mizam product

mizam product

Sunday, August 17, 2008

Merdekalah wahai pemikiranmu siswa siswi UiTM..

Sehari dua ni penulis membaca berita harian dan utusan Malaysia tentang tunjuk perasaan oleh mahasiswa dan mahasiswi UiTM yang menentang MB Selangor dan Dr. Halimah tentang pendapat dua orang tokoh politik tersebut yang menyarankan di buka penyertaan sebanyak 10% kepada bukan bumiputera untuk belajar di UiTM.
Wow berani nampaknya mahasiswa dan mahasiswi tersebut!!!!! Tapi berani mereka ini nampaknya berani membabi buta.Penulis berkata begini kerana pada pendapat penulis kenyataan yang dikeluarkan oleh MB Selangor tersebut adalah pendapat peribadi apabila di Tanya oleh wartawan. Tapi kenapa dengan siswa dan siswi ini dgn cepat nak melatah. Tak malu ke cina india semua tengok yang kamu semua sangat takut bersaing….Mereka semua tak melihat kepada hak bumiputera tersebut tapi merekaq melihat kepada pengecutnya kamu semua kepada bangsa mereka.
Ya mungkin kamu akan berkata bahawa kamu semua memperjuangkan ketuanan UiTM tapi adakah kamu sedar bahawa kamu semua sedang melawan pendapat seorang individu yang mana sebab beliau menjawat jawatan dan berada di haluan kiri kamu semua telah di politikkan untuk menentang beliau. Tetapi dimana kamu semua bila hak terhadap biasiswa bumiputera yang telah dirampas???Bilamana sekarang nisbahnya telah menjadi 55% 45% rujuk jawapan yang dikeluarkan oleh DatO Seri Nazri Aziz dalam siding parlimen yang mana kita tengok ahli parlimen dari Pasir Salak naik hantu dengan jaqwapan tersebut. Dimana kamu semua?????Adakah UiTM tidak boleh disentuh langsung???? Penulis juga menentang kemasukan bukan bumi ke UiTM tetapi seorang yang berilmu dan berjawatan seperti Dato. Khalid tidak boleh memberi jawapan seperti orang yang tak berilmu kerana mereka mestuilah berfikiran rasional…WE ARE NOT RACIST!!!!!
Akhir sekali hentikanlah tindakan bodoh yang memalukan kaum melayu ini kerana anda telah membuktikan bahawa MELAYU TAKUT UNTUK BERSAING!!!
Sejadahburuk..

No comments: