mizam product

mizam product

Wednesday, October 15, 2008

Harga Minyak Turun Lagi!!Harga Barang dan Perkhidmatan Bagaimana Pula????

Tahniah di ucapkan kepada pihak kerajaan kerana menurunkan harga minyak petrol dan diesel masing-masing sebanyak 15sen dan 20sen mulai 15 Oktober 2008.Dengan harga pasaran disekitar AS 77 - AS 80 dolar setong maka langkah kerajaan MENURUNKAN harga minyak adalah sangat tepat pada masanya.Setidak tidaknya dapatlah mengurangkan beban yang di tanggung rakyat pada hari ini.Walaupun penurunan tu adalah kecil merujuk kepada kajian prof. dari UKM yang mengatakan harga minyak boleh di turunkan kepada RM1.92/Liter jika harga minyak mentah dunia disekitar AS 72 dolar per tong seperti yang disiarkan oleh akhbar Kosmo pada 13 OKT 2008 tetapi tak apela sekurang-kurangnya kerajaan tetap prihatin kepada rakyat dengan menurunkannya sedikit. Jadila dari tak turun langsung.Dapat murah sikit pun takpe, mungkin pak cik yang menggantungkan kereta didepan rumahnya pada masa harga minyak dinaikkan dulu sedang berkira kira untuk mengupah orang menurunkannya kembali hari ini.Walaupun kita tengok kisah beliau mungkin membuatkan kita geli hati tetapi harus di ingat itulah luahan perasaan golongan marhaen yang menunjukkan bahawa kenaikan harga bahan bakar pada masa tersebut yang mana boleh dianggap sejarah hitam kepada rakyat membuatkan rakyat merasa cukup terseksa.

Tengokla apa jadi pada harga barang pada masa kini??? Melambung beb....Penulis ingin bertanya pada syarikat utiliti negara iaitu TNB bila lagi nak turunkan tarif????Dulu ghairah ingin menaikanya sekarang kerajaan da 3 kali turunkan harga bahan bakar you bila lagi??? Apa alasannye pula kali ini???

Senario dari penurunan harga minyak ini diharap mampu menjadi penggerak kepada penurunan harga barang dan caj perkhidmatan yang di naikkan sebelum ini.Tetapi nampaknya sukar......Contoh yang senang penulis ingin berikan ialah Harga Nasi Lemak biasa pada sebelum kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan oleh kerajaan ialah RM1.00 tetapi selepas pengumuman kenaikan harga bahan bakar Harga tersebut telah berubah menjadi RM 1.20,satu lagi ialah harga ais sebelum kenaikan harga bahan bakar ialah RM2.50 tetapi selepas pengumuman kenaikan harga bahan bakar Harga tersebut telah berubah menjadi RM 3.30 naik sehingga 80sen, soalnya bila harga pada masa kini telah turun adakah harga nasi lemak dan ais tadi juga ikut turun???

Penulis bukanlah ingin mencari salah sesiapa tetapi harus diingat bahawa setiap keputusan yang dibuat melambangkan kebijaksanaan seseorang pemimpin.Bila keputusan dibuat dengan tergesa-gesa tanpa kajian secara terperinci nilailah sendiri ape yang berlaku pada masa kini.Kelemahan pentadbiran membuatkan rakyat sengsara.

Jadi penulis mencadangkan kepada pihak berwajib agar memikirkan bagaimana cara untuk mengembalikan semula keyakinan dan juga tahap kesejahteraan rakyat.
Pertama kerajaan mestilah mencari jalan untuk menurunkan kembali harga barang makanan dan barang keperluan yang melambung tinggi pada masa lalu.
Wujudkan harga siling setiap barang keperluan dengan melakukan kajian terperinci dalam menentukan harga,pihak kerajaan mempunyai cukup kakitangan dalam agensi penguatkuasaan untuk mengawal harga.Dengan tambahan peranan PEGAWAI PEMANTAU HARGA yang dilantik oleh kerajaan sepatutnya akan memberikan lebih kesan terhadap pengawalan harga.Jawatan yang diwujudkan tersebut tidak akan berkesan andai kata pihak kerajaan tidak bersungguh sungguh dalam melaksanakan penurunan harga. Mengapa harga beras melambung tinggi???Turunkan kembali!!Diharap dengan penurunan tersebut akan mengembalikan harga makanan seperti sediakala.Bagaimana pula dengan tarif elektrik???Ini syarikat kepunyaan kerajaan...GLC,takkan itu pun tak boleh nak handle demi kesejahteraan rakyat..yang paling penting jangan membazir....ini penyakit dari zaman Tun M hingga sekarang,negara yang ditadbir kerajaan banyak membazir,berbelanjalah secara berhemah,ingat itu amanah bukan duit korang!

Akhir sekali diharap kerajaan meneruskan lagi penurunan harga petrol dan menurunkan semula harga barang.

1 comment:

sejadahburuk said...

Orang ramai desak harga barang keperluan diturunkan
Hashim Abdullah
Mon | Oct 27, 08 | 12:18:11 pm MYT

TEMERLOH, 27 Okt (Hrkh) - Golongan berpendapatan rendah memandang sinis tindakan kerajaan yang akan menurunkan harga minyak tetapi gagal menurunkan harga barangan keperluan sebagaimana sebelum kerajaan menaikkan harga minyak dahulu.
Iklan




"Apalah makna penurunan harga minyak jika impak daripada kenaikan harga barangan keperluan tidak diatasi sebagaimana sebelum kerajaan menaikan harga minyak dulu.

"Turunkan harga minyak sebagaimana asal dulu, malahan turunkan lagi memandangkan harga minyak global turun merudum. Tidakkah itu hujah kerajaan ketika menaikkan harga minyak?

"Dulu kerajaan kata terpaksa naikkan harga minyak kerana minyak dunia naik sekarang harga minyak dunia merudum mengapa tidak turunkan harga minyak sebagaimana harga minyak dunia," soal kebanyakan mereka yang ditemui Harakahdaily dalam tinjauan umum di sini, baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato� Shahrir Abdul Samad dalam kenyataannya baru-baru ini membayangkan penurunan harga minyak kali ketiga akan dilaksanakan pada 30 oktober atau pada 1 November ini.

Menurut Abdul Razak Zin, pekerja swasta, apapun langkah yang ingin dibuat pemimpin kerajaan bagi membantu meringan beban rakyat mesti bermula dengan penurunan harga barangan keperluan.

"Kesan yang dideritai rakyat bawahan akibat daripada langkah kerajaan menaikkan harga barangan keperluan dahulu ialah ketiadaan keseimbangan antara pendapatan dan kos sara hidup seharian.

"Kita bukan menteri yang hidup serba mewah. Kami orang miskin yang rata-rata hidup kais pagi makan pagi. Orang macam kami tak banyak guna minyak tetapi kami dibebani dengan kenaikan harga barangan. Barang keperluan tak turun walau pun kerajaan turunkan harga minyak. Inilah masalah rakyat miskin yang perlu dibela kerajaan," katanya.

Suri rumah Nor Fiza Ishak pula mahukan kerajaan serius dalam membantu golongan bawahan menghadapi kehidupan yang serba tertekan sekarang.

"Cuba bayangkan kalau pendapatan kita di bawah seribu ringgit dengan enam atau tujuh orang anak. Mana nak belanja sekolah anak lagi, nak makan, bayar air dan api, semua itu bukannya murah. Sekarang harga barangan keperluan asas sangat mahal, macam mana nak uruskan kehidupan. Tolong fikirkan masalah rakyat miskin," katanya.

Penjual ikan, Hasim Husein pula mahukan kerajaan mengatasi masalah ekonomi golongan bawahan terutama bagi rakyat biasa yang tidak mendapat pembelaan hidup sebagaimana para menteri dan kakitangan kerajaan.

�Orang macam kami yang berniaga kecil-kecilan, kami ni cari makan laksana kais pagi makan pagi, sekarang berniaga pun susah, orang mula jimat berbelanja. Tambah pula harga getah dan kelapa sawit jatuh, makin susah kami berniaga.

"Pemimpin kerajaan sepatutnya sedar dari awal akibat daripada menaikkan harga minyak. Sekarang kita rakyat bawahan tanggung akibatnya. Sebab itu kalau nak turunkan harga minyak turunkan sehingga orang mampu berbelanja, kalau tidak orang macam kami jadi mangsanya," katanya kesal.

Sementara itu dalam tinjauan Harakahdaily di beberapa premis perniagaan di sekitar Bandar Temerloh juga mendapati peniaga mengeluh kerana daya beli orang ramai semakin menurun.

"Daya beli orang ramai jatuh sebab harga getah dan kelapa sawit rendah," kata mereka. - mns_