ARKIB Utuan Online: 16/09/2009
Dr. Mahathir berhak kritik sesiapa sahaja
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhak mengkritik sesiapa sahaja kerana beliau adalah negarawan yang banyak berjasa kepada pelbagai pihak termasuk MIC dan para pemimpin parti itu di negara ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pun naik ke mercu kerjaya pada era Dr. Mahathir.
Katanya, sebahagian besar kemudahan yang diterima MIC selama ini adalah pemberian bekas Perdana Menteri melalui Samy Vellu atau pemimpin lain.
"Dr. Mahathir berhak kritik sesiapa sahaja asalkan beliau menunjukkan kewarasan (dalam kritikannya), beliau adalah negarawan, kalau beliau kata MIC tidak mampu mewakili masyarakat India, maka ini adalah kenyataan, lihatlah kepada perpecahan dalam masyarakat India dan kewujudan kumpulan Hindraf," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Seorang perwakilan MIC telah mencadangkan agar gambar Dr. Mahathir diletakkan kalungan selipar kerana beliau telah mencampuri urusan dalaman MIC melalui komen beliau dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil.
Cadangan tindakan bersifat penghinaan dan kurang ajar itu dibuat semasa Perhimpunan Agung MIC minggu lalu.
Rais menambah, MIC perlu mengambil tindakan tegas ke atas perwakilan berkenaan kerana kata-kata itu satu penghinaan kepada orang Melayu dan tokoh pimpinan negara ini.
Beliau juga mahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertindak tegas supaya perbuatan kurang ajar dan kurang amalan budi bahasa tidak berlaku.
"Kalau tidak diambil tindakan, maka ia satu perbuatan dayus kerana kenyataan itu dibuat dalam satu dewan yang penuh," katanya.
Malah, beliau mencadangkan agar kepimpinan MIC membawa perwakilan berkenaan bertemu Dr. Mahathir bagi memohon maaf secara bersemuka.
Rais juga berharap isu seperti itu tidak akan berakhir melalui kenyataan-kenyataan di media sahaja dan tindakan segera harus diambil.
Tegas beliau, sikap seumpama itu harus dihentikan dari mula agar ia tidak merebak menjadi budaya yang merosakkan BN.
petikan artikel diatas di petik dari Utusan online pada 16 Sept 2009,tengok pada tajuk nampak hebat benar Tun M hingga beliau boleh kritik sesiapa saja pada pandangan Datuk seri Rais Yatim. penulis sangat tak setuju bila membaca artikel ini, betulla kata samy vellu Utusan ni berlagak 'abang besar'kat malaysia ni.Isu ini timbul bila mana Tun M mengkritik Samy Vellu dan menyuruh sammmy retired bersama dia. Mana la si Sammy tu nak,dia masih kuat dan masih mampu memimpin MIC, masa Tun dulu Tun takmampu da, Tun kata lama da lama da saya masih ingat lagi pastu kat pidah datang why?Why? ada sorang tu nak ngampu jugak teriak kat mike TARIK BALIK!TARIK BALIK! Best bebenor masa tengok drama tu. Si Sammy ni takkan la nak wat drama tu jugak,takut gak dia tetiba dapat tepukan gemuruh ke,mana tau kan??? Mana boleh orang luar nak masuk campur urusan dalaman parti orang lain melainkan dia pun join parti tu, So apa lagi Tun jomla join MIC nk duk dalam UMNO pun UMNO dah nak karam da,xda apa da.
Pasal menteri kabinet yang wat keluar kenyataan ni pulak saya pun konpius pasal dia hebat jugak menang pertandingan dalam UMNO tanpa politik wang,hebat!!! Tapi bila buat kenyataan macamini saya tengok UMNO ni masih ada hati nak kontrol Parti lain.Masih ingat dia besar,itu dulu la,sekarang tak lagi da.
okla penulis nak g solat subuh pulak,sebelum tu nak ucapkan Selamat Hari Raya kat pembaca yang beragama Islam, mohon ampun dan maaf sepanjang pembabitan penulis dalam blog ni, lagi satu penulis berharap ramai lagi orang melayu menyertai parti DAP,jom join parti DAP ramai ramai biar UMNO terus dengan apa yang diperjuangkanya sorang-sorang udahle. Sapa kata join DAP tu orang yang sesat politik itu bagi depala sebab orang sesat selalu xnampak dia sesat.Haha..
salam aidilfitri
Thursday, September 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment