Pelik,ajaib dan hairan....Malaysia tanah airku yg tercinta ini sejak zaman PM Mahathir dengan seloganya Malaysia Boleh maka semua boleh berlaku di malaysia kita ini. Kes terbaru ialah polis menembak sehingga mati adik aminulrashid kerana kesalahan lalu lintas!!!Pelik bukan???Bagaimana anggota polis boleh menembak beliau yang melanggar peraturan lalulintas atau kesalahan jalan raya???Adakah ini undang2 baru atau undang-undang rimba???Kepada KPN usahlah merajuk dengan perkataan yg buat kami dengar macam orang takda ilmu...kerana seharusnya KPN bertanggungjawab menyiasat anggota tersebut kerana kesalahan menembak melulu.Tak payah nak bela,ramai anggota polis melakukan salah laku saban tahun yang dicekup oleh pihak polis sendiri,xda peliknya jika ada yg melanggar etika dan prosedur.Rasuah,dadah,rompak dan maksiat biasa saja...
Kes ini membuatkan kami rakyat malaysia gerun dan takut pada polis..Undang-undang lalulintas xpenah ada rasanya hukuman mati sejak kita merdeka.Tapi malaysia apapun boleh berlaku.Walauapapun alasan polis rakyat rasa diri mereka tidak terjamin jika ada anggota yg tidak ikut prosedur ini bebas menjalankan tugas.Yang hairannya sebelum menembak apakah prosedur yg sepatutnya???Bukankah ia sepatutnya menyemak no plat kereta tersebut terlebih dahulu sama ada dicuri atau di gunakan oleh perompak barula boleh keputusan menembak tersebut dihalalkan...Dahla budak tu xlepaskan tembakan kenapa la polis menembak mereka,mereka lari kerana mereka melakukan kesalahan lalu lintas adakah polis peronda ini tidak belajar cara-cara menangkap dan mengenalpasti sama ada ini pesalah lalu lintas atau penjenayah???Pakai ilmu apa mereka ini begitu cetek ilmu didada.
Malaysia malaysia..KAH KAH KAH....
Tuesday, May 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment