Salam kepada semua...
Pada hari ini penulis berasa terpanggil untuk menulis tentang isu kontroversi tentang perlantikan Madam Low sebagai pemangku pengurus besar PKNS yang pada pendapat penulis menampakkan kedangkalan pemikiran sesetengah orang melayu. Apa yang nak diperjuangkan??Dengan mengadakan demontrasi di atas perlantikan yang sah pada kaca mata penulis menunjukkan kita adalah orang yang tidak boleh menerima kenyataan.Kenapa? Apa salahnya insan yang bernama Low Siew Moi itu?Hanya kerana beliau bukan seorang Melayu @ bumiputera kita mahu menafikan hak beliau sebagai seorang pekerja?Cuba letakkan diri kita ditempat beliau,jika kita bekerja dengan cemerlang tetapi dinafikan hak untuk naik pangkat semata mata kerana kita berbangsa Melayu?Bagaimana perasaan kita agaknya??Penulis bukanlah ingin membela Madam Low tetapi penulis ingin menyuarakan pendapat peribadi penulis bahawa kita seharusnya tidak menghalang perlantikan tersebut jika kita sendiri tidak mempunyai orang yang layak pada waktu ini,kita mesti faham bahawa perlantikan itu bersifat sementara iaitu sebelum kita mempunyai calon yang berkelayakan.
Penulis menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Selangor yang menggesa orang melayu agar 'bangkit daripada lena'dan tidak mudah menyalahkan kaum lain berhubung sesuatu perkara sedangkan mereka sendiri gagal melaksanakan tugas dan kerja dengan baik.
Penulis mengambil kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang di petik dari Sinar Harian;
Katanya' adalah menjadi tanggungjawab melakukan sesuatu bertujuan menyedarkan mereka dari terus leka dengan situasi itu dan peka terhadap tanggungjawab yang lebih besar menanti mereka. "Orang melayu asyik lena.Sudah 18peratus (ekuiti bumiputera)senyum dan bersorak tetapi apabila gagal memanfaatkan kelebihan 30peratus ekuiti tersebut,marahkan kaum lain pula. Tanpa sedar kita sendiri tidak buat kerja. Apa yang beliau lakukan iaitu melantik Madam Low sebagai pemangku pengurus besar PKNS adalah supaya bangsa melayu bangkit dan agar mereka tahu tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan adalah besar. Katanya lagi "sudah tiba masanya orang melayu memilih pemimpin berkebolehan dan terbaik untuk bekerja tetapi memastikan mendatangkan hasil daripada apa yang dilakukan".
Tetapi bagi penulis kita ni dah terbalik,duit berbilion ringgit yang di rompak oleh para pemimpin kita boleh pejam mata,tapi bila kita melantik orang yang berkelayakan untuk menjawat sesuatu jawatan kita marah pulak. macam-macam yang kita buat,memorandumla,demonstrasila sepatutnya kita berasa malu kerana kita sebenarnya tidak layak untuk memegang jawatan tersebut jika bukan kerana kita berbangsa melayu.Orang melayu sepatutnya mempunyai perasaan malu sekiranya gagal melaksanakan tugas dengan baik,lebih elok kita sedar pada hari sebelum terlambat.Kita seharusnya sedar kelemahan diri kita. MB selangor ialah seorang yang berpandangan jauh dan cergas akal mindanya, tengok sahajalah moto bajet negeri selangor iaitu SELANGOR MAJU RAKYAT MEWAH, demi mencapai target tersebut beliau telah merangka berbagai-bagai perancangan,jadi sebagai rakyat selangor diharap membantu Tan Sri Khalid agar berjaya mencapai target tersebut.Berikanlah ruang kepadanya untuk membawa selangor mara kedepan dan bekerjasamalah bersama beliau. Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan yang berunsur perkauman dari musuh yang sentiasa mencari peluang untuk merosakkan pentadbiaran kerajaan negeri selangor.
Penulis tahu ramai lagi orang melayu yang telah berjaya dalam bidang masing-masing,kita sebenarnya tidak lah terkurang cerdik pandai cuma mungkin peluang dan nisbah nya tidak memadai untuk mengisi semua sektor. Tahniah penulis ucapkan kepada orang melayu yang telah menempa kejayaan dan berkebolehan dalam bidang masing-masing,penulis berharap mereka mampu untuk mengharumkan bangsa melayu dan bersama-sama membangunkan negara.
Monday, November 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment