mizam product

mizam product

Friday, July 17, 2009

TAKZIAH DI UCAPKAN KEPADA KELUARGA MENDIANG TEOH BENG HOCK

Kematian mengejut sorang pembantu Exco kerajaan negeri Selangor sangat memeranjatkan penduduk Malaysia.Penulis berasa gerun dan takut dengan negara Malaysia pada hari ini.
Terjatuh?Bunuh diri?atau di Bunuh? Tiada siapa yang tahu,tapi dari fakta kes dan keadaan mangsa berbagai andaian boleh di buat. Kenapa berlaku di SPRM? Bagaimana berlaku? Siapa ada bersama? Bagaimana beliau boleh di benar bebas berlegar di situ tanpa pemerhatian? Siapa yang boleh mengesahkan kenyataan ketua pengarah SPRM bahawa beliau telah di lepaskan pada 3.45 pagi? Kenapa dia tidak pulang ke rumah? Bagaimana dia boleh jatuh dari sudut yang meragukan? Apakah sebab beliau membunuh diri? Pada pukul berapa kejadian berlaku? Siapa yan menemui beliau antara jam 3.45 pg - 1.30 ptg? siapa dapat mengesahkan semua ini?

SPRM haruslah bersedia bertanggungjawab dan pihak polis menyiasat perkara ini dan ditubuhkan siasatan di raja untuk menyelesaikan kes ini untuk kebaikan bersama pada msa hadapan. Kepada pihak keluarga di harap bersabar dan berusahalah untuk mendapatkan kebenaran.Penulis sebagai warga negara yang merdeka mengharapkan keadilan berlaku dalam hal ini.

wassalam...

No comments: