila rakyat berdoa untuk diberi petunjuk kepada sesiapa sahaja termasuk Ketua Menteri.

Katanya, apa yang menjadikan isu itu satu fitnah Umno terhadap kerajaan negeri ialah perkataan 'ganti' yang digunakan dan ia satu pembohongan besar yang sengaja diperbesarkan untuk menimbulkan kemarahan rakyat di negeri ini.

“Sebagai umat Islam kita boleh berdoa kepada sesiapa sahaja, namun begitu perkataan 'ganti' yang digunakan itu membahayakan kerana ia sudah disalah tafsir oleh sesetengah pihak selain ia melibatkan nama besar Yang di-Pertuan Agong dan Islam,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Tambahnya lagi, Umno bermain dengan isu yang sangat merbahaya dengan mengheret isu agama dan institusi istana bagi memenuhi agenda politik mereka supaya berlakunya kerenggangan antara kerajaan negeri dan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

KAH KAH KAH TIADA ENAKMEN ATAU SYEKSYEN PULAK KE??

Khatib terus doakan Guan Eng
Oleh Amin Ridzuan Ishak

2010/08/22
BUTTERWORTH: Kejadian khatib menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat terus berlaku walaupun pelbagai pihak sudah menyatakan bantahan.

Kelmarin, insiden berlaku di Masjid Kubang Buaya, Bagan, di sini, dan lebih mengejutkan adalah khatibnya ialah Zakaria Ahmad, iaitu individu yang turut membacakan doa tanpa menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya menggantikan nama Guan Eng dalam beberapa kes sebelum ini.
Click Here
Beberapa saksi yang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan mendakwa mendengar Zakaria yang juga adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad membacakan doa seperti berikut:
“Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.”

Bagaimanapun, Zakaria tidak ada mendoakan kesejahteraan Tuanku Mizan sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas yang sepatutnya dibacakan dalam doa kedua solat Jumaat.

Berang dan marah dengan tindakan khatib itu, tiga saksi yang mendengar doa berkenaan, Mohd Shahril Harun, Mohd Radzi Hussain serta Muhammad Fahmie Omar, membuat laporan di Balai Polis Butterworth sambil ditemani pemimpin Pemuda UMNO Pulau Pinang, kira-kira jam 11.30 pagi.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Naina Merican dan Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.
Satu lagi laporan dibuat oleh Kariah Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor, kira-kira jam 2.30 petang semalam oleh Suid Saad. Laporan itu merujuk kepada khutbah Jumaat di masjid berkenaan pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan kejadian itu dan sudah memulakan siasatan.
“Tetapi kami belum mengklasifikasikan kes terbabit untuk disiasat mengikut seksyen mana kerana memerlukan kajian mendalam terlebih dulu,” katanya.


SEBAGAI MUSLIM AKU NAK BAGI SATU PERSOALAN SAHAJA? APAKAH RUKUN SOLAT JUMAAT DAN RUKUN-RUKUN KHUTBAH.MANA YANG WAJIB SUNAT DAN TAK PERLU LANGSUNG.
JANGANLAH MEMBERI RUPA HODOH PADA AGAMA ISLAM DISAAT BUKAN ISLAM MAKIN MEMBERI PERHATIAN PADA AGAMA ALLAH INI.JANGAN KHIANAT PADA PERJUANGAN AGAMA.