mizam product

mizam product

Sunday, November 23, 2008

DR.MAHATHIR PLEASE SHUT UP!!!

Insan yang bernama Mahathir Mohamad ialah seorang yang sangat berpengaruh di Malaysia.Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau bisa membinasakan sesiapa yang beliau tujukan.Kita tengoklah bagaimana nasib PM kita sekarang,di sebabkan serangan bertalu - talu dari mantan PM Malaysia telah menyebabkan kareer politik Abdullah Ahmad Badawi (AAB) suram.

Tidak cukup dengan menghentam orang yang beliau lantik sendiri,beliau juga suka mengacau parti pembangkang terutamanya DSAI dan parti PAS yang beliau anggap sebagai musuh.

Pada pendapat penulis Dr.Mahathir eloklah berhenti dari membuat kenyataan yang boleh merosakkan keamanan negara.Biarkanlah AAB menguruskan negara tanpa tekanan.Kita semua sedia maklum bahawa anda masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa segala dasar yang anda gariskan tidak dituruti oleh orang yang anda lantik sendiri.

Penulis ingin menyeru agar Dr. Mahathir berhenti dari membuat kenyataan-kenyataan yang sensitif demi kemakmuran negara dan juga kestabilan politik.

CONTOH KENYATAAN KENYATAAN SEORANG YANG SEMAKIN DILUPAKAN...
UTUSAN 22/11/2008

Isu babi: Pas tidak mampu bersuara - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Pas kini tidak mampu bersuara malah banyak tindak-tanduknya hanya untuk memuaskan parti lain termasuk membenarkan penternakan babi di kawasan kampung orang Melayu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas rela menerima perkara itu, malahan tidak lagi berani untuk bercakap mengenai penubuhan negara Islam.

Oleh itu kata beliau, orang Melayu juga tidak boleh mengharapkan Pas untuk melindungi hak-hak keistimewaan mereka memandangkan parti itu lebih kecil daripada DAP walaupun mempunyai penyokong yang ramai.

Jelasnya, inilah dilema yang dihadapi oleh orang Melayu terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sama ada untuk memilih UMNO dan Barisan Nasional (BN) ataupun Pas dan pembangkang.

''Orang Melayu berpendapat kalau mereka mengundi UMNO dan BN bermakna mereka akan memilih pemimpin yang rasuah dan jika mengundi Pas bermakna mengundi pembangkang yang pasti tidak akan meneruskan pembangunan orang Melayu dan bahasa Melayu ," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja mengenai 'Dilema Melayu' pada Siri Wacana Gapena V anjuran Gabungan Penulis Nasional (Gapena) di sini hari ini.

Ujar beliau, ini adalah dilema orang Melayu, tetapi menegaskan ia tidak bermakna mereka membenci orang Cina atau India.

Dilema itu katanya, bagi mempertahankan kedudukan orang Melayu kerana tidak harus menjadi hamba di negara sendiri.


KENYATAAN YANG DISIFATKAN OLEH AAB SEBAGAI PENGARAH PEMILIHAN AGUNG UMNO.

Tekan pemimpin UMNO hapus rasuah

Oleh HATA WAHARI


Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap pada wacana Dilema Melayu anjuran Gapena di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa orang Melayu memberi tekanan kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk menghapuskan rasuah yang telah menjadi budaya dalam parti itu sekarang.

Dr. Mahathir memberitahu, orang Melayu perlu menggunakan segala saluran yang ada dan tidak harus berhenti walaupun apa yang diluahkan tidak mendapat tempat di dalam media.

''Gerakan untuk menekan para pemimpin dan ahli-ahli UMNO untuk menolak mereka yang menggunakan wang bagi mendapat jawatan tinggi di dalam parti perlu dilakukan dari sekarang.

''Sekiranya tidak dilakukan, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, orang Melayu akan melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan ditolak pengundi kerana meletakkan para pemimpin yang mengamalkan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Siri Wacana Gapena V bertajuk Dilema Melayu anjuran Gapena di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai budaya rasuah dalam UMNO, Dr. Mahathir mendakwa, pada masa ini, bukan sahaja calon-calon bagi jawatan tertinggi dalam parti menawarkan rasuah, tetapi perwakilan juga berani meminta wang.

Katanya, ada perwakilan yang tanpa berselindung menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada calon-calon untuk jumlah yang diminta dan nombor akaun bank sekiranya ingin mendapat undi daripada mereka.

''Calon-calon juga secara terbuka menggunakan wang kerajaan seperti mengadakan rumah terbuka bagi mendapatkan pencalonan, malah perwakilan juga telah dijanjikan kontrak daripada kementerian sekiranya memilih mereka semasa pemilihan nanti," katanya.

Tegas beliau, sekiranya orang Melayu berdiam diri dan tidak mahu menyuarakan pandangan mereka, ia seolah-olah bersetuju dengan amalan rasuah yang berlaku di dalam UMNO.

Katanya lagi, gerakan menghapuskan rasuah di dalam UMNO perlu dibuat dari luar kerana para pemimpin parti itu dilihat tidak mahu bertindak bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau menegaskan, usaha menghapuskan rasuah di dalam parti itu perlu dibuat secara terbuka bagi memastikan gejala tersebut dapat dihapuskan dengan sepenuhnya.

Ditanya mengenai pertandingan di antara Ketua Pergerakan Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Dr. Mahathir mahu pertandingan itu berlangsung tanpa rasuah.

Katanya, perwakilan Wanita semasa Perhimpunan Agung UMNO pada Mac depan perlu memilih calon yang baik dan tidak terlibat rasuah.

"Sama ada Rafidah hendak bertanding atau tidak terserah kepada dia, kalau perwakilan kata Rafidah baik, pilihlah beliau, tetapi semua orang tahu bahawa saya tidak berapa suka dengan dia.

"Saya juga tidak boleh kata saya sokong pemimpin ini atau pemimpin itu, tetapi apa yang saya mahukan ialah tidak berlaku rasuah pada pemilihan nanti," ujar beliau.

Beliau mengulas keputusan Rafidah dan Shahrizat untuk bersaing merebut jawatan Ketua Wanita yang sekali gus melenyapkan pelan peralihan kepimpinan pergerakan itu pada Jun 2009 yang diumumkan Rafidah Ogos lalu.

Tambah beliau, perwakilan Wanita perlu memilih seseorang yang berkebolehan, tetapi jangan mengundi pemimpin kalau mendapat wang ataupun akan mendapat peruntukan daripada kementerian-kementerian tertentu nanti.

No comments: