mizam product

mizam product

Saturday, August 23, 2008

MENANTI TURUNNYA HARGA MINYAK………

1 SEPTEMBER adalah hari yang ditunggu – tunggu oleh semua warga Malaysia dimana kita dikhabarkan akan menikmati penurunan harga petrol sebanyak ????? per liter. Pada hari ini harga miyak ialah AS $113.00 per tong berbanding AS $ 138.00 per tong semasa kerajaan mengumumkan kenaikan harga dahulu. Walaupun tren harga minyak yang menurun setiap hari sekarang kerajaan tetap dengan pendirian 1 september sebagai hari pengumuman berita gembira tersebut. Soalnya KNAPA MESTI TUNGGU 1 SEPTEMBER 2008 ? Masa nak menaikankan harga minyak dahulu kerajaan dengan pantas menaikanya walaupun menteri yang bertanggungjawab mengatakan akan mengumumkan harga baru pada bulan ogos, Rujuk kenyataan Dato. Shahrir Samad, Saya masih ingat pada masa itu walaupun harga minyak meningkat tetapi para penganalisis telah menjangkakan bahawa harga minyak akan mencapai titik breakeven point iaitu peningkatan tersebut akan berhenti. Soalnya adakah kerajaan telah mengetahui bahawa harga petrol akan turun pada bulan ogos?? Maka dengan rakusnya kerajaan telah meningkatkan harga tersebut walaupun telah berjanji akan mengumumkan pada tarikh yang lain. Kerajaan sanggup mengorbankan kredibiliti menteri bertanggungjawab yang mengeluarkan kenyataan tersebut kerana rakusnya mereka, walaupun pada masa tersebut kerajaan masih mampu mengekalkan harga asal.
Sekarang saya juga ingin ajukan satu persoalan, Bagaimana dengan rebat RM625.00 dan RM150.00 yang diberikan dahulu?adakah berterusan atau sebaliknya jika harga minyak di turunkan. Kalau dihentikan dimanakah keadilannya terhadap rakyat Malaysia yang belum berpeluang menuntut rebat tersebut? Saya cadangkan kepada kerajaan agar diteruskan dan jangan di hentikan kerana keputusan talah di buat dan sudah tentulah telah di kaji keberkesanannya. Kita mengharapkan janganlah jadi seperti keputusan-keputusan yang lepas iaitu setelah di laksanakan baru di kaji, betul kerajaan pimpinan Pak Lah memang terkenal dengan cara tersebut tetapi di harap selepas ini tidak lagi berlaku perkara seumpama itu sehingga rakyat meluat dengan cara tersebut.
Saya berharap kerajaan belajar dari isyarat yang telah di tunjukkan oleh rakyat pada PRU yang lepas. Tidak kisahla siapapun yang menjadi PM yang penting kesejahteraan rakyat mestilah di dahulukan sebelum perkara lain di ambil perhatian.

Berita terbaru. Mulai 23 Ogos harga petrol di turunkan sebanyak RM 0.15 sen per liter.

No comments: