Zulkifli Noordin tidak iktiraf Lembaga Disiplin PKR
04/03/2010 4:27pm
KUALA LUMPUR 4 Mac - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin tidak mengiktiraf Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membicarakan kesnya berhubung isu kalimah Allah kerana ia turut dianggotai oleh para pemimpin bukan beragama Islam.
Beliau yang meninggalkan prosiding itu hari ini berkata, apa yang lebih menyedihkan ialah majoriti ahli lembaga tersebut terdiri daripada pemimpin Kristian yang terlibat secara langsung dengan isu tersebut. - Utusan
PKR pecat Zulklifi Noordin
Jimadie Shah Othman
Mac 6, 10
5:08pm
Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada PKR hari ini.
Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agungnya Saifuddi Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.
Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Penerangan Latheefa Koya dan Pengarah Strategik Tian Cua turut hadir. Bagaimanapun, ketua umummnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak turut serta dalam sidang media tersebut.
Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.
Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.
Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.
'Kesalahan berulang-ulang'
Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.
Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah.
Dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR selama kira-kira 3 jam setengah, Saifudin menjelaskan, keputusan terhadap Zulkifli dibuat secara sebulat suara selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, termasuk kesan "kesalahan yang berulang-ulang" yang dilakukannya dan kesannya terhadap parti.
Saifuddin berkata, surat bagi memaklumkan keputusan tersebut akan dimaklum kepada Zulkifli pada Isnin ini melalui pelbagai surat, faks dan e-mel.
Menurut Saifuddin, Zulkifli disabitkan bersalah kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad dan ekoran kenyataannya yang dibuat dalam sebuah wawancara di TV3 sebelum ini, antarnaya berbentuk serangan terhadap dasar dan pendirian parti serta kemampuan Pakatan Rakyat.
Kulim diselia Gobalakhrisnan
Saifuddin berkata, selepas tempoh rayuan tamat, sekiranya rayuannya ditolak, PKR akan mendesak ahli parlimen kontroversi itu mengosongkan kerusi parlimen kawasan tersebut kerana kemenangannya sebelum ini diperoleh atas tiket PKR.
Ditanya tindakan PKR sekiranya Zulkifli enggan berbuat demikian, Saifuddin hanya berkata, beliau yakin, sebagai ahli parlimen yang bertanggungjawab dan faham nilai integriti dan kewibawaan, beliau akan akur pada desakan tersebut.
Sementara itu, katanya, PKR juga menugaskan pemimpinanya menjaga kebajikan kawasan di mana wakil rakyat mereka berpaling tadah.
Beliau menambah, wakil rakyat Padang Serai N Gobalakhrisnan selepas ini akan ditugaskan menjaga kawasan Kulim-Bandar Baharu. Awar di Nibong Tebal, Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) ditugaskan di Bayan Baru dan Dr Lee Boon Chye (Gopeng) di Bagan Serai.
Sementara Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini sejurus selepas keputusan tersebut diumumkan enggan mengulas lanjut kerana bercadang mengadakan sidang media khas mengenai perkara itu lewat petang ini.
Kepada YB,saya nak bagi tau kat YB.kalau nak semua ahli beragama Islam hang pegi masuk Pas ke UMNO ke logik la jugak,ni hang masuk PKR mmg la mcm2 bangsa kat situ yang ada,hang bukan tak tau yang lembaga disiplin parti hang tu sapa ada,pandai pulak kata nk advice or hakimi hang dalam isu Allah S.W.T sedangkan orang duk marah hang hentam parti dan YB.Khalid Samad.Aritu aku ada jugak dengar hang hentam depa ni kat salah satu kuliah zohor hang,hang ni lebih kepada emosi dengan membelakangkan hukum Allah.Dah ko tau yang Allah tak larang makhluk dia guna perkataan allah ko pandai je kata kapiaq tak boleh guna itu da menunjukkan emosi dan ego Melayu hang yang mana memberikan rupa hodoh pada Agama Islam itu sendiri itu pasal kat malaysia ni dakwah payah berkembang pasal banyak sangat melayu dari Islam.
Saturday, March 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment