mizam product

mizam product

Friday, January 21, 2011

DUN PELABUHAN KLANG KOSONG!! WOIT MANA UMNO CAWANGAN PELABUHANG KELANG NI??DA BUBAR KE??

Jumaat Januari 21, 2011
Badrul Hisham Rancang Ke Mahkamah Pertahan Kerusi Pelabuhan Klang

SHAH ALAM: Badrul Hisham Abdullah berkata beliau akan menggunakan saluran undang-undang bagi mempertahankan kedudukannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, selepas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytihar kerusi DUN itu sebagai kosong ekoran kegagalan beliau menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham berkata beliau akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau masih lagi wakil rakyat Pelabuhan Klang yang sah.

Beliau yang ditemui selepas perjumpaan dengan wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno/BN Negeri Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini berkata permohonan itu akan difailkan secepat mungkin.

Beliau seterusnya mengesahkan akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin ini, dan menurutnya beliau belum menerima surat rasmi mengenai pengosongan kerusinya daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Semalam Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham kosong kerana kegagalannya menghadiri persidangan Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah, berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan untuk rayuan.

Badrul memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihanraya Umum 2008 dengan majoriti 4,407 undi menewaskan calon BN serta calon bebas, sebelum meninggalkan PKR pada Oktober 2009 untuk menjadi Adun bebas mesra BN pada 2009, dan menyertai Umno pada Mei tahun lepas. - BERNAMA


KAH KAH KAH GILA PUNYA TIMB. PENGURUSI PERHUBUNGAN NI, WOIT MASIH NAK BERADUNKAN KAKI LOMPAT KE???KAH KAH KAH SAH UMNO KAT SANA DA NYAWA-NYAWA IKAN...MANA PEJUANG UMNO KELANG? TAKUT KE ATAU DA TAKDA CALON. BODOH LA KALO SOKONG SI BADRUL NI SEDANGKAN KORANG ADA PELUANG RAMPAS DUN NI,TAKDA GUNA LA KALO KO DUK MELOBI SELAMA NI TAPI SOKONG PENDAPAT NOH OMAR TU..KAH KAH KAH..ADUN XLEH PAKAI NAK DIBUAT KAWAN..KENA GELAK KAT RAKYAT JE..MEMANG PARTI UMNO NI DA MONOPOUSE HAHAHA...PEMIMPIN TAKDA OTAK DIANGKAT JADI KETUA

No comments: