mizam product

mizam product

Monday, March 1, 2010

Mara akan bergerak dengan semangat Al-Marari

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang genap 44 tahun hari ini akan bergerak dengan semangat baru yang dikenali sebagai "Al-Marari" untuk menjadi lebih cemerlang, kompetitif dan global.

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata "Al-Marari" adalah semangat perjuangan dan pemikiran baru Mara yang bakal membawa organisasi itu menjadi sebuah organisasi bertaraf global.

"Bukan hanya bertaraf global, tetapi juga cemerlang dan kompetitif di peringkat global, satu semangat dan pemikiran baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis bacaan Yassin dan tahlil sempena ulang tahun Mara yang ke-44.

Beliau berkata, Mara juga akan bermula dengan semangat "Azharvard compatible" iaitu gabungan antara Azhar dan Havard bagi memastikan pelajar yang menamatkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mampu ke Universiti Al-Azhar dan Universiti Havard.

Ditanya mengenai sasaran Mara pada ulang tahun penubuhannya yang ke-50 nanti, beliau berkata:

"Enam tahun akan datang kita akan pergi global sepenuhnya, sekarang ni kita masih lagi mengasah semangat dan bakat". - Bernama


JAGA JAGA DERIH JUSOH NAK BUAT PULAK PROJEK YANG TAK PERNAH DILIHAT DEK MATA DAN TAK PERNAH DI DENGAR OLEH TELINGA.JADILAH SEPERTI STADIUM RUNTUH,TERMINAL BAS RUNTUH DAN ISLAM HADHARI ALA PAKLAH BADAWI ....BERAT LA SELAGI DERIH JUSOH MAIN POLITIK,MAPUH HABIS LA

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Saya adalah blogger Sosialis Hijau. Saya mohon pada tuan untuk keluarkan link saya dari blog tuan kerana blog saya telah di ceroboh. Bukan saya yang menulis blog bermula pada 22/3/10. Saya mohon sangat2 jasa baik tuan keluarkan blog saya dengan segera.

Sila hubungi saya di 019-4342479 untuk apa2 pertanyaan.

Terima kasih

Sosialis Hijau

sejadahburuk said...

xpala..snang aku nak refer ti..jgn bmbgla...