mizam product

mizam product

Friday, September 18, 2009

Menunggu Pasukan F1 1Malaysia

Cadangan PM tentang pembentukan pasukan F1 1Malaysia pada tahun depan sangat mengujakan seluruh rakyat Malaysia. dengan kos yang berbilion ringgit yang akan dilaburkan adakah satu strategi yang baik untuk negara atau akan menjadi pembaziran yang amat besar untuk negara. mari kita sama-sama fikirkanya.Penulis merupakan peminat sukan F1 di negara ini secara peribadi amat kagum dan memang sudah lama mengharapkan agar lahir sebuah pasukan yang dimiliki secara total oleh rakyat Malaysia,apa gunanya mewujudkan sebuah litar yang canggih tetapi sekadar menampalkan stiker logo syarikat petronas pada badan kereta F1,apa sangatla kelebihan yang akan kita dapat kan?? Itula orang kata bila orang beli perabot baru kita pun nak perabot baru alih-alih hutang keliling pinggang, sama la jugak dengan kes litar sepang orang buat litar kita nak wat litar, kos berbilion pulangan campur duit tiket,pelancongan,pelaburan dan sebagainya tak taula dah dapat cover ke belum!Perancangan lemah.Kali ni harapnya perancangan betul la ,motifnya nak meningkatkan industri permotoran seperti syarikat Proton+Lotus,pembangunan kejuruteraan, pelancongan,dan untuk peningkatan ekonomi Malaysia jadi diharap melalui cadangan ini akan membantu kearah kejayaan motif tersebut.Penglibatan orang-orang perseorangan dan syarikat swasta di harap mampu untuk memacu kearah kejayaan motif ini. sebagai pemerhati penulis melihat cadangan ini sangat baik,tahniah pada PM kita tetapi diharap elakkan korupsi seperti rasuah dan penyelewengan kami sebagai rakyat miskin kat negara ni sanggup lapar untuk menyokong cadangan ini, tak makan ,takde tempat tinggal yang selesa pun takpe kami sanggup berkorban agar pada masa depan ekonomi malaysia akan maju seiring dengan negara maju. Bersusah-susah dahulu bersenang senang kemudian..Ex PM kita iaitu Tun M pasti tersengih pasal dia suka projek-projek mega begini.Hahahaha...Tapi jangan plak pasni naikkan minyak,tol dan cukai kepada rakyat..Cukupla kami berkorban setakat ini.

Assalamualaikum.

1 comment:

Mat Amin said...

Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Moderator Sejadahburuk sekeluarga dan kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin di atas segala keterlanjuran.

Semoga semuanya diberkati Allah Taala.

Yang Ikhlas
Mat Amin
KINI DAN SILAM http://matamin02.blogspot.com