mizam product

mizam product

Thursday, November 5, 2009

KEDAI KOPI VS STARBUCKS

Kedai kopi (KK)lazimnya berada di kampung-kampung yang mana penunggunya ialah orang kampung samaada tua atau muda yang mana rata-ratanya berlatar belakangkan pendidikan rendah dan juga mempunyai pekerjaan kampung seperti petani,tukang rumah,bawak beruk naik nyor dan juga keja kontrak.Purata pendapatan mereka biasanya kurang dari RM1500.00 sebulan.Ini secara jelas menunjukkan mereka berada pada paras kemiskinan seperti mana yang dikeluarkan oleh jabatan perangkaan negara.Inilah sedikit sebayak bayangan kepada penunggu kedai kopi.

Starbucks pula lazimnya berada di bandar-bandar besar dan mempunyai pengunjung yang rata-ratanya mempunyai latarbelakang yang hebat iaitu berpendidikan tinggi,mempunyai jawatan tinggi,mempunyai pendapatan yang pasti RM2000.00 keatas kalau tidak masakan sanggup berbelanja RM16.00 untuk secawan kopi berbeza dengan kedai kopi yang mana kopi O berharga RM1.00 sahaja.Inilah sedikit gambaran latar belakang pengunjung sturbucks.

Penulis mengambil contoh kedai kopi dan juga sturbucks kerana penulis ingin mengajak anda semua melihat perbezaan pemikiran orang kampung dan juga orang bandar,penulis ingin memberi kesedaran kepada kita semua bahawa tidak semestinya orang bandar itu lebih cerdik daripada orang kampung.Kita kembali kepada politik negara,cuba kita perhatikan mengapa orang kelantan yang rata-ratanya boleh dikelaskan pengunjung kedai kopi memilih kerajaan PAS sebagai pemerintah selama hampir 19 Tahun.Cuba kita tanya kepada mereka,Kenapa?? Kenapa menolak kemajuan yang ditawarkan oleh kerajaan pusat??Adakah anda anti pembangunan?cubala tanya mana orang kampung samaada yang tua atau muda yang mana memangkah Bulan.

Kita selalu mengutuk bila tengok orang kampung di kedai kopi yang bercerita berdegar-degar macam lawyer yang hebat.Cuba kita pergi dengar apa yang mereka sembangkan.Ia berkaitan isu negara,rasuah,birokrasi dan kepincangan kerajaan.Mereka tak bincang pasal belajar,pointer dapat berapa,pasal bisness ko dapat untung berapa aku dapat berapa,mereka tak bincang malam minggu nak pegi mana?disko mana,dan apa-apa yang disembangkan oleh golongan yang mengatakan mereka cerdik pandai yang bersidai kat sturbucks.

Mungkin mereka bodoh tetapi mereka lebih memandang kepincangan negara yang berlaku di depan mata mereka.Mereka mungkin hanya tahu bercakap saja,mungkin anda betul tatapi kenapa yang cerdik pandai ni,yang belajar tinggi-tinggi dan habis beribu-ribu ringgit ni tak pulak menolong untuk memperjuangkan apa yang mereka ini tak puas hati.Adakah mereka yang cerdik pandai ni juga mahu cari makan melaui rasuah?Adakah mereka ini tak sedar kerana mereka ini asyik duk mengejar dunia dan kemewahan sehingga terlupa apa yang patut mereka lakukan bila otak dah cerdik pandai!!!Ke ada syer jugak??Lupa ke kat orang kampung sana,yang duk kena tipu ngan kerajaan.Beban yang mereka ini tanggung takkanla anda tak boleh tengok kepayahan penduduknya oleh kerana korupnya pemerintahan kerajaan.Fikir-fikirkanlah....

Walaupun orang kampung ni xberpelajaran tinggi tapi kefahaman dan juga sensitif mereka terhadap halal haram,pengurusan kewangan negara,dan isu-isu semasa membuatkan mereka ini lebih bertanggungjawab dari kita yang mendapat pendidikan di peringkat tinggi.Penulis berkata begitu kerana penulis melihat orang kampung tak layan la rasuah 2-3 ratus ni,ambik-ambik dah orang bagi tapi bila mengundi tetap pangkah bulan,takpala xda pembangunan pun,xmaju pun takpa,asal harta negara atau negeri xhabis oleh kerajaan yang umpan orang sebelum mengundi 2-3 ratus pastu amik duit rakyat dan negeri beratus juta..Ingat kita bodoh piang ke????kalau la UMNO BN ni lama lagi jadi pemerintah negara.Habislah kita,anak cucu kita nasibla.....


yang benar
sejadahburuk 5/11/2009

No comments: