mizam product

mizam product

Saturday, November 8, 2008

MELAYU MUDAH LUPA.


Assalamualaikum,
Pada hari ini penulis ingin berkongsi komentar dari pada seorang hamba Allah yang di petik dari blog kuda kepang.blogspot.Penulis harap para pembaca dapat mengambil iktibar dari penulisan beliau.

Datuk (YB) Ron,

Saya melihat dan mendengar wawancara di Astro Awani sebentar tadi. Saya bersetuju dengan kebanyakan hujahan Datuk.
Dan memanglah majoriti orang Melayu masih mengharapkan Umno itu terus kekal mewakili orang Melayu dan menjaga kepentingan mereka disamping kedaulatan raja-raja.
Dan saya melihat perkembangan terkini di tanahair bukan sangat kearah mempertikai institusi raja2, tak nampak suara-suara atau perbuatan yang mendorong kearah mempersoalkan institusi ini tetapi mengapa kini menjadi isu. Kedudukan itu sudah terjamin didalam perlembagaan. Kecualilah golongan pucuk pimpinan Umno dan institusi raja2 itu tahu perkara yang orang Melayu kebanyakan tidak tahu sebab tak dibagi tahu. Kalau ini betul, maka, elok sangat maklumat tersebut dimaklumkan kepada orang Melayu supaya orang Melayu kebanyakan boleh nampak apa yang sedang dilakukan oleh pihak tertentu itu.
Persoalannya sekarang, bukan orang Melayu kebanyakan tidak suka atau benci keapda Umno, orang Melayu kebanyakan cuma hendak menumpang teduh sebentar kepada pemimpin Melayu yang kuat, ikhlas dan cerdik didalam melaksanakan amanah yang dipikul mereka. Bukannya pemimpin Melayu yang sibuk menjaga pangkat dan kekayaan diri sendiri dan rakan2 sendiri dikalangan kelompok mereka. Yang menjadi perhatian utama orang Melayu sekarang ialah tentang status pemimpin Melayu dari Umno yang banyak dicemar dengan berbagai isu. Baik isu moral, isu pegangan agama juga isu ekonomi. Persoalannya juga baikkah budi pekerti pemimpin didalam Umno itu? Samada pemimpin tertinggi diperingkat pertama, kedua atau ketiga, semuanya tidak menampakkan ketokohan yang memuaskan kecuali seorang dua sahaja. Kenapa pemimpin dan ahli didalam Umno menjauhkan diri dari persoalan2 yang timbul diluar sana seperti kes pembunuhan wanita Mongolia yang mengaitkan TPM sekarang. Isu rasuah didalam dan diluar Umno yang melibatkan pemimpin Umno. Bolehkah ahli Umno soal perkara2 ini terus kepada pemimpin mereka? Dengan tujuan menjernihkan keadaan dan membersihkan parti Umno itu dari cemuhan dan prasangka berterusan. Jika angkat sumpah yang dilakukan itu memadai, saya mengatakan disini, perbuatan itu tidak ada kredibiliti dimata orang ramai khususnya dikalangan orang Melayu sendiri.
Kalau pemimpin Umno merasakan perkara ini sensitif untuk dibincang secara umum, jadi, buatlah perbincangan dan muzakarah terbuka dikalangan ahlinya. Apa yang orang Melayu kebanyakan mahu sekarang ialah mereka mahu pemimpin Melayu yang bersih, ihklas, merendah diri, pandai dan berbudibahasa selain ada ihsan terutama bila berada dikalangan orangnya sendiri. Orang Melayu sekarang tidak mahu pemimpin Melayu yang syok sendiri dan perasan, tak mahu pemimpin yang nampak mewah dari segala segi baik cara pemakaian dia dan isterinya, cara pergaulan bebas mereka dan cara mereka mesti diberi sanjungan dan keistimewaan dimajlis-majlis. Bukan saja menjengkelkan tetapi menjauhkan orang Melayu dari mereka. Nampak semakin jelas sekarang sistem feudal semakin digunapakai oleh pemimpin Melayu.

Bagi saya, orang Melayu kebanyakan juga ahli Umno biasa, mahu maruah bangsa dimuliakan dahulu pertama sekali melalui pemimpin Melayu yang nampak dimata kasar kita seorang yang berhemah serta berakhlak tinggi dan berbudi bahasa. Seorang yang kita tidak rasa terasing dan takut untuk dekati. Seorang yang kita rasa bangga dan pandang tinggi kerana tingginya budibahasa dan baik budi pekerti.
Sayang sekali, apa yang kita nampak sekarang, kepimpinan didalam Umno hanyalah untuk kelompok tertentu datang dari keluarga tertentu malah keahlian diperingkat cawangan bahagian dan negeri juga mesti datang dari kelompok tertentu kerana sistem didalam Umno itu mempunyai satu haluan saja sekarang. Jadinya, walaupun Umno menggembarkan jumlah keahliannya sehingga 3 juta orang tetapi, hakikatnya, semua orang tahu bahawa yang menentukan pemimpin dan siapa menjadi ahli terletak didalam tangan beberapa kerat orang yang telah ditentukan dari peringkat atas lagi. Jadi, orang Melayu kebanyakan sudah celik dan faham sekarang bahawa untuk mendapat transformasi politik didalam Umno seperti yang diwar-warkan sekarang melalui media hanyalah usaha sia-sia sahaja.

Rasa hormat itu hanya boleh diperolehi bukan dipaksakan. Bagaimana Melayu itu boleh kuat kalau pemimpinnya bercakap lain berbuat lain. Untuk julung kalinya, bolehkah pemimpin Melayu jujur kepada orang Melayu dan mengaku tentang kelemahan mereka dan bertindak untuk meperbaiki keadaan sekarang yang sudah kusut masai dengan membetulkan yang salah dengan menukar pemimpin yang bermasalah dan berkait dengan banyak isu ditukar dengan pemimpin lain yang layak. Meminjam kata-kata dari Al Gore, perkara pentingnya bukan pemimpin itu tetapi negara dan bangsa itu yang lebih utama dari pemimpin.

Oleh itu, bagi kebaikan negara dan bangsa khasnya orang Melayu dan kedaulatan raja-raja serta agama sebagai yang termaktub didalam perlembagaan itu, Umno mesti buang mana-mana pemimpin yang rosak akhlak, tidak amanah, tidak pandai dan tidak ehsan walaupun mendapat pencalonan terbanyak, dari menjadi pemimpin negara.

Datuk, bukan orang Cina atau India yang meruntuhkan orang Melayu tetapi orang Melayu sendiri. Orang Melayu apakah yang memberi Singapura kepada Cina? Orang Melayu apakah yang menjadi alibaba? Orang Melayu manakah yang menjual syarikat yang diberi kerajaan kepadanya dan dijual kemudiannya kepada orang Cina? Misalnya, Perwaja, akhirnya jatuh ketangan orang Cina juga. Banyak contoh lain. Orang Melayu manakah yang walaupun menang besar dalam pilihanraya tetapi masih memberi tampuk pemerintahan kepada orang Cina? Orang Melayu Pas ke? Orang Melayu diluar dijalanan sana ke? Ya, DEB itu untuk kebaikan orang Melayu, tetapi untuk Melayu tertentu sahaja dan DEB itu juga berjaya menambahkayakan kaum lain juga! Itu adalah kenyataan.

Saya bukan seorang yang berpegang kepada perkauman tetapi apabila mendengar pemimpin Melayu khususnya Umno, yang bercakap tentang ketuanan Melayu, saya merasa sedih pilu kerana yang bercakap itulah yang menggadaikan bangsa. Ada upayakah orang didalam Umno itu membuat perubahan ini? Nampakkah pemimpin Umno itu dengan sejelas-jelasnya bahawa yang menjadi isu sekarang ialah pemimpin didalam Umno yang sudah rosak imejnya akibat penglibatan atau pengkaitan dalam perkara-perkara yang amat dicurigai. Itu sahaja. Bolehkah transformasi didalam Umno itu menjadi kenyataan atau ianya hanya semata-mata angan-angan Mat Jenin? Nama baik negara kita di mata umum antarabangsa akan tercemar sekiranya transformasi yang digembar-gemburkan itu semata-mata 'khidmat bibir'.

No comments: