mizam product

mizam product

Thursday, May 5, 2011

MACAM MACAM LA BILA DAH TAK TAU NAK TARIK SOKONGAN RAKYAT.GUNA MUFTA PON ORANG DA TAK AMIK POT.

Nik Aziz: Itu perkara lama

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan keluar dari Pakatan Rakyat

Menteri Besar Kelantan itu menolak cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta PAS keluar dari pakatan pembangkang kerana pakatan itu jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

"Tolak, tolak, itu perkara lama," kata Nik Aziz kepada pemberita selepas merasmikan Program Bina Ummah "Maqasid al-Syariyyah" anjuran Perbadanan Tabung Amanah Tok Kenali di Balai Islam, Lundang di Kota Baharu, pada Sabtu.

Perdana menteri dalam lawatannya ke Terengganu berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam.

Najib berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan UMNO.

Sementara itu di Bachok, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyokong saranan Najib agar PAS meninggalkan pakatan itu kerana ia ternyata tidak pernah memperjuangkan nasib bangsa dan agama.

Katanya, Kelantan di bawah kepimpinan PAS telah tertinggal semakin jauh ke belakang berbanding negeri-negeri lain dalam pelbagai bidang, kata Timbalan Menteri Kewangan itu kepada pemberita selepas meraikan pasukan bola sepak Bachok di Dewan Haji Hussin Perupuk di sini, hari ini.

"Umno Kelantan sanggup berkorban apa saja demi menjayakan gagasan itu demi kepentingan rakyat Kelantan.

"Malah jawatan dan pangkat tidak penting bagi kami, apa yang perlu difikirkan nasib dan masa depan rakyat Kelantan yang perlu diutamakan," kata beliau.

--Bernama

PAS: Kerjasama dengan DAP dibenarkan agama

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, termasuk dengan DAP dibuat atas nama tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Perkara itu, jelasnya tidak sama dengan "kerjasama wala" antara Umno dengan MCA dan MIC yang didakwanya menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan menghilangkan jati diri Melayu-Islam, lapor Harakahdaily.

tenang by election pas announce candidate 160111 hadi“Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah orang Melayu-Islam?" soal Hadi yang juga anggota parlimen Marang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mempelawa PAS "beralih kepada yang lain" walaupun mungkin enggan menyertai BN.

Presiden Umno itu dilaporkan berkata, kerja keras PAS hanya memberikan keuntungan kepada DAP.

Abdul Hadi hari ini menyifatkan seruan Najib segai janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno dan BN dalam melakukan kezaliman.

pakatan convention 191209 anwar guan eng hadi“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” tegasnya.

Abdul Hadi malah membuat seruan balas supaya ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya seperti dipetik akhbar web PAS.

Najib minta PAS keluar Pakatan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

najib tun razak may 2011"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat Kuala Terengganu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.

"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti PKR".

Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

umno pasBeliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya.

--Bernama ( INI DA PELIK )


ARKIB : 04/05/2011
Pengkhianat Islam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.

Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.

“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.


ULASAN :

TAPI YANG LAST NI PALING GILA LAH...( TAPI AKU TAK KATA YANG JUANDA NI GILA SEBAB AKU TAK DENGAR DARI MULUT DIA SENDIRI TAPI YANG GILA DALAM NI IALAH AKHBAR UTUSAN MELOYA NI SILAP UTUSANPORNO HAHAHAH...)

No comments: