Doakan kesejahteraan bukan Islam haram: Mufti
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan S Anand Kumar
2010/08/22
KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.
Katanya, perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.
“Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, Moin Ismail, 70, antara ratusan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Menora, Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 25 Jun lalu mendakwa khatib mendoakan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta rakannya dalam kerajaan negeri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengarahkan polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menyiasat dakwaan berkenaan bagi mengenal pasti sama ada tindakan terbabit dibuat atas arahan pihak tertentu.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi pula, berkata perbuatan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bertujuan menghina Raja selaku penaung agama Islam di negara ini.
Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah, berkata khutbah Jumaat tidak seharusnya digunakan untuk kepentingan politik kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan orang Islam.
“Saya amat terkejut membaca laporan akhbar beberapa masjid di Pulau Pinang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS menyokong penuh satu siasatan dilakukan bagi membuktikan laporan nama Guan Eng digunakan di dalam khutbah di Pulau Pinang.
SENDIRI FATWA SENDIRI TANGGUNG LA NANTI,KALAU BETUL TAK PA TAPI KALAU SALAH SENDIRI TANGGUNG LA. LAGI SATU INI ISU POLITIK DAN MUNGKIN WUJUD UNSUR SABOTAJ JADI PADA PARA SABOTAJ BERSEDIALAH DENGAN HUKUM ALLAH S.W.T NANTI.TAPI JIKA BACAAN DOA ITU IKHLAS DARI KHATIB INI MENUNJUKKAN KEMAJUAN KERANA MEMPUNYAI PEMIMPIN YANG DIREDHAI ALLAH MAKA INSYAALLAH NEGERI PULAU PINANG MAKIN MAKMUR DI BAWAH SAUDARA LIM GUAN ENG.
Sunday, August 22, 2010
Wednesday, August 18, 2010
Di sini, Dinar dan Dirham: Di sana, dengki dan dendam
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh Umno. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin Umno ‘menunjuk cerdik’ memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.
Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.
Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.
Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.
Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!
Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas.
Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.
Realitinya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1 bukan bernilai RM1 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5 atau RM10. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.
Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikiran seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.
Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM108,200 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!
Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.
Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?
Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-Allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!
Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud: ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”

Thursday, July 22, 2010
PERKASA syor UMNO, PAS dibubarkan (berita hairan 22/7/10..)
KAH KAH KAH....SIAPA PERKASA NI????BILA LAHIR MAKHLUK NI????HAHAHA PELIK2..GELI URAT KENTUT BILA BACA..WOI BERITA HAIRAN KO KALU NAK PUBLISH PON AGAK-AGAKLA...DA JADI MACAM MAJALAH UJANG DAH BERITA YANG KORANG TULIS.
POK KATAK DAH DAH LA KO BERCAKAP,BUAT MALU ANAK CUCU JE..NAK SELAMATKAN UMNO PON PASAL APA DUK BABITKAN PAS??? TAK PAHAM KE KAMI TAKNAK UMNO ATAU APCO. UMNO UNTUK ORANG UMNO JE UDAHLA.KO PERKASA BUAT APA CAMPUR???PATUT LA KHAIRI PANGGIL KO JAGUH KAMPUNG.TAK LAYAK LANGSUNG JADI MP,JADI JKKK KAMPUNG BLEH LA. HAHAHA.
"Senator selar pemimpin PAS, PKR tidak pertahan hak Melayu" NI LAGI SATU SENATOR GILA MANA YANG MEROYAN KUTSIR NI,SAPA KATA PAS NAK BELA MELAYU???PAS NAK BELA ISLAM DAN MELAYU IKUT PERLEMBAGAAN SUDAHLA.HAK-HAK YANG DAH TERJAMINTU PAS DAN PKR NAK PULIHKAN SEMULA JE YANG MANA TELAH DIRUSAKKKAN SELAMA 50 TAHUN SEJAK NEGARA DI PERINTAH OLEH ORANG YANG SALAH..PAHAM-PAHAM JE LA YE SAPA MANGKUK TU.
NAK LAGI SEBUT PASAL MELAYU!!!AKU MELAYU TAK RASA PON ADA KEISTIMEWAANYA.ALLAH JAMIN ISLAM JE UNTUK SELAMAT,MELAYU TAK KEMANA TAMBAH-TAMBAH MELAYU DUK TIPU MELAYU JE SEKARANG NI.

Wednesday, July 21, 2010
TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMAHAMI AIR MATA RAKYAT..
Yang miskin subsidi yang kaya
Lim Chun Piao | Jul 21, 2010 06:39:46 pm
Kenaikan harga, atau "penyelarasan" sebagaimana yang disebut dalam akhbar menjadi tumpuan ramai baru-baru ini. Kerajaaan masing-masing mengetengahkan pakej ransangan ekonomi sebagai reaksi kepada tsunami ekonomi global pada tahun 2008, seolah-oleh pengikut setia John Maynard Keynes, pakar ekonomi yang terkemuka.
Dalam tempoh dua tahun sahaja, masing-masing terasa sesuatu yang tidak kena pada tempatnya, segera menjauhkan diri daripada roh John Maynard Keynes, dan mula membincangkan pengetatan fiskal (fiscal tightening). Seiring dengan pola global ini, kerajaan Malaysia juga beralih daripada dua pakej ransangan ekonomi, kepada formula naik harga pada hari ini.
Sememangnya kita sedar bahawa subsidi berlebihan akan menjejaskan keseimbangan bekalan-keperluan dalam pasaran. Kini, kita ingin tahu, ke manakah wang yang dijimatkan selepas kerajaan BN mengurangkan subsidi?
DAP yang sentiasa "mendampingi rakyat" semestinya akan bersuara untuk rakyat. Bermula daripada pemberian dana kepada warga emas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, sehinggalah adik-beradik Nga-Ngeh yang mempertikaikan ke mana perginya wang petroleum sejumlah RM592 bilion... yang semestinya akan meredakan kemarahan warga emas.
Defisit meningkat; Hutang melambak
Pada hakikatnya, "sudsidi" yang mampu dibiayai kerajaan sekian lama ini, bertukar menjadi dosa yang dituding jari selepas kenyataan "bankrap" oleh Idris Jala, Menteri Jabatan Perdana Menteri. Jika dilihat dari sekarang, kenyataan tersebut lebih merupakan hujah memanaskan badan untuk memberi laluan kepada kenaikan harga pada hari ini.
Selepas kemelut ekonomi pada tahun 1998, Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad melaksanakan langkah seperti "capital control" (kawalan modal) dan sebagainya. Tetapi, apakah harga yang kita bayar? Jawapannya boleh dibaca dari kenyataan Idris Jala, defisit negara telah bertambah dari RM5 bilion pada tahun 1998, kepada RM47 bilion pada tahun 2009. Hutang negara kita pula meningkat daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM 362 bilion pada tahun 2009, menyaksikan pertumbuhan pada kadar 12% mengikut tahun.
Seandainya dihitung mengikut populasi yang mencecah 27.5 juta orang, maka secara puratanya setiap warga Malaysia memikul beban hutang sebanyak RM13,164 seorang. Dengan kata lain, kerajaan kita menjadikan daya produk rakyat pada masa depan sebagai "jaminan", untuk meminjam hutang dari negara asing melalui bon kerajaan, yang akhirnya menjurus kepada lambakan hutang. Akibatnya, kerajaan dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang masa depan rakyat, yang wujud dalam bentuk "pinjaman hutang" pada masa sekarang. Kini, Najib pula menasihatkan rakyat bahawa subsidi akan dikurangkan, ubahlah cara hidup kamu!
Pada hakikatnya, beliau harus lebih jujur untuk mendedahkan kepada rakyat: perbelanjaan yang ditampung dengan defisit oleh kerajaan telah dihabiskan melalui projek mega sejak zaman Mahathir. Wang masa depan yang dimiliki rakyat, kebanyakannya bukan digunakan sebagai subsidi, tetapi untuk men-subsidi kroni yang menyembunyi di sebalik projek gajah putih.
Kita semuanya tahu bahawa sumber ada hadnya. Gerombolan BN telah menghabiskan sumber negara secara melampau, dan penipuan ini bakal terburai pada suatu hari nanti. Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu, lebih banyak buih yang bakal berpecah. Kumpulan berkepentingan yang berada di gelanggang mula gelisah, kerana mereka mungkin kehilangan segala-galanya sebaik sahaja permainan ini tamat.
Yang miskin subsidi yang kaya
Mungkin tiada orang yang menemui kekotoran yang ada di dalamnya, semasa ekonomi mengalami pertumbuhan pesat, seperti zaman akhir 1980-an dan awal 1990-an. Selagi keluaran negara kasar (KNK) melambung, maka keghairahan untuk menjana pembangunan ekonomi dengan pinjaman hutang boleh diteruskan.
Persoalannya, kroni dan kelas politik-ekonomi ini mula menyedari bahawa formula ini tidak dapat beroperasi apabila ekonomi diperlahankan, malah gagal menampung keperluan kumpulan berkepentingan yang semakin berkembang. Jadi, macam mana?
Akhirnya, cukaikan rakyat secara langsung dengan mengurangkan subsidi kepada pelbagai keperluan asas. Polisi monetari yang sekian lama ini kekal pada kadar faedah rendah, dinaikkan baru-baru ini, menyebabkan harga barang melambung tinggi. Kadar faedah simpanan lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya. Maksudnya, nilai "wang simpanan ditambah faedah" menjadi kurang berikutan kadar inflasi yang lebih tinggi. Maka, ia seolah-olah cukai yang dikenakan ke atas rakyat jelata, atau dengan kata lain, yang miskin men-subsidi yang kaya.
Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilewatkan pelaksanaannya, bakal mencekik lebih ketat leher rakyat. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh UMNO sebagai pengagihan yang adil, apabila kerajaan mengagihkan "faedah pinjaman" yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum dan kelas.
"Pengagihan yang adil" ini mungkin boleh melegakan kumpulan berkepentingan pada jangka pendek, tetapi bakal menamatkan hayat mereka untuk jangka panjang. Menyembuyikan pertentangan dalaman dengan inflasi bakal mengundang malapetaka kepada dirinya. Ini masalah sebenar yang dihadapi kerajaan BN, dan juga dilema Najib.
*Lim Chun Piao ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

Saya mufti, takkan saya berbohong - Harussani
copy from melayau 21/7/2010
PUTRAJAYA 20 Julai - Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai mufti yang menyeru umat Islam supaya sentiasa ke jalan Allah, takkan beliau sanggup berbohong bahawa dirinya pernah didatangi pemimpin Pas dan UMNO untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.
Menurut Mufti Perak itu, semasa kunjungan kedua-dua pihak yang disertai pemimpin berjawatan tinggi kedua-dua parti yang berlaku 'dalam sebulan dua ini' itu, beliau telah diminta untuk menjadi wakil supaya usaha penyatuan itu dapat dijayakan.
''Saya seorang mufti, takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu, jadi saya tidak berbohong.
''Orang Islam ni kalau terjadi dua puak yang bertentangan, maka hendaklah didamaikan.
''Depa nak tuduh saya berbohong, itu depa punya pasal, saya tak nak masuk neraka (jika tidak mengusahakan soal penyatuan dan perpaduan umat Islam ini)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Semalam, kedua-dua Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin Pas dan UMNO menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan UMNO dan Pas.
Menurut Harussani, pertemuan itu memang berlaku walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh Pas secara rasmi.
''Pertemuan ini semata-mata untuk pertahankan Islam dan orang Melayu. Saya baru sahaja menyarankan soal pentingnya perpaduan orang Melayu yang hanya 55 peratus di negara ini, itu pun sudah 'ribut'. Saya hairan mengapa 'ribut' sangat ni," katanya.
Dalam pada itu Harussani turut menyifatkan pemimpin Pas sebagai keras kepala dan degil kerana enggan bersatu sesama Islam walaupun ia adalah untuk kebaikan.
''Pas yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap perpecahan umat Islam di negara ini sehingga orang bukan Islam semakin berani mempertikaikan Islam sekarang.
''Ini kerana mereka begitu degil dan walaupun berjuang atas nama Islam tetapi apabila disuruh kembali bersatu kerana Islam, mereka tidak mahu," tegasnya.
Beliau juga secara sinis membidas pihak yang menuduh beliau sebagai pengkhianat ekoran kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak.
''Saya khianat apa? Kerajaan DAP Perak jatuh, saya tiada kena mengena. Mereka bawa ke mahkamah dan apabila keputusan pertama berpihak kepada mereka, mereka seronok tetapi apabila kalah, saya pula dituduh sebagai pengkhianat," kata Harussani.
Beliau turut menegaskan bahawa melompat parti tiada kena mengena dengan Islam kerana ia adalah hal kepartian.
''Kalau mereka keluar Islam, maka mereka murtad tetapi kalau keluar parti bukan murtad.
''Merata-rata orang melompat. Ikut suka mereka hendak meloncat ke hendak merangkak ke hendak duduk," katanya.
AYAT MANA DALAM AL QURAN KATA MUFTI XBERDOSA????XKN MUFTI MAKSUM KOT????

Ini bukan cerita lawak..(Di larang gelak)

Ini adalah kempen!!!
UNTUK MENYELAMATKAN POKOK-POKOK KITA DI KEMPEN KURANGKAN PENGGUNAAN KERTAS @ PEPER LESS DI SEMUA JABATAN TAK KIRA SWASTA ATAU KERAJAAN. KITA DI SARAN MENGGUNAKAN SOFT COPY (EMAIL ,ETC.)
UNTUK MENJIMATKAN TENAGA ELEKTRIK KITA DI SERU SUPAYA MEMINIMUMKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK AGAR TIDAK MEMBAZIR.CONTOHNYA BILA BERJIMAK TUTUP LAMPU,BILA BERSEMBANG DIRUMAH SILA TUTUP SEMUA LAMPU ,KIPAS DAN SEBAGAINYA.
KEMPEN PEMANASAN GLOBAL.
OFFKAN SEMUA LAMPU,PERKAKAS ELEKTRIK SELAMA 1 JAM.KALAU BOLEH LAMPU ISYARAT KAT JALAN RAYA PUN DI OFFKAN JUGA. DENGAN KATA LAIN SEJAM TANPA ELEKTRIK!!!!( HABIS SATU DUNIA BERGELAP)
UNTUK KEMPEN KURANGKAN PENGGUNAAN KAPAS ATAU BENANG RAKYAT DISERU MEMAKAI PAKAIAN SEKSI,TUDUNG KEPALA TAK PAYAH PAKAI,KAIN BIAR SINGKAT SEHABIS YANG BOLEH, BAJU SEMUA NAMPAK PUSAT,SELUAR DALAM SEMUA DI DESIGN SEPERTI G STRING UNTUK LELAKI DAN WANITA, BELAKANG BAJU MESTILAH JARANG DAN KALAU BOLEH TERBUKA SELUAS YANG BOLEH,.
UNTUK KEMPEN MENJIMATKAN MINYAKRAKYAT DISERU NAIK BASIKAL (MANTAN PM PAK LAH 2008)
UNTUK KEMPEN JIMATKAN BERAS BILA BERAS MAHAL RAKYAT DISERU MAKAN UBI KAYU.(PAK LAH LAGI)
UNTUK KEMPEN KESIHATAN (KENCING MANIS) RAKYAT DI SERU KURANGKAN PENGAMBILAN GULA. (PM KITA LAA NI LAH)
UNTUK KEMPEN KURANGKAN GULA RAKYAT DI PAKSA MEMBELI GULA PADA HARGA YANG MAHAL.(SIAPA DIA NI ???)
by sejadahburuk 21/07/2010
Tuesday, July 20, 2010
Mari kita hayati bersama...
Mana pergi subsidi kami
Dr Asri Zainal Abidin
kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..
kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?
apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?
maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..
dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja
pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..
sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..
tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..
tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..
tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..
kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..
lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..
kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..
dr maza
July 2010

Subscribe to:
Posts (Atom)