Syabas kepada UUM kerana berjaya menlaksanakan aspirasi kerajaan iaitu menyekat suara pelajar,menghalang kebebasan bersuara pelajar,melemahkan pemikiran pelajar,menakut-nakutkan pelajar,memperbodohkan pelajar dan seterusnya menjadi juara dalam melahirkan siswa-siswi yang berkualiti rendah.Syabas sekali lagi saya ucapkan kepada semua pegawai-pegawainya.
Isu bantahan pelajar terhadap kenaikan tambang bas kitaran dalam universiti telah menghangatkan nama UUM pada ketika ini,sepertimana kita tau UUM bukanlah universiti yang glamour.Ini berlaku kerana kelemahan pentadbirannya yang lebih condong kepada politik dari menguruskan universiti dengan betul.Pihak pentadbiran UUM dilihat lebih suka menyertai debat-debat berkaitan politik tetapi condong kepada kerajaan BN.Lihat saja Tan Sri Nordin Kardi dalam debat kenaikan harga minyak bersama YB. Saberi Chik Vs Dato. Seri Anwar Ibrahim menunjukkan betapa lemahnya soalan mahupun hujahnya dalam rancangan tersebut walau pun kita dapati media arus perdana menyiarkan mereka seolah-olah menang besar padahal secara jelas rakyat menilai bahawa mereka kalah teruk. Satu lagi kejayaan media arus perdana dalam menjadi pencacai BN.Musthapa Ishak tak payah cakapla,tengok jela dalam hujah.Lemah!Sangat lemah.Sebabnya kerana ingin menjadi juara untuk menegakkan benang yang basah.
Berbalik kita kepada isu tadi,adakah salah pelajar ingin menuntut hak mereka?Mereka adalah pembayar jadi mereka berhak untuk mempersoalkan kenaikan tambang tersebut.Seharusnya HEP UUM dan MPPUUM bersama sama pelajar ini untuk menuntut pengekalan tambang berkenaan yang membebankan pelajar dan para ibubapa mereka.Kos kos lain seperti yuran,buku rujukan,yuran kolej dan juga sewa jubah untuk konvokesyen iaitu antara yang termahal dalam IPTA telah sediaada menjadi beban kepada mereka.
Pihak universiti tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan AUKU untuk menghalang pelajar bersuara. Mana perginya MPP untuk membela mahasiswa,adakah mereka ini tidur atau telah ditidorkan oleh pihak pengurusan universiti.Kalau setakat ingin menjaga universiti baik anda semua letak jawatan kerana anda tidak amanah untuk menjaga kebajikan mahasiswa.Anda adalah bakal pemimpin BN yang sangat sesuai kerana anda semua lebih suka di cucuk hidung seperti lembu dan akan sentiasa membela universiti walaupun anda seharusnya membela nasib dan kebajikan mahasiswa yang melantik anda.
Pengalaman saya ketika di UUM suatu masa dahulu,semasa pilihanraya kampus para mahasiswa diwajibkan untuk mengundi.kegagalan menjalankan tanggungjawab tersebut akan menyebabkan pihak kolej akan menarik balik kemudahan blok seperti yang berlaku kepada blok saya pada masa tersebut.Oleh kerana kegagalan 2 orang siswa mengundi pada hari tersebut menyebabkan kami kehilangan Astro kepada blok yang satu lagi yang mencapai 100% senarai mengundi.Itu takpa lagi,yang paling sakit hati kami diarahkan untuk mengundi calon-calon yang telah awal-awal ditentukan.Tapi saya taktahula ini kerja siapa,adakah agen calon atau arahan dari mana-mana pihak.yang edarkan nombor-nombor calon ni adalah orang yang ada jawatan dalam blok la.Mahasiswa jugak.Pilihanraya kampus ni hanyalah lakonan saje takda apapun aku tgk kemajuan depa ni.
Saya sebagai lepasan mahasiswa sangat berharap agar para mahasiswa bersatu padu untuk memperjuangkan nasib mahasiswa pada masa hadapan nanti,kebebasan bersuara adalah penting untuk melahirkan bakal pemimpin pada masa hadapan nanti seterusnya memberi menafaat kepada kita semua.Ayuh bangun semua wahai pemuda.....
Ikuti artikel yang dipetik daripada Malaysiakini dibawah.
Kes tatatertib siswa UUM bantah tambang bas naik
Jimadie Shah Othman | Feb 26, 09 4:47pm
Dua lagi pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terlibat dalam protes kenaikan tambang bas di kampus berkenaan dipanggil untuk perbicaraan bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) awal bulan depan.
Bagaimanapun, seorang daripadanya Tengku Mohd Hasrul Tengku Malek akan menghadapi tuduhan berbeza, iaitu mengkritik pegawai tinggi universiti berkenaan melalui satu tulisan di blog peribadinya.
Tengku Mohd Hasrul dan Medecci Lineil Repong menerima surat perbicaraan tatatertib semalam.
Semalam, Choo Kok Wei dipanggil ke jawatankuasa tatatertib bagi memberikan keterangan di Bangunan Canselori berhubung bantahannya terhadap kenaikan tambang melalui petisyen dalam talian dan siaran akhbar.
Bagaimanapun, perbicaraannya ditangguhkan oleh pihak universiti kepada Isnin depan, hari yang sama dengan perbicaraan kes Tengku Mohd Hasrul dan Medecci.
Tengku Mohd Hasrul, pelajar tahun kedua Fakulti Sains dan Sastera itu, pernah terlibat sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa khas menentang kenaikan harga berkenaan.
Dihubungi Malaysiakini petang ini, beliau berkata, surat yang ditandatangai oleh Pegawai Tatatertib Hal Ehwal Pelajar (HEP) Shahidan Shafie memaklumkan bahawa beliau akan didakwa mengikut peruntukan dalam bahagian kedua, perkara 12(1) kaedah tatatertib universiti itu.
Menurutnya, surat tersebut meminta beliau hadir ke perbicaraan tersebut di Bangunan Canselori. Jika gagal, beliau akan digantung pengajian sehingga beliau hadir ke perbicaraan kes tersebut.
Tengku Mohd Hasrul berkata, walaupun surat tersebut tidak menyatakan artikel tertentu di blognya Nak Cerita Je (nakcerita.blogspot.com), tetapi ia dipercayai merujuk satu tulisan 16 Januari lalu berjudul 'HEP UUM atau Zionis lagi zalim?'
Tulisan tersebut, antaranya, menyatakan kekecewaannya terhadap Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Akademik (HEPA) Datuk Dr Ahmad Faiz Abd Hamid kerana didakwa "menolak mentah-mentah" rancangan pelajar mengadakan "perhimpunan aman" bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Israel pada 2 Januari lalu.
Selain itu, blog berkenaan juga menamakan dua pegawai universiti di Sintok itu yang didakwa terlibat menghalang bacaan doa qunut nazilah – doa khas bagi meminta pertolongan Allah bagi mengalahkan musuh – berhubung isu Palestin di masjid universiti berkenaan pada 10 Januari lalu.
"Inilah sebuah universiti yang mempunyai HEP yang begitu hebat menyekat semua suara mahasiswa dalam segala hal, termasuk isu Palestin. Dan bolehlah nanti PM Malaysia anugerahkan trofi 'Anugerah Perkhidmatan Cemerlang' bagi kategori menutup suara mahasiswa.
"Lebih malang, mereka semua ini adalah beragama Islam. Bodoh! Zalim! Tak dapat difikir akal yang waras. Dan rasa simpati saya dan semua warga UUM dengan sikap bodoh dan bongkak mereka itu," kandungan tulisannya dipetik.
Tengku Mohd Hasrul berkata, beliau tidak akan sesekali memohon maaf kerana menulis sedemikian dan menegaskan beliau berada di pihak yang benar.
"Tetapi kerana kurang ajar kepada orang yang lebih tua, saya akan minta maaf," katanya.
Beliau juga berkata akan hadir ke perbicaraannya minggu depan dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak universiti.
Thursday, February 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment