mizam product

mizam product

Saturday, November 1, 2008

Razak Baginda bebas

copy from UTUSAN ONLINE 1 NOV 2008

SHAH ALAM 31 Okt. – Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas perbicaraan berlangsung selama 151 hari.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md Yasin memutuskan membebaskan Abdul Razak, 48, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Beliau juga menerima kandungan afidavit yang diikrarkan oleh Abdul Razak yang telah dikemukakan sebagai bukti pada perbicaraan.

Bagaimanapun, Hakim Mohd. Zaki memerintahkan dua tertuduh utama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya.

* Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar keterangan bela diri Azilah dan Sirul Azhar mulai 10 November depan.

* Pihak pendakwaan akan mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan membebaskan Abdul Razak. Peguam pemerhati keluarga Altantuya dan kerajaan Mongolia, Karpal Singh akan menghantar surat kepada Peguam Negara agar memfailkan rayuan tersebut.

* Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar Umar memaklumkan Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa pihaknya bercadang memanggil pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai saksi.

* Mahkamah menerima keterangan Lans Koperal Rohaniza Roslan dan Deputi Supritendan Mohd. Yusri Hassan Basri yang kebolehpercayaan mereka dicabar oleh pasukan pendakwaan setelah mereka dikatakan memberi keterangan bercanggah.

No comments: